Celcom dalam satu kenyataan hari ini berkata masalah sambungan yang menjejaskan pelanggan-pelanggannya membabitkan Facebook, WhatsApp dan Instagram telah berjaya diselesaikan.
"Kami gembira untuk memaklumkan bahawa kami telah memulihkan sambungan data yang menjejaskan pengalaman anda di Facebook, WhatsApp dan Instagram..
"Facebook dan Celcom sedang bekerjasama untuk penaiktarafan seterusnya untuk memantapkan pengalaman anda di Facebook, WhatsApp dan Instagram. Kami menyasarkan untuk menyiapkan penaiktarafan tersebut pada 28 April 2017.
Celcom juga menambah pihaknya akan memberi satu minggu penggunaan percuma untuk Facebook dan WhatsApp kepada semua pelanggan Celcom, namun masih belum memberitahu tarikhnya.
"Kami akan memberikan satu minggu percuma untuk (penggunaan) Facebook dan WhatsApp kepada semua pelanggan Celcom. Tiada kuota internet akan ditolak untuk penggunaan Facebook dan WhatsApp pada minggu tersebut.
"Kami akan beritahu tarikh mula pada Selasa, 25 April. Sokongan anda sangat bermakna buat kami dan terima kasih untuk kesabaran anda." tulis kenyataan itu.
Comments
Post a Comment