Skip to main content

Posts

Showing posts with the label mara

Annuar Musa Nafikan Terlibat Dalam Isu Penaja TRW Dengan Mara

Tan Sri Annuar Musa menegaskan tidak terlibat dalam perundingan pembelian pakej komersial Pelaburan MARA Berhad (PMB) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) untuk pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warrios (TRW). Katanya, perundingan itu hanya berlaku di peringkat pengurusan tanpa pengetahuannya."Saya tidak pernah beri arahan atau memaksa untuk membeli pakej berkenaan. "Ini fitnah totok apabila mendakwa saya menggunakan dana pendidikan untuk menaja pasukan TRW," katanya dalam sidang media selepas memberi keterangan kepada Audit Dalaman Majlis Amanah Rakyat (MARA) di pejabat MARA di sini, hari ini. Annuar dipanggil memberi keterangan berhubung dakwaan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasadalam memberi tajaan MARA kepada pasukan TRW melalui PMB dan UniKL. Januari lalu,Annuar digantung tugas sebagai Pengerusi MARA dan PMB secara mengejut berhubung isu berkenaan. Keputusan itu diumumkan Ahli Majlis MARADatuk Dr Yusof Yacob sebelum ini bertujuan mempertahankan i...

Annuar beri keterangan di MARA pagi ini

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang digantung tugas, Tan Sri Annuar Musa dilapor akan memberi keterangan kepada Audit Dalaman MARA hari ini berhubung dakwaan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa mengaitkan penajaan pasukan bola sepak Kelantan. Ini kali pertama Annuar tampil untuk memberi keterangan kepada Audit Dalaman MARA selepas hampir tiga bulan digantung tugas daripada jawatannya sejak 31 Januari lalu. Beliau digantung tugas serta-merta oleh Ahli Majlis MARA bagi membolehkan Audit Dalaman MARA menyiasat beberapa perkara mengenai agensi itu, termasuk penajaan Pelaburan MARA Berhad (PMB) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) untuk pasukan bola sepak Kelantan. Februari lalu, Annuar turut disoal siasat selama empat jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya atas dakwaan penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dana. Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh dilantik sebagai Pengerusi MARA berkuat kuasa 19 Julai 2003.  Sumber : Berita H...