Apa nak jadi dunia sekarang? Copenhagen: Sebuah masjid pertama yang diketuai wanita dibuka secara rasmi di sini dengan mengadakan solat Jumaat yang diimamkan oleh wanita. Lebih 60 wanita memenuhi Masjid Mariam di tengah bandar ibu negara Denmark ini untuk menunaikan solat berkenaan yang diimamkan oleh Saliha Marie Fetteh sementara Sherin Khankan menjadi bilal. Selain menjadi imam, Saliha juga membaca khutbah bertema ‘Wanita dan Islam dalam dunia moden.’ Menurut laporan, sebahagian mereka yang hadir ialah peganut agama lain atau tidak ada agama. Masjid itu dibuka secara tidak rasmi Februari lalu dan ia mengambil masa enam bulan untuk melakukan persiapan sebelum solat Jumaat pertama dapat diadakan. Bagaimanapun, sepanjang beberapa bulan lalu, lima perkahwinan sudah dilangsungkan...
selamat datang blog nasi lemak 5 kupang..segala cerita,berita,gossip dan viral bermula disini.