Skip to main content

Posts

Showing posts with the label semasa

Hampir 48 nyawa umat Islam jadi korban PENGANAS di Christchurch,New zealand

16 Mac 2019 49 mangsa telah ditembak mati dan 48 orang cedera dalam serangan mensasarkan orang Islam di dua masjid semasa solat Jumaat di Christchurch, dalam keganasan yang paling teruk dalam sejarah New Zealand. Perdana Menteri, Jacinda Ardern, menyifatkan kekejaman itu sebagai serangan pengganas dan berkata hari Jumaat adalah "salah satu hari paling gelap di New Zealand". Pesuruhjaya Polis Mike Bush mengatakan alat peledak di dalam kereta telah ditolak dan mendesak semua masjid di seluruh negara menutup pintu untuk sementara waktu. Seorang lelaki berusia lewat 20-an telah ditangkap dan didakwa dengan pembunuhan. Dia akan muncul di mahkamah pada pagi Sabtu. Dua lagi suspek bersenjata telah ditahan. Polis berkata mereka cuba menentukan bagaimana mereka mungkin terlibat. Polis tidak menamakan mana-mana suspek, tetapi seorang lelaki mengenal pasti dirinya sebagai Brenton Tarrant, seorang wanita berusia 28 tahun yang dilahirkan di Australia, menyiarkan rakaman live...

Kes Driver Bas Rempuh Kereta 8 Biji,RAPID Bersedia Bayar Ganti Rugi

RapidKL sedia bayar ganti rugi Video Pertama RAPIDKL akan membayar ganti rugi kepada semua pemilik kenderaan yang rosak dilanggar pemandu bas RapidKL di sepanjang Jalan Ampang dalam kemalangan malam tadi. Ketua Pegawai Operasi RapidKL Shamsul Rizal Mohd Yusof berkata, semua pemilik kenderaan terbabit boleh menghubungi talian bantuan di 03 7885 2585. “Pemilik kenderaan terbabit perlu melalu beberapa prosedur untuk menuntut ganti rugi termasuk membuat laporan polis berhubung kejadian itu,” katanya pada sidang media di Depoh Rapid KL Maluri, hari ini. Shamsul berkata, pusat operasi RapidKL menerima maklumat mengenai kemalangan terbabit pada 8.30 malam. “Bas terbabit untuk perkhidmatan dari Datuk Keramat ke Ampang Point. Berdasarkan maklumat diterima, tiada mangsa terbunuh dalam kejadian berkenaan. “Kami meminta maaf berhubung kemalangan berkenaan dan belum mendapat maklumat lengkap mengenai manakala punca kemalangan masih belum dapat dipastikan,” kata...

How To Remove Shortcut Virus On USB Disk

steps to remove virus shortcuts 1) Scan your pendrive first. 2) Enter the option folder in the Search and press Enter. 3) Click Organize,Folder and search options. 4) Click View. Check on Show hidden files, folders and drived. Untick the Hide extensions and Hide protected boxes. click Apply.  5) Open the pendrive and let it open 6) Press Win + R for open Run.exe,write cmd in box and Press Enter. 7) write attrib -h -r -s /s /d f:\*.* and press Enter. 'f" as your usb drive,change if different. 8) Do not forget to restore the Folder default settings again. Okay, it's over.You can use USB Drive again. GOOD LUCK!!

Semakan tarif elektrik seterusnya pada Januari 2018

KUALA LUMPUR - Semakan tarif elektrik di Semenanjung Malaysia seterusnya adalah pada Januari 2018 selepas kerajaan bersetuju mengekalkan rebat tarif elektrik sebanyak 1.52 sen/kWJ di Semenanjung bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Disember tahun ini. Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknoloji Hijau dan Air (KETTHA), Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang berkata, semakan kos pembekalan elektrik itu dilaksanakan Suruhanjaya Tenaga di bawah dasar  semakan semula ke atas kos bahan api dan kos penjanaan lain (ICPT) pada setiap enam bulan sekali. "Semakan terkini telah dibuat bagi tempoh Januari hingga Jun 2017. "Tetapi, pada 30 Jun 2017, kerajaan telah bersetuju membelanjakan sebanyak RM1.303 bilion untuk menampung peningkatan kos bahan api dan penjanaan bekalan elektrik kepada Semenanjung bagi tempoh Julai hingga Disember tahun ini," katanya dalam program temubual "Ruang Bicara" terbitan Bernama News Channel pada Rabu. Turut serta dalam program itu ia...

Viral ''Cashier" Kedai Judi Kena Rogol

Kecoh viral di Facebook video samun dan rogol Cashier kedai di puchong kinrara. Sebuah video kes samun dan rogol Cashier kedai judi di puchong kinrara telah menjadi Viral dilaman media sosial. Rakaman video dipercayai pada 11hb 5 2017 tetapi waktu kejadian tidak ketahui. Video berkenan dimuat naik oleh facebook Raymond Tan telah menarik perhatian ramai.masing masing individu meluahkan rasa geram keatas tiga lelaki yang telah melakukan jenayah sekaligus ke rogol berkenan. Raymond Tan berkata beliau mendapatkan info berkenan dari aplikasi wechat, Juga kelihatan penjenayah berkenaan seperti sudah digari.bagaimana pun info masih lagi belum disahkan oleh mana-mana balai polis.

Abang Ingat Linaya Jasmay,Meh Lihat Siapa Sebenar Dibalik Botol Sirap F&N

Dulu kan. Abg mati2 ingt ni liyanajasmay . Bertahun abg minum air ni. Dan bertahun abg puji liyanajasmay. Puji sebab senang bancuh, puji sebab sedap . Puji sebab kecik2 dah jd model. Abg dah tumbuh bulu baru nk jd model. Tu pun suam2 kuku je. Cilakak.. Dah masuk belasan tahun abg minum air F&N ni. Dan hari ni abg baru taw . Yg gmbr ni budak tecik ni bukan milik liyanajasmay walaupun gigi dan gusi dia jelas kelihatan seperti liyanajasmay. For those yang x taw ni gmbr sape. Ni ha org nye @dihahmrfds dah besar panjang dah budak nye. Padia? Cmna abg taw. Hello, korang ingat korang je pandai stalk. Abg lagi la dik oiiiiiiii Yg bagus nye budak watlekwatpis je org tu ckp liyanajasmay kat comment ig dia. Dia siap ya kan aje. Bagus. Down to the earth. Keep it up dik. Maaf la dik @dihahmrfds @dihahmrfds abg ingt tu liyanajasmay. Btw sedap air tu , Hahahahahahhahahahahahaha. Nak tengok gambar sekarang?boleh tahan.. Agak-agak terpikat tak?

Lebih 49,000 Penjawat Awam Berdepan Bankrupsi

KUALA LUMPUR - Lebih 49,000 penjawat awam berdepan risiko menjadi muflis berikutan kegagalan mereka menguruskan hutang pinjaman, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Azih Muda. Azih berkata penjawat awam terbabit didapati melakukan pinjaman peribadi daripada institusi kewangan yang melebihi kemampuan gaji mereka. "Hal ini saya lihat semakin serius dan ia  terjadi kerana ada penjawat awam yang bertindak memalsukan slip gaji ketika membuat pinjaman," katanya kepada pemberita pada  Seminar Hari Pekerja di sini hari ini. Beliau berkata  ketiadaan sistem yang mengawal pinjaman yang dilakukan penjawat awam juga merupakan antara punca mereka membuat pinjaman melebihi kemampuan dan melakukan  pinjaman bertindih. "Sekarang ini kerajaan memberi peluang kepada lebih 20 agensi pinjaman membuat potongan gaji kepada penjawat awam yang melaksanakan pinjaman tanpa perlu merujuk antara satu sama lain (institusi pinjaman). ...

Umur 9Tahun Menang Peugeot 408

Seorang murid darjah Tiga tidak menyangka penyertaannya dalam Perlis Marathon 2017 membuahkan hasil apabila berjaya membawa pulang sebuah kereta Peugeot 408 tajaan Naza di Stadium Syed Putra Jamalullai di sini. Adik Muhammad Farhan Hakimi Mohamad Nor, terkejut apabila nombor penyertaannya bagi acara lima kilometer junior lelaki diumum sebagai nombor cabutan bertuah utama program terbabit. " Saya tahu cabutan bertuah hari ini akan memperoleh kereta tetapi tidak sangka pula saya yang akan dapat. "Ini kali pertama saya menyertai...syukur Alhamdulillah...saya mahu abang memandu kereta ini nanti ," katanya ketika ditemui pemberita. Farhan, yang juga anak kepada tukang jahit yang berasal di Kedah berkata dia tidak berhasrat menjual kereta itu dan mahu memandunya apabila dewasa kelak. Anak kepada tukang jahit berasal dari Kodiang, Kedah ini berkata, beliau tidak berhasrat menjual kereta itu dan mahu memandunya apabila dewasa kelak. Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin ...

MISC Berhad Tiada Kaitan Dengan MISC-MIFA FC

MISC Berhad hari ini menyatakan bahawa syarikat itu dan anak syarikatnya bukan merupakan sekutu atau mempunyai sebarang hubungan dengan kelab bola sepak MISC-MIFA. MISC Berhad menegaskan bahawa pada Mei 2016, ia menyiarkan notis dalam beberapa akhbar yang menafikan pihaknya mempunyai sebarang hubungan atau kaitan dengan pihak ketiga yang menggunakan singkatan 'MISC' dalam aktiviti yang tidak mempunyai kaitan dengan perniagaan dan kepentingan syarikat itu. "Oleh demikian, syarikat ini ingin menegaskan bahawa kami tidak memberi kebenaran atau dengan apa jua cara memberi hak untuk menggunakan nama kami atau cap dagangan kami 'MISC' kepada mana-mana pihak ketiga dan kami juga tidak terlibat secara aktif dalam menaja sesiapa atau mana-mana persatuan untuk menjalankan aktiviti mereka," kata MISC Berhad dalam kenyataan hari ini. Kenyataan itu dikeluarkan berikutan laporan berita mengenai dakwaan berlaku perbuatan menetapkan keputusan perlawanan melibatkan pem...

Bukan Admin Whatsapp Sahaja,Yang Lain Pun Boleh Diambil Tindakan

Siasatan akan dijalankan sekiranya terdapat aduan terhadap kandungan yang disebarkan dalam mana-mana kumpulan aplikasi chat sosial seperti WhatsApp, Wechat, Viber dan Telegram, kata SKMM. SKMM dalam satu kenyataan berkata, perbualan dalam mana-mana kumpulan itu adalah bersifat persendirian namun adalah menjadi kesalahan bagi seseorang untuk menggunakan perkhidmatan aplikasi itu bagi membuat dan memulakan penghantaran apa-apa komen, permintaan dan cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain. Suruhanjaya itu berkata, siasatan tidak akan membezakan antara pentadbir dan anggota kumpulan. Justeru,  pentadbir aplikasi atau anggota kumpulan diingatkan agar berwaspada dalam menyebarkan maklumat dalam kumpulan masing-masing supaya tidak terjadi kes penyebaran maklumat palsu. "Perlu ditekankan bahawa mana-mana siasatan tidak akan membezakan di antara pentadbi...

47 Hari Hilang di Himalaya,Lelaki Ditemui Masih Hidup 

Seorang pendaki yang hilang selama 47 hari di kawasan bukit bakau Nepal ditemui masih hidup bersebelahan mayat teman wanitanya yang sudah meninggal dunia selama tiga hari. Liang Sheng-yueh, 20, terperangkap berdekatan dengan kawasan air terjun bersama teman wanita Liu Chen-chun selepas mereka kehabisan bekalan makanan. Liu meninggal dunia tiga hari sebelum pasukan penyelamat tiba untuk menyelamatkan Liang. Ketika ditemui, berat Liang hilang sebanyak 28kg selain kakinya sudah memburuk dan dimakan ulat. " Dia sedang tidur ketika pasukan menyelamat menemui mereka ,"  kata penyelamat, Madhav Basynyat. " Dia terbangun apabila terdengar kami. Kami sangat terkejut menemui dia masih hidup . Dia berkata teman wanitanya sudah tiga hari mati ". Kini, Liang dirawat di sebuah hospital di Kathmandu selepas diahntar oleh penyelamat menggunakan pengangkutan udara. Pada mulanya, pasangan dari Taiwan itu mengikuti aliran sungai dengan harapan dapat men...

Harga Petrol, Diesel Turun Mulai 27 April 2017

Harga runcit bagi petrol dan diesel turun mulai tengah malam ini. Bagi 27 April hingga 3 Mei ini, harga runcit petrol RON95 ditetapkan kepada RM2.21 seliter yang mana mengalami penurunan sebanyak enam sen. Harga runcit petrol RON97 pula turun lima sen kepada RM2.49 seliter manakala harga runcit Diesel pula turun tujun sen kepada RM 2.14 seliter. RON95: RM2.21 seliter RON97: RM2.49 seliter Diesel: RM 2.14 seliter

Siasatan Kes Adik Mohamad Thaqif di Bawah Seksyen 302 Kerana Membunuh

S iasatan kes yang melibatkan bekas pelajar tahfiz, adik Mohamad Thaqif diklasifikasikan semula di bawah seksyen 302 kerana membunuh. Perkara itu diberitahu oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi Twitter beliau sebentar tadi selain turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa. " Kes Adik Thaqif Amin- @PDRMsia ucapkan Takziah kpd keluarga anak ini dan telah mengklasifikasikan kan semula siasatan di bwh Sec 302 Bunuh " Selain itu, Khalid juga berkata pihak PDRM akan mendapatkan laporan penuh perubatan dan melengkapkan siasatan dengan kadar segera. " Kes Thaqif Amin- @PDRMsia akan dapatkan lapuran penuh perubatan dan lengkapkan siasatan dgn segera."  tulis beliau. Adik Thaqif Amin meninggal dunia pada jam 2.05 petang tadi ketika keluarga sedang membacakan Yasin. Sumber:  Twitter KBAB51 , Siakap Keli

Detik Qari Meninggal Dunia Ketika Alunan Surah Al-Mulk

Innalillahiwainnailahirojiun. SESUNGGUHNYA rezeki, jodoh, ajal dan maut adalah rahsia Allah. Namun sebagai manusia dan hambaNya, kita pastinya mendoakan dan mahukan pengakhiran yang baik. Siapalah kita untuk menentukan. Namun apabila melihat cara seorang ustaz dan qari dari Indonesia ini dipanggil kembali oleh Tuhan, sedikit sebanyak ia memberi gambaran bahawa dia pergi dalam keadaan yang husnul khatimah. Menerusi satu perkongsian video yang tular di laman sosial, Ja’far Abdul Rahman sedang membacakan ayat kedua surah Al-Mulk dalam satu acara di Surabaya, pada Isnin. Namun alunan bacaan Ja'far semakin lama semakin perlahan, dan dia kemudiannya pengsan. Menurut laporan beberapa portal Indonesia, Ja'far meninggal dunia beberapa minit selepas itu. Ja'far bukan nama asing dalam acara keagamaan di Indonesia dan kerap diundang untuk membaca al-Quran. Ayat kedua surah Al-Mulk menceritakan perihal kematian, dengan terjemahan penuhnya seperti berikut: (Allah)...

Surat Terbuka Untuk YB Rafizi Ramli

Kehadapan YB Rafizi Ramli yang dihormati, Pertama sekali maaf jika surat terbuka ini kurang disenangi YB dan penyokong-penyokong YB dan mungkin juga pemimpin Pakatan Harapan yang lain. Luahan ini bagi melepaskan  apa yang terbuku dalam hati dengan apa yang berlaku sejak akhir-akhir ini yang melibatkan YB dan Pakatan Harapan. Diakui YB seorang pemimpin muda yang berwawasan dan bijak sehingga mampu mencipta fenomena dalam politik tempatan, yang selama ini dipandang sepi oleh golongan muda. Siapa yang boleh lupa pendedahan isu lembu dalam kondo, kontroversi 1MDB,  pelaburan Tabung Haji, isu YaPEiM dan banyak lagi. YB menjadi idola anak-anak muda walaupun YB bukanlah lelaki metroseksual, sado atau sekacak Khairy Jamaluddin yang menjadi kegilaan wanita. Namun, YB tetap menjadi pujaan kerana bijaksana, cerdik, pandai berpidato dan fasih berbahasa Inggeris. Ciri-ciri  pemimpin muda memang ada pada YB dan tidak hairanlah YB menang penuh bergaya pada PRU12 dan PRU13...

Sedih,Tangan Pelajar Tahfiz Yang Didera Pula Dipotong

JOHOR BAHRU - Pelajar madrasah tahfiz di Kota Tinggi yang didakwa dipukul pembantu warden sehingga menyebabkan kedua-dua belah kakinya dipotong akibat jangkitan kuman kini menjalani pembedahan memotong tangannya. Perkara itu disahkan ibu saudaranya, Dzuraidah Ahmad, 38, yang memaklumkan pembedahan akan berlangsung pagi ini. Katanya, keputusan tersebut diambil selepas mendapat nasihat doktor Hospital Sultan Ismail yang sebelum ini telah melakukan pemantauan ke atas  tangan kanan kanak-kanak berusia 11 tahun itu. “Doktor ada maklumkan yang penting nyawa… jadi kita ikut pada kata doktor meskipun usaha telah dilakukan sedaya upaya untuk selamatkan tangannya untuk tidak dipotong,” katanya meskipun keluarga sebelum ini enggan membenarkan anggota tubuh kanak-kanak itu dipotong selepas kehilangan kedua-dua kakinya. Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11,  sebelum ini menjalani pembedahan memotong kedua-dua kakinya pada Jumaat lalu, diikuti pembedahan tangan kanan bagi membuan...

Live Bunuh Diri Ayah Dan Anak Di Thailand

Seorang lelaki menggantung dirinya bersama anak perempuan berusia 11 bulan di Sakoo, Phuket dalam kejadian petang semalam. Tindakan membunuh diri itu disiarkan secara langsung di Facebook. Polis menyifatkan tindakan itu dipercayai berpunca dari perasaan cemburu. Kejadian itu disedari oleh teman wanita lelaki berkenaan, 21, yang menelefon polis paa 6.30 petang bahawa teman lelakinya telah memuatnaik video perbuatan itu di Facebook. Video terbabit merakamkan lelaki terbabit mengikat tali di leher anaknya sebelum menjatuhkannya dari bangunan. "Video itu, yang berdurasi selama empat minit di muat naik pada 5.45 petang semalam," kata polis Thalang, Lt Col Sanit Nookhong. "Di dalam video, lelaki berkenaan menunjukkan sebotol air, yang kami sahkan adalah air ketum. Dia memberikan anaknya air itu dan dia sendiri mengambilnya. Selepas itu dia mengikat tali di leher kanak-kanak itu dan menjatuhkannya. "Kamu boleh dengar kanak-kanak itu menangis sebelum berhenti. Dia kemudi...

Raja Bomoh Malaysia Mengaku Berbohong

KUALA LUMPUR: 'Raja Bomoh' membuat pengakuan ikhlas dan bertaubat atas kesalahan menghina agama Islam, di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), sebentar tadi. Ibrahim Mat Zin, 66, dalam pengakuannya, memohon maaf kepada semua masyarakat beragama Islam dan bukan Islam di negara ini serta semua pihak di seluruh dunia berhubung tindakannya menggunakan teropong dalam membantu menyelesaikan beberapa kejadian dan isu besar yang berlaku di Malaysia, termasuk kes kehilangan MH370. Dia menyatakan segala tindakannya itu, termasuk aksi 'melihat menggunakan teropong buluh' dan 'angkat kelapa', diarahkan oleh individu tertentu yang tidak dapat didedahkannya. Pengakuannya itu disaksikan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Al Bakri; Pengarah JAWI, Abdul Aziz Jusoh dan Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama JAWI, Wan Jaapar Wan Ahmad. Terdahulu, Ibrahim mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 7(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilaya...

Annuar Musa Nafikan Terlibat Dalam Isu Penaja TRW Dengan Mara

Tan Sri Annuar Musa menegaskan tidak terlibat dalam perundingan pembelian pakej komersial Pelaburan MARA Berhad (PMB) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) untuk pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warrios (TRW). Katanya, perundingan itu hanya berlaku di peringkat pengurusan tanpa pengetahuannya."Saya tidak pernah beri arahan atau memaksa untuk membeli pakej berkenaan. "Ini fitnah totok apabila mendakwa saya menggunakan dana pendidikan untuk menaja pasukan TRW," katanya dalam sidang media selepas memberi keterangan kepada Audit Dalaman Majlis Amanah Rakyat (MARA) di pejabat MARA di sini, hari ini. Annuar dipanggil memberi keterangan berhubung dakwaan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasadalam memberi tajaan MARA kepada pasukan TRW melalui PMB dan UniKL. Januari lalu,Annuar digantung tugas sebagai Pengerusi MARA dan PMB secara mengejut berhubung isu berkenaan. Keputusan itu diumumkan Ahli Majlis MARADatuk Dr Yusof Yacob sebelum ini bertujuan mempertahankan i...

Ammar Hotfm Menangis Mohon Maaf Pada Watson

Primeworks Studios Sdn Bhd menggantung khidmat pengacara Azizul Ammar Abu Hassan dan enam kru penerbitan, tanpa tempoh dinyatakan, berkuat kuasa serta-merta susulan isu mempersendakan nama ayah bekas pelari pecut negara, Watson Nyambek. Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Ahmad Izham Omar yang memohon maaf secara terbuka pada sidang media bersama bekas pelari pecut negara Watson Nyambek berkata, program yang sama juga ditamatkan siarannya. Ammar hotfm menangis mohon maaf Posted by Nasi lemak 5 kupang on Monday, April 24, 2017 Beliau berkata, tempoh penggantungan tugas enam krew penerbitan akan diputuskan kemudian. "Saya mohon maaf atas kesilapan yang tidak disengajakan kerana menyinggung perasaan keluarga Watson dan rakyat Sarawak," katanya di sini, sebentar tadi. Turut hadir dan menyatakan kekesalan ialah Azizul Ammar sendiri. Sementara itu, Watson menolak permohonan maaf daripada Primeworks Studios Sdn Bhd berhubung insiden nama bapanya dipersendak...