Skip to main content

Isteri Suspek DEDAH Punca Adik Amila DIBUNUH


Noor Amila Edrus Norsyam dibunuh abang ipar tirinya mungkin kerana dengki dengan kanak-kanak berusia lima tahun itu yang menjadi kesayangan ramai, kata isteri suspek.
Menurut laporan China Press, Nazura yang pertama kali bercakap kepada media berkata, selain menanggung kesedihan akibat kematian adiknya, beliau turut digelar isteri pembunuh dan dikecam warga maya.
Nazura berkata, disebabkan terlalu sayangkan Amila, ibunya akan maki mereka jika memukul dan memarahi mangsa.
Beliau percaya suaminya menyimpan dendam kerana tidak berpuas hati dengan Amila yang terlalu dimanjakan sehingga menyebabkan dia dimaki ibu mertuanya.
Bagaimanapun, beliau tidak percaya yang suaminya tergamak membunuh adiknya hanya kerana cemburu.
Selain itu, katanya, beliau juga didera suaminya sehingga menyebabkan tubuhnya cedera dan muka bengkak, namun kerana dua anaknya yang masih kecil, beliau terpaksa bertahan.
“Harap mereka yang sebarkan gambar saya dan dua anak boleh memadamkannya. Kesalahan yang dilakukan bapa akan dikenakan tindakan undang-undang dan dua anak tidak berdosa tidak patut dikaitkan dengannya,” katanya.
Dalam pada itu, ibu suspek berkata, anaknya pernah meminjam wang daripadanya, tetapi beliau tidak pernah mendesak anaknya membayar hutang.
Wanita terbabit turut mendakwa anaknya hanya berhutang dengannya, tiada pemiutang lain. Suspek itu akan direman sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan.
Noor Amila Edrus dilaporkan hilang selepas selesai solat Maghrib di surau berhampiran rumahnya di Jinjang Utara pada 11 Ogos lalu, sebelum mayatnya ditemui di kawasan semak di Kampung Kemensah, Hulu Kelang, pada jam 12.30 tengah hari Khamis lalu.
Kanak-kanak malang itu diculik dan dipercayai dibunuh melalui penyeksaan selama sembilan jam sebelum menghembuskan nafas terakhir, lapor China Press. Mangsa disembunyikan dalam bengkel suspek dengan kaki dan tangan diikat serta mulutnya disumbat. Tanpa sebarang makanan mahupun minuman, mangsa yang dalam kelaparan dan kesejukan itu diserang asma sebelum meninggal dunia. –FMT

Comments

Popular posts from this blog

9 Filem Yang Telah Diharamkan

Terdapat lebih daripada 120 buah filem antarabangsa dan tempatan yang telah diharamkan tayangannya di Malaysia. Walaupun sesetengah filem berfungsi memberikan informasi dalam sifat hiburan, ada sesetengah filem gagal mematuhi syarat yang diletakkan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) sebelum memasuki pawagam. Filem yang layak ditayangkan biasanya ditapis berdasarkan elemen seram, ganas, seks, politik, agama dan kebudayaan yang tidak keterlaluan. Sejak tahun 1936 lagi, filem yang gagal mematuhi kriteria yang ditetapkan LPF haram ditayangkan di pawagam Malaysia. Jadi, kami senaraikan beberapa filem yang telah diharamkan tayangan di pawagam Malaysia. 1) American Beauty  Pengarah:  S am Mendes Pelakon: Kevin Spacey, Annette Bening, Thora Birch Genre: drama,Romance Tahun: 1999 AMERICAN BEAUTY bercerita tentang seorang lelaki Separuh usia bernama Lester Burnhham yang bekerja sebagai pekerja Office dan mulai bosan dengan pekerjaannya. Cerita ini juga menceritakan tentang ...

Viral ''Cashier" Kedai Judi Kena Rogol

Kecoh viral di Facebook video samun dan rogol Cashier kedai di puchong kinrara. Sebuah video kes samun dan rogol Cashier kedai judi di puchong kinrara telah menjadi Viral dilaman media sosial. Rakaman video dipercayai pada 11hb 5 2017 tetapi waktu kejadian tidak ketahui. Video berkenan dimuat naik oleh facebook Raymond Tan telah menarik perhatian ramai.masing masing individu meluahkan rasa geram keatas tiga lelaki yang telah melakukan jenayah sekaligus ke rogol berkenan. Raymond Tan berkata beliau mendapatkan info berkenan dari aplikasi wechat, Juga kelihatan penjenayah berkenaan seperti sudah digari.bagaimana pun info masih lagi belum disahkan oleh mana-mana balai polis.

Wanita Usia 40 Tahun Lebih Kuat Seks?

Wanita Malaysia berusia 40 tahun ke atas didapati lebih banyak melakukan hubungan intim dan makin kuat seks terutama selepas menopaus. Menurut laporan  The Star ,  Perunding Pakar Urologi Hospital Gleneagles, Profesor Dr. George Lee  berkata, wanita usia lebih 40 tahun secara purata berasmara lapan kali sebulan berbanding dengan mereka di bawah umur 40 tahun yang hanya berhubungan intim purata enam kali sebulan. Tidak perlu bimbang tentang isu kehamilan Dr. George menjelaskan antara sebab utama adalah kerana wanita pada usia tersebut sudah mengalami putus haid sekali gus tidak perlu bimbang tentang isu kehamilan. Katanya lagi, secara lazimnya lelaki tidak selesa memakai kondom dan wanita tidak mahu mengambil pil pencegah kehamilan kerana takutkan penambahan berat badan. Apabila sudah menopaus wanita lebih yakin untuk hubungan seks Ramai yang menganggap bahawa wanita tiada nafsu syahwat selepas menopaus, sebenarnya kehidupan seksual mereka boleh dipertingka...