Skip to main content

Everton sekadar seri, Bournemouth ''makan besar''

LONDON: Everton sekadar mengutip satu mata apabila diikat 0-0 oleh West Ham United ketika Bournemouth membelasah kelab di tangga kedua tercorot, Middlesbrough 4-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), malam tadi. Sementara itu, dua kelab bergelut, Hull City dan Swansea City turut meraih kemenangan penting selepas menang dengan keputusan 2-0 menentang lawan masing-masing, Watford dan Stoke City di laman sendiri. Pada aksi di Stadium Vitality, Bournemouth mengganas apabila meledak gol pertama seawal minit kedua menerusi Joshua King sebelum Benik Afobe menggandakan jaringan pada minit ke-16. Segala-galanya menjadi lebih mudah buat Bournemouth yang beraksi di laman sendiri apabila pemain Middlesbrough, Gaston Ramirez diarahkan keluar padang kerana dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-20 namun tambahan gol hanya tiba pada babak kedua. Ramirez dilayangkan kad kuning kedua atas kekasarannya kepada Charlie Daniels. Marc Pugh meletakkan tuan rumah selesa mendahului 3-0 selepas 20 minit babak kedua bersambung sebelum gol Daniels melengkapkan kemenangan 4-0 Bournemouth pada minit ke-70. Pada aksi di Stadium KCOM, kedua-dua gol kemenangan 2-0 Hull City ke atas Watford dijaringkan pada babak kedua. Lazar Markovic meletakkan tuan rumah di depan pada minit ke-62 sebelum Sam Clucas menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-71. Di Stadium Liberty, Swansea membuka tirai jaringan seawal minit ke-10 menerusi penyerang Sepanyol, Fernando Llorente sebelum Thomas Carroll melengkapkan jumlah jaringan pada minit ke-70. Stoke berpeluang untuk menyamakan kedudukan pada babak kedua selepas diberikan sepakan penalti namun Marko Arnautovic gagal menyempurnakannya pada minit ke-60. Pada aksi di Stadium Olimpik London, West Ham dan Everton tampak lebih berhati-hati apabila tiada cubaan tepat ke gawang sehingga permainan memasuki minit ke-28 sebelum percubaan Havard Nordtveit digagalkan penjaga gol Everton, Maarten Stekelenburg. Beberapa pertukaran dilakukan kedua-dua pasukan selepas rehat dengan Everton memasukkan Gareth Barry dan Ademola Lookman namun di sebalik rentak permainan berubah, tiada jaringan berjaya disumbatkan.

sumber: Berita Harian

Comments

Popular posts from this blog

9 Filem Yang Telah Diharamkan

Terdapat lebih daripada 120 buah filem antarabangsa dan tempatan yang telah diharamkan tayangannya di Malaysia. Walaupun sesetengah filem berfungsi memberikan informasi dalam sifat hiburan, ada sesetengah filem gagal mematuhi syarat yang diletakkan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) sebelum memasuki pawagam. Filem yang layak ditayangkan biasanya ditapis berdasarkan elemen seram, ganas, seks, politik, agama dan kebudayaan yang tidak keterlaluan. Sejak tahun 1936 lagi, filem yang gagal mematuhi kriteria yang ditetapkan LPF haram ditayangkan di pawagam Malaysia. Jadi, kami senaraikan beberapa filem yang telah diharamkan tayangan di pawagam Malaysia. 1) American Beauty  Pengarah:  S am Mendes Pelakon: Kevin Spacey, Annette Bening, Thora Birch Genre: drama,Romance Tahun: 1999 AMERICAN BEAUTY bercerita tentang seorang lelaki Separuh usia bernama Lester Burnhham yang bekerja sebagai pekerja Office dan mulai bosan dengan pekerjaannya. Cerita ini juga menceritakan tentang kecuranga

Viral ''Cashier" Kedai Judi Kena Rogol

Kecoh viral di Facebook video samun dan rogol Cashier kedai di puchong kinrara. Sebuah video kes samun dan rogol Cashier kedai judi di puchong kinrara telah menjadi Viral dilaman media sosial. Rakaman video dipercayai pada 11hb 5 2017 tetapi waktu kejadian tidak ketahui. Video berkenan dimuat naik oleh facebook Raymond Tan telah menarik perhatian ramai.masing masing individu meluahkan rasa geram keatas tiga lelaki yang telah melakukan jenayah sekaligus ke rogol berkenan. Raymond Tan berkata beliau mendapatkan info berkenan dari aplikasi wechat, Juga kelihatan penjenayah berkenaan seperti sudah digari.bagaimana pun info masih lagi belum disahkan oleh mana-mana balai polis.

Senarai Tempat Makan Menarik Sekitar Ipoh Perak

Khas Untuk Warga Ipoh, senarai nama-nama restoran yg sedap di area Ipoh.Ini je yang boleh dikongsikan.mungkin masing banyak lagi kedai-kedai baru yang makin polular atau yang Admin terlepas pandang. 1) Mat Periuk - Bercham / Tmn Desa Tambun 2) Spoof Burger RJ Boutique - Tg.Rambutan 3) Laksa Telur Goreng Bersarang - Bandar Seri Botani 4) Kelang Kopitiam-Jalan Gopeng Batu Gajah 5) Restoran Kampung Ipoh - Sunway city 6) Bro'S Corner Western Fusion - 7,medan stesen 19/6 station 18 7) Esah Santai Cafe - Station 18 8) Koboi Town Cafe- Tmn Chepor Impian 9) Rowcome Corner - Sg. Rokam 10) Gasoline Cafe - Rapat Setia 11) Sumo Kitchen - D'Polo Catering Padang Polo 12) The Red Western - Angsana Mall 13) Food Project Cafe - Sunway city 14) D'Patin Temerloh & Grill - Stadium Ipoh 15) Elnegra Deli Cafe - Jln Sultan Idris 16) Gomok Cafe - Pekan Ipoh 17) Restoran Bintara - Ampang 18) Ipoh Kitchen Grill -