Skip to main content

Posts

Showing posts with the label viralfacebook

Abang Ingat Linaya Jasmay,Meh Lihat Siapa Sebenar Dibalik Botol Sirap F&N

Dulu kan. Abg mati2 ingt ni liyanajasmay . Bertahun abg minum air ni. Dan bertahun abg puji liyanajasmay. Puji sebab senang bancuh, puji sebab sedap . Puji sebab kecik2 dah jd model. Abg dah tumbuh bulu baru nk jd model. Tu pun suam2 kuku je. Cilakak.. Dah masuk belasan tahun abg minum air F&N ni. Dan hari ni abg baru taw . Yg gmbr ni budak tecik ni bukan milik liyanajasmay walaupun gigi dan gusi dia jelas kelihatan seperti liyanajasmay. For those yang x taw ni gmbr sape. Ni ha org nye @dihahmrfds dah besar panjang dah budak nye. Padia? Cmna abg taw. Hello, korang ingat korang je pandai stalk. Abg lagi la dik oiiiiiiii Yg bagus nye budak watlekwatpis je org tu ckp liyanajasmay kat comment ig dia. Dia siap ya kan aje. Bagus. Down to the earth. Keep it up dik. Maaf la dik @dihahmrfds @dihahmrfds abg ingt tu liyanajasmay. Btw sedap air tu , Hahahahahahhahahahahahaha. Nak tengok gambar sekarang?boleh tahan.. Agak-agak terpikat tak?

Siasatan Kes Adik Mohamad Thaqif di Bawah Seksyen 302 Kerana Membunuh

S iasatan kes yang melibatkan bekas pelajar tahfiz, adik Mohamad Thaqif diklasifikasikan semula di bawah seksyen 302 kerana membunuh. Perkara itu diberitahu oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi Twitter beliau sebentar tadi selain turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa. " Kes Adik Thaqif Amin- @PDRMsia ucapkan Takziah kpd keluarga anak ini dan telah mengklasifikasikan kan semula siasatan di bwh Sec 302 Bunuh " Selain itu, Khalid juga berkata pihak PDRM akan mendapatkan laporan penuh perubatan dan melengkapkan siasatan dengan kadar segera. " Kes Thaqif Amin- @PDRMsia akan dapatkan lapuran penuh perubatan dan lengkapkan siasatan dgn segera."  tulis beliau. Adik Thaqif Amin meninggal dunia pada jam 2.05 petang tadi ketika keluarga sedang membacakan Yasin. Sumber:  Twitter KBAB51 , Siakap Keli

Polis Nafi Mangsa Diculik

LAMAN sosial Facebook yang memaparkan dakwaan kejadian culik di Sandakan semalam. SANDAKAN: Polis menafikan kejadian seorang wanita diculik tiga lelaki yang tersebar di laman sosial Facebook sejak semalam. Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin, berkata siasatan sebaliknya mendapati wanita terbabit yang berusia lingkungan 20-an bertindak mengikut rakan lelakinya kerana berdepan masalah rumah tangga. "Maklumat itu tidak benar sama sekali. "Polis sudah menemuduga semua yang terbabit dan mangsa mengaku menghadapi masalah dengan suaminya," katanya dalam kenyataan di sini, sebentar tadi. Semalam, kejadian mengatakan seorang wanita diculik tiga lelaki menaiki teksi di Taman Megah, kira-kira jam 6.30 pagi menjadi viral di laman sosial.