Skip to main content

Xiaomi Mi 6-flagship terbaru dari Xiaomi


Xiaomi Mi 6 Diperkenalkan – Skrin Melengkung, Dwi-Kamera, 6GB RAM, Snapdragon 835

Diterbitkan pada Apr 19, 2017 oleh admin.

Xiaomi, jenama peranti pintar dari China yang popular dengan penawaran peranti pada harga sangat rendah, hari ini telah memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka, iaitu Xiaomi Mi 6.

Xiaomi Mi 6 menjadi telefon flagshipdaripada pengeluar China berkenaan untuk tahun 2017 ini. Telefon Xiaomi Mi 6 ini menjadi telefon keluaran China pertama yang dilengkapi dengan cip pemprosesan Snapdragon 835. Untuk makluman, buat masa ini, hanya Samsung sahaja yang menggunakan cip pemprosesan ini dan telah memasarkan produk mereka – sementara pengeluar lain seperti Sony telah mengumumkan akan menggunakan cip ini, tetapi masih belum memasarkan produk mereka.

Snapdragon 835 hadir dengan rekaan 10nm, yang menawarkan kuasa pemprosesan baik serta penggunaan tenaga yang efisyen. Melengkapkan cip Snapdragon 835 ini adalah sokongan GPU dengan integrasi Vulkan untuk pengalaman permainan video yang lebih baik berbanding kebiasaan. Ketika pengumuman, Xiaomi turut membandingkan markah Antutu dan GFXBench, yang mana memperlihatkan skor Xiaomi Mi 6 jauh lebih tinggi daripada pelbagai pesaing mereka – termasuk Huawei P10, Oppo R9s dan Samsung Galaxy S8.

Selain daripada cip pemprosesan terkini, Xiaomi Mi 6 turut menggunakan memori 6GB RAM bersama dengannya. Xiaomi mengatakan, melalui penggunaan cip Snapdragon 835 dan 6GB RAM, ia merupakan telefon pintar berkuasa tinggi di pasaran.

Xiaomi Mi 6 hadir dengan skrin bersaiz 5.15-inci, dan menggunakan rekaan kaca melengkung pada ke semua sisi. Dengan rekaan yang melengkung pada ke semua sisi ini, pihak Xiaomi juga mengambil langkah untuk membuang bicu audio 3.5mm pada telefon pintar Mi 6 ini.

Melengkapkan skrin ini juga adalah penggunaan mod “Eye Care” yang mana mengurangkan kadar warna biru pada paparan. Berbeza dengan penawaran pihak lain yang sering menghilangkan warna biru dan menjadikan paparan lebih “kuning”, melalui Mi 6 dan mod Eye Care ini, ia menjadikan warna skrin hampir kekal seperti warna asal dan bukannya lebih “kuning”. Disamping itu, ia turut menyertakan mod Ultra Dark Night Mode – membawa kadar kecerahan hanya 1nit sahaja.

Disamping itu, seperti beberapa telefon pintar lain, Xiaomi Mi 6 turut hadir dengan sokongan kalis percikkan air padanya – membolehkan ia digunakan ketika hari hujan dan sebagainya tanpa risau seperti sebelum ini. Pada bahagian rangkaian, Mi 6 menyertakan sokongan dwi-WiFi yang menawarkan kebolehan mencapai rangkaian WiFi yang lebih baik dan pantas, selain integrasi sokongan 4G+ terkini.

Xiaomi Mi 6 menggunakan bateri berkapasiti 3350mAh, serta dilengkapi sokongan pengecasan pantas Quick Charge 3.0 hasil penggunaan cip Snapdragon 835. Integrasi lain seperti NFC turut disertakan, selain sokongan dwi-speaker untuk menikmati media dan permainan dengan baik.

Pada bahagian kamera, Xiaomi Mi 6 menggunakan dwi-kamera pada bahagian belakang, dimana Mi 6 mengimplementasi kaedah dwi-kamera seperti pada iPhone. Pengguna boleh merakamkan gambar dengan bahagian belakang yang sedikit dikaburkan, ataupun turut menggunakan sokongan zoom optikal yang disertakan untuk merakamkan gambar dengan lebih dekat. Xiaomi Mi 6 menggunakan gabungan lensa 12MP+12MP padanya untuk tujuan berkenaan, selain melengkapkan kamera belakang dengan sokongan penstabilan imej optikal 4-axis.

Xiaomi Mi 6 ditawarkan pada harga RMB 2499, iaitu sekitar RM1599 untuk versi 6GB RAM dan ruangan storan 64GB, sementara variasi dengan storan 128GB pula hadir pada harga RMB 2899, iaitu sekitar RM1855. Xiaomi turut menawarkan variasi dengan rekaan seramik pada harga RMB2999, iaitu pada hagra RM1999. Dengan penawaran harga ini, boleh dikatakan ia sangat kompetitif – dan sama-sama kita berharap agar penawaran ia di Malaysia kelak tidak jauh beza harga jualannya. Xiaomi akan menawarkan peranti ini di pasaran China bermula penghujung bulan April 2017 ini.

Comments

Popular posts from this blog

9 Filem Yang Telah Diharamkan

Terdapat lebih daripada 120 buah filem antarabangsa dan tempatan yang telah diharamkan tayangannya di Malaysia. Walaupun sesetengah filem berfungsi memberikan informasi dalam sifat hiburan, ada sesetengah filem gagal mematuhi syarat yang diletakkan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) sebelum memasuki pawagam. Filem yang layak ditayangkan biasanya ditapis berdasarkan elemen seram, ganas, seks, politik, agama dan kebudayaan yang tidak keterlaluan. Sejak tahun 1936 lagi, filem yang gagal mematuhi kriteria yang ditetapkan LPF haram ditayangkan di pawagam Malaysia. Jadi, kami senaraikan beberapa filem yang telah diharamkan tayangan di pawagam Malaysia. 1) American Beauty  Pengarah:  S am Mendes Pelakon: Kevin Spacey, Annette Bening, Thora Birch Genre: drama,Romance Tahun: 1999 AMERICAN BEAUTY bercerita tentang seorang lelaki Separuh usia bernama Lester Burnhham yang bekerja sebagai pekerja Office dan mulai bosan dengan pekerjaannya. Cerita ini juga menceritakan tentang ...

Viral ''Cashier" Kedai Judi Kena Rogol

Kecoh viral di Facebook video samun dan rogol Cashier kedai di puchong kinrara. Sebuah video kes samun dan rogol Cashier kedai judi di puchong kinrara telah menjadi Viral dilaman media sosial. Rakaman video dipercayai pada 11hb 5 2017 tetapi waktu kejadian tidak ketahui. Video berkenan dimuat naik oleh facebook Raymond Tan telah menarik perhatian ramai.masing masing individu meluahkan rasa geram keatas tiga lelaki yang telah melakukan jenayah sekaligus ke rogol berkenan. Raymond Tan berkata beliau mendapatkan info berkenan dari aplikasi wechat, Juga kelihatan penjenayah berkenaan seperti sudah digari.bagaimana pun info masih lagi belum disahkan oleh mana-mana balai polis.

Wanita Usia 40 Tahun Lebih Kuat Seks?

Wanita Malaysia berusia 40 tahun ke atas didapati lebih banyak melakukan hubungan intim dan makin kuat seks terutama selepas menopaus. Menurut laporan  The Star ,  Perunding Pakar Urologi Hospital Gleneagles, Profesor Dr. George Lee  berkata, wanita usia lebih 40 tahun secara purata berasmara lapan kali sebulan berbanding dengan mereka di bawah umur 40 tahun yang hanya berhubungan intim purata enam kali sebulan. Tidak perlu bimbang tentang isu kehamilan Dr. George menjelaskan antara sebab utama adalah kerana wanita pada usia tersebut sudah mengalami putus haid sekali gus tidak perlu bimbang tentang isu kehamilan. Katanya lagi, secara lazimnya lelaki tidak selesa memakai kondom dan wanita tidak mahu mengambil pil pencegah kehamilan kerana takutkan penambahan berat badan. Apabila sudah menopaus wanita lebih yakin untuk hubungan seks Ramai yang menganggap bahawa wanita tiada nafsu syahwat selepas menopaus, sebenarnya kehidupan seksual mereka boleh dipertingka...