Skip to main content

Posts

Showing posts with the label sultankelantan

Agong,Intitusi Raja Simbol Jatidiri Negara

YANG di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V (tengah) berkenan bergambar bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (kiri) dan Timbalannya Dato Zahid Hamidi selepas Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-15 di Istana Negara hari. KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata institusi Raja atau dalam konteks Kerajaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, adalah pancaran kepada 'Pemeribadian atau Jatidiri Negara', yakni ''Personification of the Nation''. Katanya, Yang di-Pertuan Agong sebagai cerminan dan jelmaan, yakni manifestasi kepada 'Adicita' atau ideologi Rukun Negara, yang menjadi asas kepada sebuah negara bangsa, makmur dan merdeka. "Sesungguhnya, institusi Yang di-Pertuan Agong ini adalah unik kepada Malaysia, kerana ia bukanlah amalan di negara-negara beraja lain di dunia. Ia tidak melalui sistem undian oleh rakyat dan bukan juga diwarisi secara keturunan. "Institusi ini tidak lain dan tidak b...

YDP Agong Kita Memang Sempoi,Mungkin Ini Sebabnya Rakyat Kelantan Sayang Sultan Mereka

Pada 20 April lepas, satu majlis bacaan Yāʾ-Sīn diadakan sempena hari pertabalan itu dan baginda tiba untuk majlis itu dengan sangat bersahaja. Video ketibaan baginda Sultan Muhammad V itu dimuat naik oleh pengguna Twitter Ainul Akmal Hafizan‏ yang nyata kagum dengan sifat merendah diri baginda. "Ketibaan YDP Agong di Masjid Putrajaya untuk majlis bacaan Yāʾ-Sīn sempena pertabalan baginda. No protocol, kaki ayam & no red carpet. 😍" tulis Ainul Video berdurasi 12 saat itu pada mulanya merakamkan baginda Sultan Muhammad V berjalan di atas karpet merah yang disediakan. Bagaimanapun, baginda mempercepatkan perjalanan dengan mengambil laluan lebih pantas dengan memotong karpet itu. Ketibaan YDP Agong di Masjid Putrajaya untuk majlis bacaan Yāʾ-Sīn sempena pertabalan baginda. No protocol, kaki ayam & no red carpet. 😍 pic.twitter.com/nBt4wJper3 — Ainul Akmal Hafizan (@AinulAlFathani) April 22, 2017 Esok (24 Apr) merupakan Hari Pertabalan Yang di-Pertuan ...