Skip to main content

Posts

Showing posts with the label pukul

Sedih,Tangan Pelajar Tahfiz Yang Didera Pula Dipotong

JOHOR BAHRU - Pelajar madrasah tahfiz di Kota Tinggi yang didakwa dipukul pembantu warden sehingga menyebabkan kedua-dua belah kakinya dipotong akibat jangkitan kuman kini menjalani pembedahan memotong tangannya. Perkara itu disahkan ibu saudaranya, Dzuraidah Ahmad, 38, yang memaklumkan pembedahan akan berlangsung pagi ini. Katanya, keputusan tersebut diambil selepas mendapat nasihat doktor Hospital Sultan Ismail yang sebelum ini telah melakukan pemantauan ke atas  tangan kanan kanak-kanak berusia 11 tahun itu. “Doktor ada maklumkan yang penting nyawa… jadi kita ikut pada kata doktor meskipun usaha telah dilakukan sedaya upaya untuk selamatkan tangannya untuk tidak dipotong,” katanya meskipun keluarga sebelum ini enggan membenarkan anggota tubuh kanak-kanak itu dipotong selepas kehilangan kedua-dua kakinya. Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11,  sebelum ini menjalani pembedahan memotong kedua-dua kakinya pada Jumaat lalu, diikuti pembedahan tangan kanan bagi membuan...

Pembantu Warden Berusia 29 Tahun Ditahan Reman Bantu Siasatan Kes Rotan Pelajar

KOTA TINGGI 23 April  - Seorang pembantu warden di asrama pusat tahfiz swasta di sini ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung kes yang membabitkan pelajar tahfiz berusia 11 tahun sejak Januari lalu. Perintah reman yang bermula pada hari ini sehinga Rabu dikeluarkan oleh Majistret Mazana Sinin terhadap lelaki berusia 29 tahun itu. Lelaki terbabit ditahan di rumahnya di Felda Lok Heng Barat di sini pada jam 4 petang semalam selepas ibu mangsa membuat laporan polis. Dalam kejadian berkenaan mangsa dipukul dengan paip getah hingga menyebabkan kecederaan pada kedua-dua kakinya. sumber:  Utusan Online Kredit :  Siakap Keli