Skip to main content

Uqasha Senrose buka tudung?

 Uqasha Senrose buka tudung?



Kuala Lumpur: Tindakan pelakon, Uqasha Senrose yang secara terbuka memaklumkan dia tidak lagi bertudung menerima pelbagai reaksi pengguna laman sosial.
Menerusi sekeping gambar yang dimuat naik adiknya yang juga pelakon Raysha Rizrose di laman Instagram, Uqasha menerima pelbagai komen.
Seorang peminat yang menggunakan akaun @qartina_ menyifatkan tindakan pelakon drama Tundukkan Playboy Itu seperti mempersendakan agama.
"Takpalah pilihan dia dosa dia, kita doa yang terbaik saja. Mempersendakan agama ini berdosa," katanya.
Sementara itu seorang lagi peminat yang menggunakan akaun @mazlinamazlan7 berkata Uqasha sepatutnya mengenakan tudung dengan cara yang betul bagi mengelakkan persepsi negatif di kalangan peminat.
@sitifazlina90 pula meluahkan rasa sedih apabila mengatahui tindakan Uqasha.
"Dunia sekarang tinggal tunggu tanda-tanda besar kiamat lagi. Yang sudah berhijab buka semula. Semoga mendapat hidayah kembali," katanya.
Pada masa sama, segelintir peminat tetap memuji sikap berterus terang Uqasha tanpa bersikap hipokrit di hadapan peminat.
Sementara itu, Raisya yang dihujani komen berbaur negatif tampil membela kakaknya.
"Saya tak perlu nak membalas setiap komen anda kerana tak berasa ia satu keperluan. Bukan apa saya percaya anda semua lebih suka menjatuhkan hukum berdasarkan pemahaman sendiri. Kalau berasan diri sudah cukup sempurna, sila pandang cermin dan berfikir balik.
"Jaga hidup dan diri masing-masing. Jangan nak sibuk kehidupan orang lain, cari salah orang sedangkan diri sendiri belum tentu betul," tulisnya.
Bekas kekasih Uqasha iaitu Pekin ketika dihubungi berkata, pelakon itu berhak membuat keputusan kerana itu membabitkan dirinya sendiri.
"Apa yang dilakukan itu adalah atas pilihannya sendiri. Saya percaya dia lebih mengetahui apa yang dilakukan.
"Saya tidak mahu mencampuri urusan peribadinya kerana sudah tidak ada sebarang kaitan dengannya," katanya.
Terdahulu, Uqasha menyatakan pendiriannya dengan kembali kepada imej lama menerusi sebuah portal berita selepas tiga tahun berhijab.
Menerusi kenyataan itu, Uqasha mengakui hatinya tidak pernah tetap untuk berhijab sehingga ada ketika membuka tudung apabila berada di khalayak seperti yang pernah tersebar sebelum ini.
Uqasha juga kesal apabila mengambil keputusan terburu-buru dengan tampil bertudung selepas putus cinta dengan pelakon Pekin Ibrahim.
Uqasha ketika kali pertama dihubungi Harian Metro memaklumkan sedang mencuci rambut petang tadi dan ketika dihubungi kali kedua malam tadi, dia enggan lagi memberi kenyataan kerana sudah berbuat demikian.
"Saya minta maaf sebab buat masa sekarang sedang sibuk. Lagi pula saya sudah memberi kenyataan panjang lebar. Harap semua faham," katanya ringkas.

Comments

Popular posts from this blog

9 Filem Yang Telah Diharamkan

Terdapat lebih daripada 120 buah filem antarabangsa dan tempatan yang telah diharamkan tayangannya di Malaysia. Walaupun sesetengah filem berfungsi memberikan informasi dalam sifat hiburan, ada sesetengah filem gagal mematuhi syarat yang diletakkan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) sebelum memasuki pawagam. Filem yang layak ditayangkan biasanya ditapis berdasarkan elemen seram, ganas, seks, politik, agama dan kebudayaan yang tidak keterlaluan. Sejak tahun 1936 lagi, filem yang gagal mematuhi kriteria yang ditetapkan LPF haram ditayangkan di pawagam Malaysia. Jadi, kami senaraikan beberapa filem yang telah diharamkan tayangan di pawagam Malaysia. 1) American Beauty  Pengarah:  S am Mendes Pelakon: Kevin Spacey, Annette Bening, Thora Birch Genre: drama,Romance Tahun: 1999 AMERICAN BEAUTY bercerita tentang seorang lelaki Separuh usia bernama Lester Burnhham yang bekerja sebagai pekerja Office dan mulai bosan dengan pekerjaannya. Cerita ini juga menceritakan tentang ...

Viral ''Cashier" Kedai Judi Kena Rogol

Kecoh viral di Facebook video samun dan rogol Cashier kedai di puchong kinrara. Sebuah video kes samun dan rogol Cashier kedai judi di puchong kinrara telah menjadi Viral dilaman media sosial. Rakaman video dipercayai pada 11hb 5 2017 tetapi waktu kejadian tidak ketahui. Video berkenan dimuat naik oleh facebook Raymond Tan telah menarik perhatian ramai.masing masing individu meluahkan rasa geram keatas tiga lelaki yang telah melakukan jenayah sekaligus ke rogol berkenan. Raymond Tan berkata beliau mendapatkan info berkenan dari aplikasi wechat, Juga kelihatan penjenayah berkenaan seperti sudah digari.bagaimana pun info masih lagi belum disahkan oleh mana-mana balai polis.

Wanita Usia 40 Tahun Lebih Kuat Seks?

Wanita Malaysia berusia 40 tahun ke atas didapati lebih banyak melakukan hubungan intim dan makin kuat seks terutama selepas menopaus. Menurut laporan  The Star ,  Perunding Pakar Urologi Hospital Gleneagles, Profesor Dr. George Lee  berkata, wanita usia lebih 40 tahun secara purata berasmara lapan kali sebulan berbanding dengan mereka di bawah umur 40 tahun yang hanya berhubungan intim purata enam kali sebulan. Tidak perlu bimbang tentang isu kehamilan Dr. George menjelaskan antara sebab utama adalah kerana wanita pada usia tersebut sudah mengalami putus haid sekali gus tidak perlu bimbang tentang isu kehamilan. Katanya lagi, secara lazimnya lelaki tidak selesa memakai kondom dan wanita tidak mahu mengambil pil pencegah kehamilan kerana takutkan penambahan berat badan. Apabila sudah menopaus wanita lebih yakin untuk hubungan seks Ramai yang menganggap bahawa wanita tiada nafsu syahwat selepas menopaus, sebenarnya kehidupan seksual mereka boleh dipertingka...