Skip to main content

Posts

Showing posts with the label indonesia

Detik Qari Meninggal Dunia Ketika Alunan Surah Al-Mulk

Innalillahiwainnailahirojiun. SESUNGGUHNYA rezeki, jodoh, ajal dan maut adalah rahsia Allah. Namun sebagai manusia dan hambaNya, kita pastinya mendoakan dan mahukan pengakhiran yang baik. Siapalah kita untuk menentukan. Namun apabila melihat cara seorang ustaz dan qari dari Indonesia ini dipanggil kembali oleh Tuhan, sedikit sebanyak ia memberi gambaran bahawa dia pergi dalam keadaan yang husnul khatimah. Menerusi satu perkongsian video yang tular di laman sosial, Ja’far Abdul Rahman sedang membacakan ayat kedua surah Al-Mulk dalam satu acara di Surabaya, pada Isnin. Namun alunan bacaan Ja'far semakin lama semakin perlahan, dan dia kemudiannya pengsan. Menurut laporan beberapa portal Indonesia, Ja'far meninggal dunia beberapa minit selepas itu. Ja'far bukan nama asing dalam acara keagamaan di Indonesia dan kerap diundang untuk membaca al-Quran. Ayat kedua surah Al-Mulk menceritakan perihal kematian, dengan terjemahan penuhnya seperti berikut: (Allah)...

Benjy kena tahan lagi di Indonesia

Pelakon Benjy Ditahan Lagi Miliki Dadah sidang media polis indonesia PELAKON Khaeryl Benjamin atau Benjy, ditahan pihak berkuasa Indonesia di Sumatera Utara, kerana memiliki dadah jenis syabu. Portal Detik.com melaporkan, Benjy ditahan pada malam Selasa lalu sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu, Medan. Benjy dilaporkan menyembunyikan syabu dalam lubang dubur ketika diperiksa pihak berkuasa. Pelakon berusia 38 tahun itu dilaporkan berada di Medan atas urusan peribadi. "Setelah dilakukan pemeriksaan, kami menemui dua bungkus syabu seberat 14 gram yang disembunyikan di bahagian dubur," kata pihak polis. Benjy memberitahu pihak berkuasa dadah itu dibeli dan dibawa dari Kuala Lumpur. Benjy yang merupakan anak Allahyarham seniwati Azean Irdawaty, pernah ditangkap beberapa kali kerana kes dadah. Paling terbaharu, dia dibebaskan dari tuduhan memiliki dadah jenis methamphetamine seberat 28.99 gram pada April tahun lalu. sumber:...