Skip to main content

Posts

Showing posts with the label wanita40an

Wanita Usia 40 Tahun Lebih Kuat Seks?

Wanita Malaysia berusia 40 tahun ke atas didapati lebih banyak melakukan hubungan intim dan makin kuat seks terutama selepas menopaus. Menurut laporan  The Star ,  Perunding Pakar Urologi Hospital Gleneagles, Profesor Dr. George Lee  berkata, wanita usia lebih 40 tahun secara purata berasmara lapan kali sebulan berbanding dengan mereka di bawah umur 40 tahun yang hanya berhubungan intim purata enam kali sebulan. Tidak perlu bimbang tentang isu kehamilan Dr. George menjelaskan antara sebab utama adalah kerana wanita pada usia tersebut sudah mengalami putus haid sekali gus tidak perlu bimbang tentang isu kehamilan. Katanya lagi, secara lazimnya lelaki tidak selesa memakai kondom dan wanita tidak mahu mengambil pil pencegah kehamilan kerana takutkan penambahan berat badan. Apabila sudah menopaus wanita lebih yakin untuk hubungan seks Ramai yang menganggap bahawa wanita tiada nafsu syahwat selepas menopaus, sebenarnya kehidupan seksual mereka boleh dipertingka...