Skip to main content

Posts

Showing posts with the label bolasepak

MISC Berhad Tiada Kaitan Dengan MISC-MIFA FC

MISC Berhad hari ini menyatakan bahawa syarikat itu dan anak syarikatnya bukan merupakan sekutu atau mempunyai sebarang hubungan dengan kelab bola sepak MISC-MIFA. MISC Berhad menegaskan bahawa pada Mei 2016, ia menyiarkan notis dalam beberapa akhbar yang menafikan pihaknya mempunyai sebarang hubungan atau kaitan dengan pihak ketiga yang menggunakan singkatan 'MISC' dalam aktiviti yang tidak mempunyai kaitan dengan perniagaan dan kepentingan syarikat itu. "Oleh demikian, syarikat ini ingin menegaskan bahawa kami tidak memberi kebenaran atau dengan apa jua cara memberi hak untuk menggunakan nama kami atau cap dagangan kami 'MISC' kepada mana-mana pihak ketiga dan kami juga tidak terlibat secara aktif dalam menaja sesiapa atau mana-mana persatuan untuk menjalankan aktiviti mereka," kata MISC Berhad dalam kenyataan hari ini. Kenyataan itu dikeluarkan berikutan laporan berita mengenai dakwaan berlaku perbuatan menetapkan keputusan perlawanan melibatkan pem...

Liga Juara Eropah: Arsenal Masih Bersaing Slot Automatik

Arsenal menghidupkan peluang untuk menyertai kempen Liga Juara-Juara ke-20 berturut-turut apabila menewaskan juara bertahan Liga Perdana Inggeris, Leicester City 1-0 menerusi jaringan sendiri di Stadium Emirates, awal pagi tadi. Barisan kendalian Arsene Wenger yang kini memenangi empat daripada lima perlawanan liga dan Piala FA, menguasai hampir keseluruhan babak pertama namun Leicester terlebih dulu memperoleh peluang keemasan menerusi Jamie Vardy dan Riyad Mahrez. Penjaga gawang Leicester, Kasper Schmeichel menafikan percubaan Theo Walcott sebelum rembatan Alexis Sanchez terkena palang gawang Leicester dan Granit Xhaka juga hampir menjaringkan gol selepas waktu rehat. Akhirnya usaha Arsenal berjaya apabila percubaan Nacho Monreal pada minit ke-86 menyaksikan Robert Huth melakukan kesilapan tertampan bola masuk ke gawang sendiri sekali gus membenarkan Arsenal memperoleh tiga mata berharga. Keputusan itu meletakkan Arsenal kini empat mata di belakang kedudukan keempat yang menjanjik...