Skip to main content

Posts

Showing posts with the label 24april2017

Pertabalan Agong: 200 anggota trafik kawal lalu lintas

Sultan Muhammad V - Foto Bernama KUALA LUMPUR - Hampir 200 anggota trafik akan bertugas mengawal lalu lintas sempena Istiadat Pertabalan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 di Istana Negara esok. Ketua Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain berkata pihaknya akan melakukan kawalan lalu lintas serta mengiringi kenderaan orang  kenamaan  mengikut prosedur operasi standard  yang telah ditetapkan. "Tiada jalan yang ditutup esok. Anggota trafik akan bertugas memastikan keadaan lalu lintas lancar dan tidak mengganggu majlis pertabalan Yang di-Pertuan Agong terutama di jalan yang berhampiran Istana Negara," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Beliau turut meminta orang ramai untuk memberi kerjasama dan mematuhi arahan anggota trafik yang bertugas."Kita jangka keadaan trafik tidak sesak sebab cuti umum, orang ramai juga diminta beri laluan kepada konvoi yang dibawa anggota trafik," katanya. Sultan Muhammad V ...