Skip to main content

Posts

Showing posts with the label neelofa

'Loffatah' Dominasi Anugerah Meletop Era 2017

23 April - Loffatah atau Neelofa dan Fattah Amin mendominasi Anugerah Meletop Era 2017 apabila mereka bukan sahaja mengungguli kategori utama anugerah terbabit iaitu Anugerah Top Top Meletop Lelaki dan Wanita, malah turut membawa pulang trofi Drama MeleTop. Selain itu, Fattah Amin juga membawa pulang trofi Bintang Online Meletop di samping satu lagi kemenangan menerusi Fesyen Meletop. Neelofa juga cemerlang apabila rancangan TV yang dihoskannya, Taste Selebriti, dipilih selaku Program Meletop. Khai Bahar pula memenangi kategori Artis Baharu Meletop; Johan memenangi Penyampai Radio Meletop dan Artis Lawak Meletop, dan Johara Pagi Era pula memenangi Program Radio Meletop. Turut memenangi trofi AME2017 ialah Akim Ahmad dan Stacy Anam (Couple Meletop); Datuk Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir (Duo Meletop); Siti Nordiana (Penyanyi Meletop); Ayda Jebat (Lagu Meletop); Munafik (Filem Meletop) dan Fasha Sandha (Bintang Filem Meletop). AME2017 disiarkan secara langsung di saluran As...

11 Rakyat Malaysia Tersenarai Dalam Forbes 30 2017

Senarai Forbes 30 Under 30 Asia 2017 itu menampilkan 300 penginovasi muda, usahawan dan peneraju yang membawa impak besar kepada dunia hari ini. Berikut merupakan 11 individu ternarai dalam Forbes 30 Under  1. Neelofa, 28, Pengasas NH Prima International Namanya tersenarai selepas menjalankan beberapa perniagaan termasuk jenama pakaian wanita Muslimah, “Neelofar Hijab”. Jenamanya kini sudah berada di 38 negara termasuk di London baru-baru ini. 2. Vivy Yusof,29 Pengasas FashionValet jenamanya kini sudah dikenali di negara-negara Asia dan kini sudah ada 400 jenama dibawah syarikatnya. Baru-baru ini FashionValet memperkenalkan jenama untuk kanak-kanak FVkids. Pencapaian paling membanggakan ialah apabila tudung dUCK scarfs kristal Swarovski berlatar belakangkan bandar Kuala Lumpur habis dijual dalam masa 5 minit. 3 Sasha Tan,26, Pengasas Favful Favful merupakan platform kecantikan yang menyediakan maklumat lengkap tentang produk serta ulasan tentang sesuatu p...