Skip to main content

Gelaran dunia bukan masa untuk bersenang lenang - Azizulhasni


KUALA LUMPUR: Walaupun sudah bergelar juara dunia, jaguh berbasikal trek negara Mohd Azizulhasni Awang tetap tidak mahu 'bersenang-lenang' sambil menikmati kejayaannya meraih pingat emas acara keirin di Kejohanan Dunia UCI di Hong Kong, baru-baru ini. Tidak seperti juara dunia lain, atlet berusia 29 tahun itu memendekkan tempoh cutinya dan akan pulang ke Melbourne, Australia malam ini untuk menjalani sesi latihan seperti biasa, di samping memberi tumpuan kepada sesi pengajiannya di sana. "Dah jadi juara dunia bukan masa untuk relaks. Bagi saya bila dah berada di puncak, tiada lagi tempat hendak dituju kecuali ke bawah sahaja. "Jadi, saya hendak pastikan saya tidak ke bawah. Saya hendak segera balik ke Melbourne dan kembali bekerja lebih keras," katanya kepada pemberita selepas sesi bertemu peminat anjuran Kumpulan CIMB di sebuah pusat membeli-belah di sini, hari ini. Azizulhasni meluangkan masa kira-kira dua jam bersama peminat untuk berkongsi detik manis kemenangannya di Kejohanan Dunia baru-baru ini. Sewaktu final acara keirin di Velodrom Hong Kong, Azizulhasni mempamer kayuhan bertenaga untuk menewaskan pelumba Colombia, Fabian Hernando Puerta Zapata yang meraih pingat perak, manakala Tomas Babek dari Republik Czech memenangi gangsa. Azizulhasni yang terkenal dengan jolokan 'The Pocket Rocketman' juga tidak terbuai dengan kejayaan bergelar juara dunia, sebaliknya berkata beliau masih individu sama yang sentiasa dahagakan kejayaan dan menghargai sokongan rakyat Malaysia sepanjang kerjaya selaku pelumba. "Saya masih orang yang sama, sentiasa mahu berikan persembahan terbaik, berlatih bersungguh-sungguh sewaktu latihan. Selalunya, bila pelumba dapat gelaran dunia, mereka akan ambil cuti panjang untuk redakan tekanan kerana banyak perkara yang terpaksa dikorbankan sewaktu persiapan ke Kejohanan Dunia. "John (Beasley-ketua jurulatih trek negara) beri saya dua atau tiga minggu (cuti) tapi saya minta tiga hingga empat hari sahaja dan terpaksa tambah hingga enam hari untuk komitmen dengan penaja dan peminat serta penyokong yang jadi sebahagian daripada kejayaan saya hari ini," katanya. Dalam pada itu, Azizulhasni berkata beliau akan berbincang dengan Beasley mengenai perancangan akan datang, khususnya bagi menghadapi Kejohanan Dunia serta dua temasya iaitu Sukan Komanwel dan Sukan Asia tahun depan. Katanya, kemungkinan strategi sama digunakan iaitu hanya beraksi di kejohanan tertentu sebelum menghadapi kejohanan besar agar mencapai keputusan yang disasarkan. "Sudah semestinya saya akan mempertahankan gelaran juara dunia tahun depan dan seberapa lama yang boleh. Jadi, untuk musim depan, saya akan berbincang dengan John, untuk sekurang-kurangnya menyertai tiga daripada lima kejohanan Piala Dunia dan kejohanan kelas B yang lain untuk mengutip mata kelayakan. "Kita perlu memilih supaya tidak membazir masa serta tenaga agar bila tiba kejohanan sebenar yang disasarkan, kita tidak gagal memberi aksi yang diharapkan," katanya. Dalam pada itu, bagi memenuhi hasrat rakyat Malaysia khususnya anggota keluarga dan penyokong 'Team Azizul' beliau akan menyertai temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dari 19 hingga 30 Ogos ini. Setelah berbincang dengan Beasley, Azizulhasni akan beraksi dalam acara keirin yang mana beliau boleh memakai jersi pelangi UCI ketika perlumbaan nanti. "Kalau Sukan SEA di tempat lain, saya tidak berhasrat berlumba sebab hendak beri peluang kepada orang lain tapi kali ini adalah untuk rakyat Malaysia. "Saya percaya kebanyakan penonton hendak saya beraksi dan tengok macam mana Azizul melakukan 'wheelie' di garisan penamat," kata pelumba kelahiran Kemaman, Terengganu itu. Sebagai rekod, kali terakhir beliau beraksi di Sukan SEA adalah pada 2007 di mana beliau meraih pingat emas acara pecut berpasukan bersama Josiah Ng dan Rizal Tisin, selain dua perak dalam pecut individu dan 1km ujian masa. - BERNAMA

sumber:berita harian

Comments

Popular posts from this blog

9 Filem Yang Telah Diharamkan

Terdapat lebih daripada 120 buah filem antarabangsa dan tempatan yang telah diharamkan tayangannya di Malaysia. Walaupun sesetengah filem berfungsi memberikan informasi dalam sifat hiburan, ada sesetengah filem gagal mematuhi syarat yang diletakkan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) sebelum memasuki pawagam. Filem yang layak ditayangkan biasanya ditapis berdasarkan elemen seram, ganas, seks, politik, agama dan kebudayaan yang tidak keterlaluan. Sejak tahun 1936 lagi, filem yang gagal mematuhi kriteria yang ditetapkan LPF haram ditayangkan di pawagam Malaysia. Jadi, kami senaraikan beberapa filem yang telah diharamkan tayangan di pawagam Malaysia. 1) American Beauty  Pengarah:  S am Mendes Pelakon: Kevin Spacey, Annette Bening, Thora Birch Genre: drama,Romance Tahun: 1999 AMERICAN BEAUTY bercerita tentang seorang lelaki Separuh usia bernama Lester Burnhham yang bekerja sebagai pekerja Office dan mulai bosan dengan pekerjaannya. Cerita ini juga menceritakan tentang ...

Viral ''Cashier" Kedai Judi Kena Rogol

Kecoh viral di Facebook video samun dan rogol Cashier kedai di puchong kinrara. Sebuah video kes samun dan rogol Cashier kedai judi di puchong kinrara telah menjadi Viral dilaman media sosial. Rakaman video dipercayai pada 11hb 5 2017 tetapi waktu kejadian tidak ketahui. Video berkenan dimuat naik oleh facebook Raymond Tan telah menarik perhatian ramai.masing masing individu meluahkan rasa geram keatas tiga lelaki yang telah melakukan jenayah sekaligus ke rogol berkenan. Raymond Tan berkata beliau mendapatkan info berkenan dari aplikasi wechat, Juga kelihatan penjenayah berkenaan seperti sudah digari.bagaimana pun info masih lagi belum disahkan oleh mana-mana balai polis.

Wanita Usia 40 Tahun Lebih Kuat Seks?

Wanita Malaysia berusia 40 tahun ke atas didapati lebih banyak melakukan hubungan intim dan makin kuat seks terutama selepas menopaus. Menurut laporan  The Star ,  Perunding Pakar Urologi Hospital Gleneagles, Profesor Dr. George Lee  berkata, wanita usia lebih 40 tahun secara purata berasmara lapan kali sebulan berbanding dengan mereka di bawah umur 40 tahun yang hanya berhubungan intim purata enam kali sebulan. Tidak perlu bimbang tentang isu kehamilan Dr. George menjelaskan antara sebab utama adalah kerana wanita pada usia tersebut sudah mengalami putus haid sekali gus tidak perlu bimbang tentang isu kehamilan. Katanya lagi, secara lazimnya lelaki tidak selesa memakai kondom dan wanita tidak mahu mengambil pil pencegah kehamilan kerana takutkan penambahan berat badan. Apabila sudah menopaus wanita lebih yakin untuk hubungan seks Ramai yang menganggap bahawa wanita tiada nafsu syahwat selepas menopaus, sebenarnya kehidupan seksual mereka boleh dipertingka...