Skip to main content

Lebih 49,000 Penjawat Awam Berdepan Bankrupsi



KUALA LUMPUR - Lebih 49,000 penjawat awam berdepan risiko menjadi muflis berikutan kegagalan mereka menguruskan hutang pinjaman, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Azih Muda.
Azih berkata penjawat awam terbabit didapati melakukan pinjaman peribadi daripada institusi kewangan yang melebihi kemampuan gaji mereka.
"Hal ini saya lihat semakin serius dan ia  terjadi kerana ada penjawat awam yang bertindak memalsukan slip gaji ketika membuat pinjaman," katanya kepada pemberita pada  Seminar Hari Pekerja di sini hari ini.
Beliau berkata  ketiadaan sistem yang mengawal pinjaman yang dilakukan penjawat awam juga merupakan antara punca mereka membuat pinjaman melebihi kemampuan dan melakukan  pinjaman bertindih.

"Sekarang ini kerajaan memberi peluang kepada lebih 20 agensi pinjaman membuat potongan gaji kepada penjawat awam yang melaksanakan pinjaman tanpa perlu merujuk antara satu sama lain (institusi pinjaman).
"Mereka (penjawat awam) boleh meminjam di mana-mana institusi pinjaman dengan hanya membawa slip gaji mereka dan institusi pinjaman akan membuat potongan gaji setiap bulan. Terdapat  penjawat awam yang dudah pinjam dengan institusi A, kemudian membuat  pinjaman pula dengan institusi B dan C," kata Azih.
Justeru beliau berkata Cuepacs  mencadangkan supaya  kerajaan melaksanakan sistem sepertimana yang dilaksanakan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia iaitu Sistem Pelaporan Kredit (Spekar) yang mempunyai rekod penjawat awam.
"Sistem ini akan dapat mengawal pinjaman yang dilakukan oleh penjawat awam kerana sistem itu dapat mengesan data potongan gaji dan maklumat pinjaman penjawat awam.
"Sekarang ini yang dudah diisytihar muflis lebih 3,000 orang, kalau tidak dibendung, jumlah itu akan  bertambah," katanya. - Bernama

Comments

Popular posts from this blog

9 Filem Yang Telah Diharamkan

Terdapat lebih daripada 120 buah filem antarabangsa dan tempatan yang telah diharamkan tayangannya di Malaysia. Walaupun sesetengah filem berfungsi memberikan informasi dalam sifat hiburan, ada sesetengah filem gagal mematuhi syarat yang diletakkan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) sebelum memasuki pawagam. Filem yang layak ditayangkan biasanya ditapis berdasarkan elemen seram, ganas, seks, politik, agama dan kebudayaan yang tidak keterlaluan. Sejak tahun 1936 lagi, filem yang gagal mematuhi kriteria yang ditetapkan LPF haram ditayangkan di pawagam Malaysia. Jadi, kami senaraikan beberapa filem yang telah diharamkan tayangan di pawagam Malaysia. 1) American Beauty  Pengarah:  S am Mendes Pelakon: Kevin Spacey, Annette Bening, Thora Birch Genre: drama,Romance Tahun: 1999 AMERICAN BEAUTY bercerita tentang seorang lelaki Separuh usia bernama Lester Burnhham yang bekerja sebagai pekerja Office dan mulai bosan dengan pekerjaannya. Cerita ini juga menceritakan tentang ...

Viral ''Cashier" Kedai Judi Kena Rogol

Kecoh viral di Facebook video samun dan rogol Cashier kedai di puchong kinrara. Sebuah video kes samun dan rogol Cashier kedai judi di puchong kinrara telah menjadi Viral dilaman media sosial. Rakaman video dipercayai pada 11hb 5 2017 tetapi waktu kejadian tidak ketahui. Video berkenan dimuat naik oleh facebook Raymond Tan telah menarik perhatian ramai.masing masing individu meluahkan rasa geram keatas tiga lelaki yang telah melakukan jenayah sekaligus ke rogol berkenan. Raymond Tan berkata beliau mendapatkan info berkenan dari aplikasi wechat, Juga kelihatan penjenayah berkenaan seperti sudah digari.bagaimana pun info masih lagi belum disahkan oleh mana-mana balai polis.

Wanita Usia 40 Tahun Lebih Kuat Seks?

Wanita Malaysia berusia 40 tahun ke atas didapati lebih banyak melakukan hubungan intim dan makin kuat seks terutama selepas menopaus. Menurut laporan  The Star ,  Perunding Pakar Urologi Hospital Gleneagles, Profesor Dr. George Lee  berkata, wanita usia lebih 40 tahun secara purata berasmara lapan kali sebulan berbanding dengan mereka di bawah umur 40 tahun yang hanya berhubungan intim purata enam kali sebulan. Tidak perlu bimbang tentang isu kehamilan Dr. George menjelaskan antara sebab utama adalah kerana wanita pada usia tersebut sudah mengalami putus haid sekali gus tidak perlu bimbang tentang isu kehamilan. Katanya lagi, secara lazimnya lelaki tidak selesa memakai kondom dan wanita tidak mahu mengambil pil pencegah kehamilan kerana takutkan penambahan berat badan. Apabila sudah menopaus wanita lebih yakin untuk hubungan seks Ramai yang menganggap bahawa wanita tiada nafsu syahwat selepas menopaus, sebenarnya kehidupan seksual mereka boleh dipertingka...