Wanita Malaysia berusia 40 tahun ke atas didapati lebih banyak melakukan hubungan intim dan makin kuat seks terutama selepas menopaus.
Menurut laporan The Star, Perunding Pakar Urologi Hospital Gleneagles, Profesor Dr. George Lee berkata, wanita usia lebih 40 tahun secara purata berasmara lapan kali sebulan berbanding dengan mereka di bawah umur 40 tahun yang hanya berhubungan intim purata enam kali sebulan.
Tidak perlu bimbang tentang isu kehamilan
Dr. George menjelaskan antara sebab utama adalah kerana wanita pada usia tersebut sudah mengalami putus haid sekali gus tidak perlu bimbang tentang isu kehamilan.
Katanya lagi, secara lazimnya lelaki tidak selesa memakai kondom dan wanita tidak mahu mengambil pil pencegah kehamilan kerana takutkan penambahan berat badan.
Apabila sudah menopaus wanita lebih yakin untuk hubungan seks
Ramai yang menganggap bahawa wanita tiada nafsu syahwat selepas menopaus, sebenarnya kehidupan seksual mereka boleh dipertingkatkan.Apabila telah putus haid, wanita berasa lebih yakin untuk bersetubuh. Mereka melepaskan rasa keinginan berasmara di ranjang yang cukup tinggi dan menikmati hubungan intim lebih kerap dengan pasangan,” jelas Dr. George lagi.
Comments
Post a Comment