Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2017

Lebih 49,000 Penjawat Awam Berdepan Bankrupsi

KUALA LUMPUR - Lebih 49,000 penjawat awam berdepan risiko menjadi muflis berikutan kegagalan mereka menguruskan hutang pinjaman, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Azih Muda. Azih berkata penjawat awam terbabit didapati melakukan pinjaman peribadi daripada institusi kewangan yang melebihi kemampuan gaji mereka. "Hal ini saya lihat semakin serius dan ia  terjadi kerana ada penjawat awam yang bertindak memalsukan slip gaji ketika membuat pinjaman," katanya kepada pemberita pada  Seminar Hari Pekerja di sini hari ini. Beliau berkata  ketiadaan sistem yang mengawal pinjaman yang dilakukan penjawat awam juga merupakan antara punca mereka membuat pinjaman melebihi kemampuan dan melakukan  pinjaman bertindih. "Sekarang ini kerajaan memberi peluang kepada lebih 20 agensi pinjaman membuat potongan gaji kepada penjawat awam yang melaksanakan pinjaman tanpa perlu merujuk antara satu sama lain (institusi pinjaman). "

Pelanggan 'Serah Tengkuk' Untuk Dikapak

Moscow: Seorang pereka fesyen rambut menarik perhatian pengguna Internet apabila memilih kaedah pelik untuk menggayakan rambut pelanggannya dengan menggunakan kapak. Daniil Istomin dari Novosibirsk, Siberia, mendapat pelanggan yang sanggup datang dari jauh semata-mata mahu merasai pengalaman rambut dipotong menggunakan kapak. Video YouTube menunjukkannya mengerat rambut seorang wanita yang berani meletakkan kepalanya di atas papan pemotong. Istomin ‘mengapak’ rambutnya sebelum menggunakan bilah senjata itu seperti pisau biasa bagi mengemaskan hasil kerjanya. Disebabkan kaedah pelik itu, Istomin disamakan dengan watak novel kurun ke-19, Sweeney Todd, seorang tukang gunting rambut yang membunuh dan memakan pelanggannya. Istomin sudah pasti tidak menjamah daging pelanggannya, sebaliknya berkata, dia cuma mahu mencuba sesuatu yang menarik dan berbeza dalam kerjayanya. “Saya dan beberapa rakan bergurau. Pada mulanya saya bersetuju menutup mata ketika memotong rambut sebagai

Umur 9Tahun Menang Peugeot 408

Seorang murid darjah Tiga tidak menyangka penyertaannya dalam Perlis Marathon 2017 membuahkan hasil apabila berjaya membawa pulang sebuah kereta Peugeot 408 tajaan Naza di Stadium Syed Putra Jamalullai di sini. Adik Muhammad Farhan Hakimi Mohamad Nor, terkejut apabila nombor penyertaannya bagi acara lima kilometer junior lelaki diumum sebagai nombor cabutan bertuah utama program terbabit. " Saya tahu cabutan bertuah hari ini akan memperoleh kereta tetapi tidak sangka pula saya yang akan dapat. "Ini kali pertama saya menyertai...syukur Alhamdulillah...saya mahu abang memandu kereta ini nanti ," katanya ketika ditemui pemberita. Farhan, yang juga anak kepada tukang jahit yang berasal di Kedah berkata dia tidak berhasrat menjual kereta itu dan mahu memandunya apabila dewasa kelak. Anak kepada tukang jahit berasal dari Kodiang, Kedah ini berkata, beliau tidak berhasrat menjual kereta itu dan mahu memandunya apabila dewasa kelak. Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin

MISC Berhad Tiada Kaitan Dengan MISC-MIFA FC

MISC Berhad hari ini menyatakan bahawa syarikat itu dan anak syarikatnya bukan merupakan sekutu atau mempunyai sebarang hubungan dengan kelab bola sepak MISC-MIFA. MISC Berhad menegaskan bahawa pada Mei 2016, ia menyiarkan notis dalam beberapa akhbar yang menafikan pihaknya mempunyai sebarang hubungan atau kaitan dengan pihak ketiga yang menggunakan singkatan 'MISC' dalam aktiviti yang tidak mempunyai kaitan dengan perniagaan dan kepentingan syarikat itu. "Oleh demikian, syarikat ini ingin menegaskan bahawa kami tidak memberi kebenaran atau dengan apa jua cara memberi hak untuk menggunakan nama kami atau cap dagangan kami 'MISC' kepada mana-mana pihak ketiga dan kami juga tidak terlibat secara aktif dalam menaja sesiapa atau mana-mana persatuan untuk menjalankan aktiviti mereka," kata MISC Berhad dalam kenyataan hari ini. Kenyataan itu dikeluarkan berikutan laporan berita mengenai dakwaan berlaku perbuatan menetapkan keputusan perlawanan melibatkan pem

30 Rahsia Wanita Yang Tidak Boleh Dibaca Lelaki

Memang tidak ada yang mengetahui apa isi hati setiap wanita. Apalagi isi hati kaum perempuan terkadang sulit untuk diterka. Terkadang ingin A tapi esoknya boleh berubah jadi B. Bagaimana dengan rahsia-rahsia wanita yang ada dalam hati, berikut rahsianya.   1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bererti dia sedang menangis di dalam hatinya. 2. Bila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf. 3. Wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (kerana itu banyak wanita yang patah hati bila hubungannya putus di tengah jalan). 4. Jika sorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di pikirannya walaupun ketika dia sedang dengan lelaki lain. 5. Bila lelaki yang dia cintai merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!! 6. Wanita memang meny

Adab Berhubungan Intim, Agar Kenikmatannya Berpahala

Saudaraku, wahai para suami dan para istri, sesungguhnya  jima’  ( hubungan intim suami istri ) adalah salah satu masalah penting yang mendapatkan perhatian dari Islam, dan Islam telah menetapkan kaidah-kaidah dan adab-adabnya, supaya tabiat manusia tidak seperti binatang yang tidak memiliki aturan. Allah  Subhanahu wa Ta’ala  telah memuliakan manusia di atas makhluk-makhluk yang Allah ciptakan, sebagaimana firman-Nya: ( وَلَقَدْ كَرَّمْنَا بَنِي آدَمَ وَحَمَلْنَاهُمْ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَرَزَقْنَاهُمْ مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَفَضَّلْنَاهُمْ عَلَى كَثِيرٍ مِمَّنْ خَلَقْنَا تَفْضِيلاً) (الاسراء:70) ”Dan sesungguhnya telah Kami  muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan di lautan, Kami beri mereka rezki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan.”   (QS. Al-Israa’: 70) Dan Allah  Subhanahu wa Ta’ala  telah menanamkan pada setiap manusia hasrat biologis ( seksual ) dan Dia menja

Senarai Tempat Makan Menarik Sekitar Ipoh Perak

Khas Untuk Warga Ipoh, senarai nama-nama restoran yg sedap di area Ipoh.Ini je yang boleh dikongsikan.mungkin masing banyak lagi kedai-kedai baru yang makin polular atau yang Admin terlepas pandang. 1) Mat Periuk - Bercham / Tmn Desa Tambun 2) Spoof Burger RJ Boutique - Tg.Rambutan 3) Laksa Telur Goreng Bersarang - Bandar Seri Botani 4) Kelang Kopitiam-Jalan Gopeng Batu Gajah 5) Restoran Kampung Ipoh - Sunway city 6) Bro'S Corner Western Fusion - 7,medan stesen 19/6 station 18 7) Esah Santai Cafe - Station 18 8) Koboi Town Cafe- Tmn Chepor Impian 9) Rowcome Corner - Sg. Rokam 10) Gasoline Cafe - Rapat Setia 11) Sumo Kitchen - D'Polo Catering Padang Polo 12) The Red Western - Angsana Mall 13) Food Project Cafe - Sunway city 14) D'Patin Temerloh & Grill - Stadium Ipoh 15) Elnegra Deli Cafe - Jln Sultan Idris 16) Gomok Cafe - Pekan Ipoh 17) Restoran Bintara - Ampang 18) Ipoh Kitchen Grill -