Skip to main content

Surat Terbuka Untuk YB Rafizi Ramli

Kehadapan YB Rafizi Ramli yang dihormati,
Pertama sekali maaf jika surat terbuka ini kurang disenangi YB dan penyokong-penyokong YB dan mungkin juga pemimpin Pakatan Harapan yang lain.
Luahan ini bagi melepaskan  apa yang terbuku dalam hati dengan apa yang berlaku sejak akhir-akhir ini yang melibatkan YB dan Pakatan Harapan.
Diakui YB seorang pemimpin muda yang berwawasan dan bijak sehingga mampu mencipta fenomena dalam politik tempatan, yang selama ini dipandang sepi oleh golongan muda.
Siapa yang boleh lupa pendedahan isu lembu dalam kondo, kontroversi 1MDB,  pelaburan Tabung Haji, isu YaPEiM dan banyak lagi.
YB menjadi idola anak-anak muda walaupun YB bukanlah lelaki metroseksual, sado atau sekacak Khairy Jamaluddin yang menjadi kegilaan wanita. Namun, YB tetap menjadi pujaan kerana bijaksana, cerdik, pandai berpidato dan fasih berbahasa Inggeris.
Ciri-ciri  pemimpin muda memang ada pada YB dan tidak hairanlah YB menang penuh bergaya pada PRU12 dan PRU13.
Namun, sejak-sejak akhir ini YB seperti hilang arah dan kurang sengat berbisa apabila banyak dakwaan YB terhadap  UMNO dan BN boleh dipatahkan dengan mudah. Pendek kata serangan YB lebih kepada tuduhan melulu dan berunsur fitnah.
YB juga seperti ‘menjilat ludah’ kerana berbaik-baik dengan Tun Dr Mahathir Mohamad padahal satu waktu dulu YB menghasut kami membenci beliau. Adakah YB sudah lupa?
Kewibawaan YB  terjejas kerana menentang Rang Undang-Undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah yang bertujuan meningkatkan hukuman kepada pesalah syariah. Mengapa YB bersekongkol dengan DAP menentang pindaan untuk kebaikan Orang Islam juga?
Ya kami tahu RUU355 dipolitikkan tetapi mengapa YB perlu menentangnya sedangkan rakyat bukan Islam tidak peduli pun kerana ia tiada kaitan dengan mereka.
Agak  kecewa kerana  YB terperdaya dengan mainan politik ini. YB kelihatan seperti tersesat dan begitu taasub dengan ulama DAP.
Tahukah YB,  golongan muda sangat kecewa dengan pendirian YB menolak RUU355 sedangkan ia baik untuk mencegah jenayah dalam kalangan orang Islam.
Malah, YB juga dinasihat supaya bertaubat oleh pemimpin bertaraf ulama kerana membuat tuduhan melulu. Walaupun YB tidak terkesan, tapi bagi orang Islam lain, nasihat itu satu mesej sangat ‘deep’.
YB Rafizi,
Sebelum RUU355, YB pernah melukakan hati penyokong Pakatan Harapan kerana membuat mereka percaya subsidi minyak dimasukkan dalam akaun Perdana Menteri dan isteri untuk membeli-belah. Apabila diugut saman, YB dengan bangga berkata ia sekadar gurauan. Luluh hati penyokong YB  kerana dipermainkan.
Sebenarnya  kewibawaan YB sudah mula goyah sejak Langkah Kajang apabila YB membuat fitnah 91 muka surat terhadap Menteri Besar YB sendiri, Tan Sri Khalid Ibrahim. Merata tempat YB menjaja fitnah dan akhirnya YB menanggung malu kerana diarah meminta maaf secara terbuka di mahkamah.
YB hanya ‘relax’ seperti tidak tahu malu tetapi  penyokong Pakatan Harapan rasa seperti ditipu hidup-hidup.
Tidak ramai  tahu YB antara perancang utama Langkah Kajang untuk mengangkat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar.  Namun akhirnya YB ditewaskan oleh kartel Datuk Seri Azmin Ali.
Disebabkan idea YB itulah akhirnya PAS keluar Pakatan Rakyat sehingga terkuburnya gabungan itu. YB dan pemimpin DAP pula berpakat memburukkan  Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin PAS lain untuk menutup kesilapan strategi YB.
Kerana Langkah Kajang juga Anwar dipenjara.  Ya, ia mungkin strategi BN tapi kerana idea bodoh YB lah semua itu berlaku.
Orang yang patut dipersalahkan kerana hancurnya Pakatan Rakyat adalalah YB dan pemimpin DAP terutama Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng.
YB bukan saja merobohkan gabungan pembangkang yang sangat kuat untuk menjatuhkan BN tetapi lebih teruk merobohkan harapan rakyat.
YB Rafizi,
YB seolah-olah serba tahu penyelewengan UMNO dan BN tetapi kenapa YB tutup mata apa dilakukan kerajaan  di Selangor dan Pulau Pinang?
Kenapa YB tidak bersuara apabila kerajaan Selangor mahu membayar RM2.8 bilion untuk ambil alih SPLASH sedangkan ketika zaman Khalid Ibrahim,  kerajaan negeri hanya setuju bayar RM250 juta. Jawapan YB tidak tahu nilai SPLASH  sangat tidak masuk akal.
Tertanya-tanya juga adakah YB pernah menerima manfaat daripada pemilik SPLASH?  Semua orang tahu pemilik SPLASH rapat dengan PKR sama seperti ahli perniagaan yang kini ditahan di Singapura, John Soh.
Kenapa YB tidak mendesak Lim Guan Eng bercuti atau meletak jawatan sedangkan beliau berhadapan tuduhan rasuah?   Adakah YB takut Kit Siang atau Guan Eng?
Kenapa YB tidak pernah berbicara pasal projek terowong dasar laut di Pulau Pinang yang sangat mencurigakan itu?
Kalau melibatkan pemimpin BN, YB lantang suruh mereka letak jawatan tetapi bila kena rakan pakatan, YB diam seribu bahasa.  Pendirian YB ini sangat tidak profesional.
YB Rafizi,
Semua tahu  YB berseorangan dalam PKR sekarang.  Pemimpin PKR lain telah lama menjauhkan diri kerana YB terlalu pandai.   YB tidak disukai kartel Azmin,  Zuraida juga tidak sebulu dengan YB  begitu juga AMK.  Hubungan YB dengan Presiden parti juga semakin dingin.
YB berseorangan dalam PKR kerana pemimpin lain telah membuat u-turn dan menyokong RUU355. Tidakkah YB rasa PKR mahu membunuh karier politik YB?
YB juga kemungkinan dihukum penjara dan tidak boleh bertanding lagi.  YB seolah-olah tidak ada masa depan dalam PKR. YB patut keluar PKR dan sertai DAP tetapi YB juga tahu, YB tidak akan ke mana kerana nama YB bukan Lim Lapi  Jee.
Andai kata YB dipenjara dan selepas dibebaskan,  adalah  lebih baik YB tinggalkan politik dan sertai  mana-mana NGO atau tubuhkan NGO baru.  Gunakan otak yang bergeliga itu untuk memperjuangkan kebajikan rakyat kerana bidang politik tidak sesuai dengan YB.
Sekian saja luahan untuk YB dan didoakan YB bahagia dengan keluarga dan kucing-kucing peliharaan (kalau masa ada).
by: Nazuri Ismail April 25, 2017
- Malaysiaimpact

Comments

Popular posts from this blog

9 Filem Yang Telah Diharamkan

Terdapat lebih daripada 120 buah filem antarabangsa dan tempatan yang telah diharamkan tayangannya di Malaysia. Walaupun sesetengah filem berfungsi memberikan informasi dalam sifat hiburan, ada sesetengah filem gagal mematuhi syarat yang diletakkan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) sebelum memasuki pawagam. Filem yang layak ditayangkan biasanya ditapis berdasarkan elemen seram, ganas, seks, politik, agama dan kebudayaan yang tidak keterlaluan. Sejak tahun 1936 lagi, filem yang gagal mematuhi kriteria yang ditetapkan LPF haram ditayangkan di pawagam Malaysia. Jadi, kami senaraikan beberapa filem yang telah diharamkan tayangan di pawagam Malaysia. 1) American Beauty  Pengarah:  S am Mendes Pelakon: Kevin Spacey, Annette Bening, Thora Birch Genre: drama,Romance Tahun: 1999 AMERICAN BEAUTY bercerita tentang seorang lelaki Separuh usia bernama Lester Burnhham yang bekerja sebagai pekerja Office dan mulai bosan dengan pekerjaannya. Cerita ini juga menceritakan tentang kecuranga

Viral ''Cashier" Kedai Judi Kena Rogol

Kecoh viral di Facebook video samun dan rogol Cashier kedai di puchong kinrara. Sebuah video kes samun dan rogol Cashier kedai judi di puchong kinrara telah menjadi Viral dilaman media sosial. Rakaman video dipercayai pada 11hb 5 2017 tetapi waktu kejadian tidak ketahui. Video berkenan dimuat naik oleh facebook Raymond Tan telah menarik perhatian ramai.masing masing individu meluahkan rasa geram keatas tiga lelaki yang telah melakukan jenayah sekaligus ke rogol berkenan. Raymond Tan berkata beliau mendapatkan info berkenan dari aplikasi wechat, Juga kelihatan penjenayah berkenaan seperti sudah digari.bagaimana pun info masih lagi belum disahkan oleh mana-mana balai polis.

Senarai Tempat Makan Menarik Sekitar Ipoh Perak

Khas Untuk Warga Ipoh, senarai nama-nama restoran yg sedap di area Ipoh.Ini je yang boleh dikongsikan.mungkin masing banyak lagi kedai-kedai baru yang makin polular atau yang Admin terlepas pandang. 1) Mat Periuk - Bercham / Tmn Desa Tambun 2) Spoof Burger RJ Boutique - Tg.Rambutan 3) Laksa Telur Goreng Bersarang - Bandar Seri Botani 4) Kelang Kopitiam-Jalan Gopeng Batu Gajah 5) Restoran Kampung Ipoh - Sunway city 6) Bro'S Corner Western Fusion - 7,medan stesen 19/6 station 18 7) Esah Santai Cafe - Station 18 8) Koboi Town Cafe- Tmn Chepor Impian 9) Rowcome Corner - Sg. Rokam 10) Gasoline Cafe - Rapat Setia 11) Sumo Kitchen - D'Polo Catering Padang Polo 12) The Red Western - Angsana Mall 13) Food Project Cafe - Sunway city 14) D'Patin Temerloh & Grill - Stadium Ipoh 15) Elnegra Deli Cafe - Jln Sultan Idris 16) Gomok Cafe - Pekan Ipoh 17) Restoran Bintara - Ampang 18) Ipoh Kitchen Grill -