Skip to main content

9 tip mudah menghias rumah dalam sehari



ANDA sebenarnya tidak perlu tersekat dengan peraturan jika ingin menghias kediaman.
Apa yang anda perlukan hanyalah menjadi lebih kreatif untuk melakukannya dengan cara neutral seperti membayangkan, mengimpikan dan meneroka mengikut gerak hati anda. Dalam sehari, anda boleh menghias kediaman hanya dengan mengikut sembilan cara mudah ini.

1] GANTI PERABOT BAHARU

Anda tidak perlu anda. Cukup sekadar menggantikan salah satu perabot yang sudah terlalu lama dengan yang baharu. Contohnya, jika anda memiliki kerusi meja makan yang sudah lama, gantikan sahaja dengan kerusi yang baharu seperti gaya suai padan moden.berbelanja besar membeli keseluruhan perabot baharu untuk mencantikkan ruang kediaman

2] ILUSI CERMIN

Cermin mampu memberi impak pada sesebuah ruang agar ruang yang kecil kelihatan lebih luas dan lebar. Lantas cermin mampu memberi ilusi suasana yang lebih terang melalui biasan cahaya lampu pada keseluruhan ruang

3] PAMER KARYA SENI

Karya seni haruslah digantung pada ketinggian yang bersesuaian. Kebanyakan galeri seni menggantungkan karya seni dengan ketinggian 57 inci hingga 60 inci daripada paras lantai. Oleh itu karya seni anda haruslah digantung mengikut paras ukuran tersebut. Sesebuah karya harus digantung mengikut skala manusia dan
bukannya skala struktur sesebuah kediaman. Jika anda tidak yakin, anda boleh mengambil gambar ruang dinding, kemudian dengan menggunakan aplikasi Photoshop atau aplikasi lain ukur kedudukan karya seni yang akan digantung.

4] PAMER KOLEKSI KESUKAAN

Anda harus berasa bangga untuk mempamerkan koleksi barangan kesukaan. Wujudkan satu ruang
pamer dengan sebuah setting yang kreatif penuh dengan susun atur koleksi barangan kesukaan anda itu.

5] KEMASAN LANTAI

Kemasan lantai dapat dilakukan dengan hamparan karpet yang sempurna. Pilih karpet dengan motif
unik kesukaan anda. Setiap motif dan warna karpet memberi mood berbeza pada ruang kediaman. Rekaan motif yang besar akan membuatkan ruang luas kelihatan lebih kecil, manakala motif kecil pada karpet pula
sebaliknya.

6] BANTAL HIASBantal hias merupakan aksesori tambahan yang mampu menutup kekurangan pada penataan raung tamu. Pemilihan warna bantal hias haruslah serasi dengan konsep yang ingin anda ketengahkan.

7] PEMILIHAN RONA CAT

Terdapat seleksi cat dengan pelbagai keistimewaan, nada dan warna. Pemilihan cat kelihatan berbeza pada setiap kediaman kerana sumber cahaya yang berbeza.
Ini bermakna apa yang anda lihat pada kediaman orang lain, tidak semestinya bersesuaian dengan kediaman anda. Jadi anda hanya boleh memilih warna cat mengikut kesesuaian barangan yang kediaman anda miliki seperti warna aksesori, karya seni, permaidani dan kemasan lembut lain.

8] TARIKAN PERABOT PADA RUANG

Perabot yang menghiasi ruang kediaman tidak perlu terlalu banyak sehingga memberi kesesakan kepada anda. Ruang sempurna bermakna ruang yang mampu memberi keselesaan daripada segi fungsi dan pergerakan. Sebagai contoh tidak perlu berbelanja mahal untuk membeli banyak perabot, cukup sekadar menghias ruang tamu anda dengan set sofa dan tidak perlu perabot jenis kerusi lain.

9] PENATAAN CAHAYA

Dengan gantian tata cahaya lampu ia mampu membawa perubahan besar pada penampilan kediaman. Fokus pantulan cahaya lampu pada sesuatu objek bagi menonjolkan karakter sesebuah ruang.


Sumber : Sinar Harian

Comments

Popular posts from this blog

9 Filem Yang Telah Diharamkan

Terdapat lebih daripada 120 buah filem antarabangsa dan tempatan yang telah diharamkan tayangannya di Malaysia. Walaupun sesetengah filem berfungsi memberikan informasi dalam sifat hiburan, ada sesetengah filem gagal mematuhi syarat yang diletakkan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) sebelum memasuki pawagam. Filem yang layak ditayangkan biasanya ditapis berdasarkan elemen seram, ganas, seks, politik, agama dan kebudayaan yang tidak keterlaluan. Sejak tahun 1936 lagi, filem yang gagal mematuhi kriteria yang ditetapkan LPF haram ditayangkan di pawagam Malaysia. Jadi, kami senaraikan beberapa filem yang telah diharamkan tayangan di pawagam Malaysia. 1) American Beauty  Pengarah:  S am Mendes Pelakon: Kevin Spacey, Annette Bening, Thora Birch Genre: drama,Romance Tahun: 1999 AMERICAN BEAUTY bercerita tentang seorang lelaki Separuh usia bernama Lester Burnhham yang bekerja sebagai pekerja Office dan mulai bosan dengan pekerjaannya. Cerita ini juga menceritakan tentang ...

Viral ''Cashier" Kedai Judi Kena Rogol

Kecoh viral di Facebook video samun dan rogol Cashier kedai di puchong kinrara. Sebuah video kes samun dan rogol Cashier kedai judi di puchong kinrara telah menjadi Viral dilaman media sosial. Rakaman video dipercayai pada 11hb 5 2017 tetapi waktu kejadian tidak ketahui. Video berkenan dimuat naik oleh facebook Raymond Tan telah menarik perhatian ramai.masing masing individu meluahkan rasa geram keatas tiga lelaki yang telah melakukan jenayah sekaligus ke rogol berkenan. Raymond Tan berkata beliau mendapatkan info berkenan dari aplikasi wechat, Juga kelihatan penjenayah berkenaan seperti sudah digari.bagaimana pun info masih lagi belum disahkan oleh mana-mana balai polis.

Wanita Usia 40 Tahun Lebih Kuat Seks?

Wanita Malaysia berusia 40 tahun ke atas didapati lebih banyak melakukan hubungan intim dan makin kuat seks terutama selepas menopaus. Menurut laporan  The Star ,  Perunding Pakar Urologi Hospital Gleneagles, Profesor Dr. George Lee  berkata, wanita usia lebih 40 tahun secara purata berasmara lapan kali sebulan berbanding dengan mereka di bawah umur 40 tahun yang hanya berhubungan intim purata enam kali sebulan. Tidak perlu bimbang tentang isu kehamilan Dr. George menjelaskan antara sebab utama adalah kerana wanita pada usia tersebut sudah mengalami putus haid sekali gus tidak perlu bimbang tentang isu kehamilan. Katanya lagi, secara lazimnya lelaki tidak selesa memakai kondom dan wanita tidak mahu mengambil pil pencegah kehamilan kerana takutkan penambahan berat badan. Apabila sudah menopaus wanita lebih yakin untuk hubungan seks Ramai yang menganggap bahawa wanita tiada nafsu syahwat selepas menopaus, sebenarnya kehidupan seksual mereka boleh dipertingka...