Skip to main content

Semakan tarif elektrik seterusnya pada Januari 2018


KUALA LUMPUR - Semakan tarif elektrik di Semenanjung Malaysia seterusnya adalah pada Januari 2018 selepas kerajaan bersetuju mengekalkan rebat tarif elektrik sebanyak 1.52 sen/kWJ di Semenanjung bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Disember tahun ini.
Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknoloji Hijau dan Air (KETTHA), Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang berkata, semakan kos pembekalan elektrik itu dilaksanakan Suruhanjaya Tenaga di bawah dasar  semakan semula ke atas kos bahan api dan kos penjanaan lain (ICPT) pada setiap enam bulan sekali.

"Semakan terkini telah dibuat bagi tempoh Januari hingga Jun 2017.
"Tetapi, pada 30 Jun 2017, kerajaan telah bersetuju membelanjakan sebanyak RM1.303 bilion untuk menampung peningkatan kos bahan api dan penjanaan bekalan elektrik kepada Semenanjung bagi tempoh Julai hingga Disember tahun ini," katanya dalam program temubual "Ruang Bicara" terbitan Bernama News Channel pada Rabu.
Turut serta dalam program itu ialah Naib Presiden (Perancangan dan Ekonomi Kawal Selia) TNB, Datuk Roslina Zainal.

Zaini berkata, perbelanjaan sebanyak RM1.303 bilion tersebut diterjemahkan pada kadar 2.54 sen/kWj, di mana 1.52 sen/kWJ digunakan untuk mengekalkan rebat tarif elektrik dan 1.02 sen/kWj digunakan untuk menampung surcaj kenaikan harga bahan api yang terus dibayar kepada penjana kuasa seperti Tenaga Nasional Bhd dan penjana bebas seperti Malakoff Corporation Bhd dan YTL Power Generation Sdn Bhd.

“Ini bermakna kerajaan telah mengadakan pelepasan caj yang sepatutnya dikenakan kepada pengguna. Bagaimanapun kami telah mengambil keputusan untuk mengekalkan rebat ICPT pada kadar 1.52 sen/kWj untuk memastikan pengguna dapat bekalan elekrik pada kadar tarif yang sama," katanya.
Selain itu, Zaini berkata, semakan tentang tarif asas akan datang juga akan dilakukan pada Januari 2018.

“Pada ketika ini, tarif asas yang disemak setiap tiga tahun adalah pada kadar tetap, iaitu 38.53 sen/kWj,” katanya.
Tarif asas mengambil kira harga asas bahan api utama seperti gas berpaip, arang batu dan gas asli cecair.

Ia juga mengambil kira kos penyelenggaraan operasi dan pembangunan pihak utiliti, termasuk "Pulangan Ke Atas Aset Dikawal"  dan ditetapkan oleh kerajaan untuk tempoh empat tahun bermula 1 Januari 2014 hingga 31 Dissember 2017.
Penentuan tarif elektrik di Semenanjung dibuat mengikut kerangka Peraturan Berasaskan Insentif yang terdiri daripada dua komponen utama, iaitu ICPT dan tarif asas.
Tarif asas adalah untuk menampung semua kos berkaitan pembekalan elektrik kepada pengguna. - Bernama

Comments

Popular posts from this blog

Viral ''Cashier" Kedai Judi Kena Rogol

Kecoh viral di Facebook video samun dan rogol Cashier kedai di puchong kinrara. Sebuah video kes samun dan rogol Cashier kedai judi di puchong kinrara telah menjadi Viral dilaman media sosial. Rakaman video dipercayai pada 11hb 5 2017 tetapi waktu kejadian tidak ketahui. Video berkenan dimuat naik oleh facebook Raymond Tan telah menarik perhatian ramai.masing masing individu meluahkan rasa geram keatas tiga lelaki yang telah melakukan jenayah sekaligus ke rogol berkenan. Raymond Tan berkata beliau mendapatkan info berkenan dari aplikasi wechat, Juga kelihatan penjenayah berkenaan seperti sudah digari.bagaimana pun info masih lagi belum disahkan oleh mana-mana balai polis.

9 Filem Yang Telah Diharamkan

Terdapat lebih daripada 120 buah filem antarabangsa dan tempatan yang telah diharamkan tayangannya di Malaysia. Walaupun sesetengah filem berfungsi memberikan informasi dalam sifat hiburan, ada sesetengah filem gagal mematuhi syarat yang diletakkan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) sebelum memasuki pawagam. Filem yang layak ditayangkan biasanya ditapis berdasarkan elemen seram, ganas, seks, politik, agama dan kebudayaan yang tidak keterlaluan. Sejak tahun 1936 lagi, filem yang gagal mematuhi kriteria yang ditetapkan LPF haram ditayangkan di pawagam Malaysia. Jadi, kami senaraikan beberapa filem yang telah diharamkan tayangan di pawagam Malaysia. 1) American Beauty  Pengarah:  S am Mendes Pelakon: Kevin Spacey, Annette Bening, Thora Birch Genre: drama,Romance Tahun: 1999 AMERICAN BEAUTY bercerita tentang seorang lelaki Separuh usia bernama Lester Burnhham yang bekerja sebagai pekerja Office dan mulai bosan dengan pekerjaannya. Cerita ini juga menceritakan tentang ...

Awek Ini Hari-Hari post Video Negatif Atau Mungkin Tayang body?

Jom tengok video ini.kanak-kanak dilarang. Apa komen Korang? ni komen admin,hari-hari admin tengok dia post video dengan pakai menjolok mata.admin tak tahu kenapa dia terlalu negatif.mungkin mahu perhatian atau bosan atau nak famous cara mudah.mungkin nak tayang body atau mungkinkah dia akan jadi next COCO? tora datang lagi 😂😂 Posted by Nasi lemak 5 kupang on Saturday, April 22, 2017