Skip to main content

Posts

Showing posts with the label unikl

Annuar Musa Nafikan Terlibat Dalam Isu Penaja TRW Dengan Mara

Tan Sri Annuar Musa menegaskan tidak terlibat dalam perundingan pembelian pakej komersial Pelaburan MARA Berhad (PMB) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) untuk pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warrios (TRW). Katanya, perundingan itu hanya berlaku di peringkat pengurusan tanpa pengetahuannya."Saya tidak pernah beri arahan atau memaksa untuk membeli pakej berkenaan. "Ini fitnah totok apabila mendakwa saya menggunakan dana pendidikan untuk menaja pasukan TRW," katanya dalam sidang media selepas memberi keterangan kepada Audit Dalaman Majlis Amanah Rakyat (MARA) di pejabat MARA di sini, hari ini. Annuar dipanggil memberi keterangan berhubung dakwaan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasadalam memberi tajaan MARA kepada pasukan TRW melalui PMB dan UniKL. Januari lalu,Annuar digantung tugas sebagai Pengerusi MARA dan PMB secara mengejut berhubung isu berkenaan. Keputusan itu diumumkan Ahli Majlis MARADatuk Dr Yusof Yacob sebelum ini bertujuan mempertahankan i...