Skip to main content

13,096 saman dalam tempoh lima hari selepas pelaksanaan AWAS dan Kejara


ALOR SETAR: Sejumlah 13,096 saman dikeluarkan hanya dalam tempoh lima hari selepas pelaksanaan Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (Kejara) pada 15 April lepas.

Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Seri Saripuddin Kasim berkata ia meliputi 11,556 saman bagi kesalahan memandu melebihi had laju dan 1,540 saman kerana melanggar lampu isyarat merah bagi tempoh 15 hingga 20 April.

"Lebih 13,000 saman telah dikeluarkan dalam tempoh lima hari namun tiada mata demerit dikenakan kerana mata demerit hanya diberikan selepas kompaun dibayar dan akan dikenakan kepada pemandu kenderaan dan bukan pemilik kenderaan.

"Jumlah saman yang banyak ini menunjukkan masih ramai rakya.t Malaysia yang sukar untuk mengubah sikap semasa di jalan raya walaupun sistem ini telah dilaksanakan," katanya selepas Program IM4U anjuran Persatuan Suri & Anggota Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Cawangan Kementerian Pengangkutan di sini, hari ini.

Sistem yang dilaksanakan bagi membantu mengurangkan jumlah kemalangan dan kematian di jalan raya hanya melibatkan kesalahan melibatkan had laju dan pelanggaran isyarat lampu merah.

Saripuddin berkata sebanyak 14 kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) telah dipasang seluruh negara dan kementerian akan menambah lagi jumlah kamera selepas ini bagi memudahkan mengesan pengguna yang melakukan kesalahan jalan raya.

"Pengguna jalan raya perlu turut sama memberikan kerjasama dan sokongan bagi membolehkan jumlah kemalangan dan kematian menurun. Ini penting untuk keselamatan bersama pengguna jalan raya dan bukan semata-mata kerana mahu mengelak daripada dikenakan mata demerit," katanya.

Terdahulu, seramai 30 anak-anak yatim Rumah Baitul Ahmad menerima sumbangan berbentuk pakaian dan wang yang disampaikan oleh Penaung Puspanita Cawangan Kementerian Pengangkutan, Datin Sabariah Tukiman.

Program tersebut turut melibatkan kerjasama antara Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Skuad Muda 1 JPJ negeri.

-- BERNAMA


Comments

Popular posts from this blog

9 Filem Yang Telah Diharamkan

Terdapat lebih daripada 120 buah filem antarabangsa dan tempatan yang telah diharamkan tayangannya di Malaysia. Walaupun sesetengah filem berfungsi memberikan informasi dalam sifat hiburan, ada sesetengah filem gagal mematuhi syarat yang diletakkan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) sebelum memasuki pawagam. Filem yang layak ditayangkan biasanya ditapis berdasarkan elemen seram, ganas, seks, politik, agama dan kebudayaan yang tidak keterlaluan. Sejak tahun 1936 lagi, filem yang gagal mematuhi kriteria yang ditetapkan LPF haram ditayangkan di pawagam Malaysia. Jadi, kami senaraikan beberapa filem yang telah diharamkan tayangan di pawagam Malaysia. 1) American Beauty  Pengarah:  S am Mendes Pelakon: Kevin Spacey, Annette Bening, Thora Birch Genre: drama,Romance Tahun: 1999 AMERICAN BEAUTY bercerita tentang seorang lelaki Separuh usia bernama Lester Burnhham yang bekerja sebagai pekerja Office dan mulai bosan dengan pekerjaannya. Cerita ini juga menceritakan tentang ...

Viral ''Cashier" Kedai Judi Kena Rogol

Kecoh viral di Facebook video samun dan rogol Cashier kedai di puchong kinrara. Sebuah video kes samun dan rogol Cashier kedai judi di puchong kinrara telah menjadi Viral dilaman media sosial. Rakaman video dipercayai pada 11hb 5 2017 tetapi waktu kejadian tidak ketahui. Video berkenan dimuat naik oleh facebook Raymond Tan telah menarik perhatian ramai.masing masing individu meluahkan rasa geram keatas tiga lelaki yang telah melakukan jenayah sekaligus ke rogol berkenan. Raymond Tan berkata beliau mendapatkan info berkenan dari aplikasi wechat, Juga kelihatan penjenayah berkenaan seperti sudah digari.bagaimana pun info masih lagi belum disahkan oleh mana-mana balai polis.

Wanita Usia 40 Tahun Lebih Kuat Seks?

Wanita Malaysia berusia 40 tahun ke atas didapati lebih banyak melakukan hubungan intim dan makin kuat seks terutama selepas menopaus. Menurut laporan  The Star ,  Perunding Pakar Urologi Hospital Gleneagles, Profesor Dr. George Lee  berkata, wanita usia lebih 40 tahun secara purata berasmara lapan kali sebulan berbanding dengan mereka di bawah umur 40 tahun yang hanya berhubungan intim purata enam kali sebulan. Tidak perlu bimbang tentang isu kehamilan Dr. George menjelaskan antara sebab utama adalah kerana wanita pada usia tersebut sudah mengalami putus haid sekali gus tidak perlu bimbang tentang isu kehamilan. Katanya lagi, secara lazimnya lelaki tidak selesa memakai kondom dan wanita tidak mahu mengambil pil pencegah kehamilan kerana takutkan penambahan berat badan. Apabila sudah menopaus wanita lebih yakin untuk hubungan seks Ramai yang menganggap bahawa wanita tiada nafsu syahwat selepas menopaus, sebenarnya kehidupan seksual mereka boleh dipertingka...