Skip to main content

Posts

Showing posts with the label pelik

Rawatan Belut,Doktor Terkejut Lihat Belut 50cm Hidup Dalam Perut

  Dengan harapan untuk menyembuhkan penyakit sembelitnya, seorang lelaki di Guangzhou memasukkan seekor belut hidup menerusi duburnya. Bagaimanapun, malang menimpa lelaki tersebut apabila keadaannya bertambah teruk dan dia mula mengalami sakit perut. Lelaki berusia 49 tahun yang dikenali sebagai Liu itu dimasukkan ke hospital Baiyun minggu lepas selepas dia mengalami sakit perut yang amat. Doktor berkata perut Liu mengalami bengkak luar biasa dan dengan segera melakukan operasi pembedahan, lapor Guangzhou Daily. Ketika pembedahan, doktor terkejut apabila mendapati terdapat seekor belut 50cm berenang di dalam badannya. Belut itu telah menembusi perutnya dan menyebabkan kerosakan teruk di bahagian usus sehingga hampir membunuh Liu. Namun, Liu patut berterima kasih kepada doktor kerana tindakan membuang belut itu dengan pantas sekaligus berjaya menyelamatkan nyawanya. Liu kemudiannya membuat pengakuan kepada doktor doktor bahawa dia ada dengar bahawa belut hidup mampu menyembuhkan...