Skip to main content

Agong,Intitusi Raja Simbol Jatidiri Negara

YANG di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V (tengah) berkenan bergambar bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (kiri) dan Timbalannya Dato Zahid Hamidi selepas Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-15 di Istana Negara hari.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata institusi Raja atau dalam konteks Kerajaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, adalah pancaran kepada 'Pemeribadian atau Jatidiri Negara', yakni ''Personification of the Nation''. Katanya, Yang di-Pertuan Agong sebagai cerminan dan jelmaan, yakni manifestasi kepada 'Adicita' atau ideologi Rukun Negara, yang menjadi asas kepada sebuah negara bangsa, makmur dan merdeka. "Sesungguhnya, institusi Yang di-Pertuan Agong ini adalah unik kepada Malaysia, kerana ia bukanlah amalan di negara-negara beraja lain di dunia. Ia tidak melalui sistem undian oleh rakyat dan bukan juga diwarisi secara keturunan. "Institusi ini tidak lain dan tidak bukan, menjadi kesinambungan kepada tradisi pemerintahan Raja-Raja Melayu sejak zaman berzaman," katanya ketika menyembahkan ucapan tahniah dan taat setia atas pertabalan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 di Istana Negara, hari ini. Kata Najib, Sistem Raja Berperlembagaan yang diamalkan di Malaysia juga amat tertib menurut lunas-lunas yang ditetapkan, di atas roh juga semangat bahawa Raja dan Rakyat Berpisah Tiada. Dalam sembah ucapannya, Perdana Menteri turut menyembah maklumkan keadaan semasa negara terutamanya mengenai Dasar Transformasi Nasional yang menjadi pemangkin untuk memacu Malaysia sebagai sebuah negara maju. Menerusi Program Transformasi Nasional, Najib berkata, laporan tahunannya bagi kali keenam sebelum penghujung bulan ini, berjaya mencapai pelbagai kejayaan dan mendapat pengiktirafan daripada Badan-Badan Pemiawai serta Pengabsah di peringkat antarabangsa. "Alhamdulillah, meskipun negara tidak lari daripada berdepan dengan kesuraman ekonomi global, akan tetapi, menurut Bank Dunia, pertumbuhan ekonomi Malaysia, mudah-mudahan akan berkembang pada kadar 4.3 peratus bagi tahun 2017. "Malah, pada minggu lalu pula, patik selaku Perdana Menteri, bagi pihak Kerajaan Tuanku, telah melancarkan satu lembaran baharu kepada Dasar Bumiputera, setelah 45 tahun Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan oleh Allahyarham Ayahanda patik, Tun Abdul Razak, pada tahun 1971," katanya. Najib berkata, Dasar dan Halatuju Bumiputera dalam fasa yang selanjutnya adalah Transformasi Kesejahteraan Bumiputera yang bersifat inklusif kerana ia bukan saja mencakupi pencapaian Bumiputera dari sudut ekonomi, bahkan merentasi semua aspek kehidupan. Mengenai keselamatan negara, Perdana Menteri berkata, kerajaan akan meningkatkan tahap keselamatan, terutama di perairan dan setiap penjuru pintu masuk ke negara ini. Najib mewakili pihak Kerajaan, anggota keselamatan, penjawat awam dan rakyat Malaysia, mempersembahkan setinggi-tinggi junjungan kasih kepada Sultan Muhammad V, bersempena pertabalan baginda. "Patik bagi pihak kerajaan bersama-sama dengan Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi), berserta anggota pentadbiran dan rakyat sekalian, akan sentiasa mendoakan Tuanku terus dikurniakan taufik dan hidayah serta keafiatan untuk bertakhta di singgahsana sebagai lambang kebesaran dan kebanggaan negara," kata Najib. Sultan Kelantan Sultan Muhammad V secara rasminya ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 dalam satu istiadat mengikut tradisi Kesultanan Melayu hari ini. Sultan Muhammad V, 47, dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-243 (Khas) pada Oktober lepas yang turut memilih Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Pada 13 Disember tahun lalu, Seri Paduka telah menyempurnakan Istiadat Melafaz Sumpah dan menandatangani surat memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 di Istana Negara. Sultan Muhammad V menaiki takhta Yang di-Pertuan Agong menggantikan Tuanku Abdul Halim Mu''adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14, pada 12 Disember tahun lalu. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

9 Filem Yang Telah Diharamkan

Terdapat lebih daripada 120 buah filem antarabangsa dan tempatan yang telah diharamkan tayangannya di Malaysia. Walaupun sesetengah filem berfungsi memberikan informasi dalam sifat hiburan, ada sesetengah filem gagal mematuhi syarat yang diletakkan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) sebelum memasuki pawagam. Filem yang layak ditayangkan biasanya ditapis berdasarkan elemen seram, ganas, seks, politik, agama dan kebudayaan yang tidak keterlaluan. Sejak tahun 1936 lagi, filem yang gagal mematuhi kriteria yang ditetapkan LPF haram ditayangkan di pawagam Malaysia. Jadi, kami senaraikan beberapa filem yang telah diharamkan tayangan di pawagam Malaysia. 1) American Beauty  Pengarah:  S am Mendes Pelakon: Kevin Spacey, Annette Bening, Thora Birch Genre: drama,Romance Tahun: 1999 AMERICAN BEAUTY bercerita tentang seorang lelaki Separuh usia bernama Lester Burnhham yang bekerja sebagai pekerja Office dan mulai bosan dengan pekerjaannya. Cerita ini juga menceritakan tentang ...

Viral ''Cashier" Kedai Judi Kena Rogol

Kecoh viral di Facebook video samun dan rogol Cashier kedai di puchong kinrara. Sebuah video kes samun dan rogol Cashier kedai judi di puchong kinrara telah menjadi Viral dilaman media sosial. Rakaman video dipercayai pada 11hb 5 2017 tetapi waktu kejadian tidak ketahui. Video berkenan dimuat naik oleh facebook Raymond Tan telah menarik perhatian ramai.masing masing individu meluahkan rasa geram keatas tiga lelaki yang telah melakukan jenayah sekaligus ke rogol berkenan. Raymond Tan berkata beliau mendapatkan info berkenan dari aplikasi wechat, Juga kelihatan penjenayah berkenaan seperti sudah digari.bagaimana pun info masih lagi belum disahkan oleh mana-mana balai polis.

Wanita Usia 40 Tahun Lebih Kuat Seks?

Wanita Malaysia berusia 40 tahun ke atas didapati lebih banyak melakukan hubungan intim dan makin kuat seks terutama selepas menopaus. Menurut laporan  The Star ,  Perunding Pakar Urologi Hospital Gleneagles, Profesor Dr. George Lee  berkata, wanita usia lebih 40 tahun secara purata berasmara lapan kali sebulan berbanding dengan mereka di bawah umur 40 tahun yang hanya berhubungan intim purata enam kali sebulan. Tidak perlu bimbang tentang isu kehamilan Dr. George menjelaskan antara sebab utama adalah kerana wanita pada usia tersebut sudah mengalami putus haid sekali gus tidak perlu bimbang tentang isu kehamilan. Katanya lagi, secara lazimnya lelaki tidak selesa memakai kondom dan wanita tidak mahu mengambil pil pencegah kehamilan kerana takutkan penambahan berat badan. Apabila sudah menopaus wanita lebih yakin untuk hubungan seks Ramai yang menganggap bahawa wanita tiada nafsu syahwat selepas menopaus, sebenarnya kehidupan seksual mereka boleh dipertingka...