Skip to main content

Nelydia muat naik foto resit bayaran LHDN


KUALA LUMPUR: Pelakon Nelydia Senrose memuat naik foto resit pembayaran cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bertarikh 4 April 2017 untuk tahun taksiran 2013 menerusi akaun Instagram miliknya, malam tadi.

Dalam entri itu, Nelydia turut menulis keterangan ringkas: "Ini resit pembayaran cukai pendapatan bertarikh 4 April 2017".

Pelakon yang popular menerusi drama Setia Hujung Nyawa dan Bukan Aku Tak Cinta itu bagaimanapun tidak menunjukkan bukti pembayaran bagi tahun taksiran 2009, 2010, 2011 dan 2012.

Nelydia atau nama sebenarnya, Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 23, semalam dikenakan waran tangkap akibat tidak menghadirkan diri ke mahkamah selepas menghadapi lima tuduhan gagal mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (Borang B) bagi tempoh lima tahun bermula pada 2009 hingga 2013.

Terdahulu, pada 11 April lalu, LHDN menyerahkan saman berkenaan kepada artis terbabit dan mengarahkannya menghadiri sesi sebutan kes bertarikh 12 April di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor.

Nelydia atau wakilnya bagaimanapun gagal menghadirkan diri ketika sebutan kes berlangsung.

Berikutan itu, peguam LHDN, Nurulsheeda Mohd Yahaya, memohon perintah waran tangkap dikeluarkan kepada tertuduh sebelum dibenarkan oleh Majistret Sarulatha Paramavathar, yang menetapkan 24 Mei ini sebagai tarikh sebutan baharu.

Nelydia yang difahamkan sedang bercuti di London, United Kingdom, tidak dapat dihubungi untuk penjelasan.

sumber: Berita Harian Online

Comments

Popular posts from this blog

9 Filem Yang Telah Diharamkan

Terdapat lebih daripada 120 buah filem antarabangsa dan tempatan yang telah diharamkan tayangannya di Malaysia. Walaupun sesetengah filem berfungsi memberikan informasi dalam sifat hiburan, ada sesetengah filem gagal mematuhi syarat yang diletakkan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) sebelum memasuki pawagam. Filem yang layak ditayangkan biasanya ditapis berdasarkan elemen seram, ganas, seks, politik, agama dan kebudayaan yang tidak keterlaluan. Sejak tahun 1936 lagi, filem yang gagal mematuhi kriteria yang ditetapkan LPF haram ditayangkan di pawagam Malaysia. Jadi, kami senaraikan beberapa filem yang telah diharamkan tayangan di pawagam Malaysia. 1) American Beauty  Pengarah:  S am Mendes Pelakon: Kevin Spacey, Annette Bening, Thora Birch Genre: drama,Romance Tahun: 1999 AMERICAN BEAUTY bercerita tentang seorang lelaki Separuh usia bernama Lester Burnhham yang bekerja sebagai pekerja Office dan mulai bosan dengan pekerjaannya. Cerita ini juga menceritakan tentang ...

Viral ''Cashier" Kedai Judi Kena Rogol

Kecoh viral di Facebook video samun dan rogol Cashier kedai di puchong kinrara. Sebuah video kes samun dan rogol Cashier kedai judi di puchong kinrara telah menjadi Viral dilaman media sosial. Rakaman video dipercayai pada 11hb 5 2017 tetapi waktu kejadian tidak ketahui. Video berkenan dimuat naik oleh facebook Raymond Tan telah menarik perhatian ramai.masing masing individu meluahkan rasa geram keatas tiga lelaki yang telah melakukan jenayah sekaligus ke rogol berkenan. Raymond Tan berkata beliau mendapatkan info berkenan dari aplikasi wechat, Juga kelihatan penjenayah berkenaan seperti sudah digari.bagaimana pun info masih lagi belum disahkan oleh mana-mana balai polis.

Awek Ini Hari-Hari post Video Negatif Atau Mungkin Tayang body?

Jom tengok video ini.kanak-kanak dilarang. Apa komen Korang? ni komen admin,hari-hari admin tengok dia post video dengan pakai menjolok mata.admin tak tahu kenapa dia terlalu negatif.mungkin mahu perhatian atau bosan atau nak famous cara mudah.mungkin nak tayang body atau mungkinkah dia akan jadi next COCO? tora datang lagi 😂😂 Posted by Nasi lemak 5 kupang on Saturday, April 22, 2017