LAMAN sosial Facebook yang memaparkan dakwaan kejadian culik di Sandakan semalam. SANDAKAN: Polis menafikan kejadian seorang wanita diculik tiga lelaki yang tersebar di laman sosial Facebook sejak semalam. Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin, berkata siasatan sebaliknya mendapati wanita terbabit yang berusia lingkungan 20-an bertindak mengikut rakan lelakinya kerana berdepan masalah rumah tangga. "Maklumat itu tidak benar sama sekali. "Polis sudah menemuduga semua yang terbabit dan mangsa mengaku menghadapi masalah dengan suaminya," katanya dalam kenyataan di sini, sebentar tadi. Semalam, kejadian mengatakan seorang wanita diculik tiga lelaki menaiki teksi di Taman Megah, kira-kira jam 6.30 pagi menjadi viral di laman sosial.
Kecoh viral di Facebook video samun dan rogol Cashier kedai di puchong kinrara. Sebuah video kes samun dan rogol Cashier kedai judi di puchong kinrara telah menjadi Viral dilaman media sosial. Rakaman video dipercayai pada 11hb 5 2017 tetapi waktu kejadian tidak ketahui. Video berkenan dimuat naik oleh facebook Raymond Tan telah menarik perhatian ramai.masing masing individu meluahkan rasa geram keatas tiga lelaki yang telah melakukan jenayah sekaligus ke rogol berkenan. Raymond Tan berkata beliau mendapatkan info berkenan dari aplikasi wechat, Juga kelihatan penjenayah berkenaan seperti sudah digari.bagaimana pun info masih lagi belum disahkan oleh mana-mana balai polis.
Comments
Post a Comment