Skip to main content

Posts

Showing posts with the label new

Nelydia muat naik foto resit bayaran LHDN

KUALA LUMPUR: Pelakon Nelydia Senrose memuat naik foto resit pembayaran cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bertarikh 4 April 2017 untuk tahun taksiran 2013 menerusi akaun Instagram miliknya, malam tadi. Dalam entri itu, Nelydia turut menulis keterangan ringkas: "Ini resit pembayaran cukai pendapatan bertarikh 4 April 2017". Pelakon yang popular menerusi drama Setia Hujung Nyawa dan Bukan Aku Tak Cinta itu bagaimanapun tidak menunjukkan bukti pembayaran bagi tahun taksiran 2009, 2010, 2011 dan 2012. Nelydia atau nama sebenarnya, Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 23, semalam dikenakan waran tangkap akibat tidak menghadirkan diri ke mahkamah selepas menghadapi lima tuduhan gagal mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (Borang B) bagi tempoh lima tahun bermula pada 2009 hingga 2013. Terdahulu, pada 11 April lalu, LHDN menyerahkan saman berkenaan kepada artis terbabit dan mengarahkannya menghadiri sesi sebutan kes bertarikh 12 April di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor....

Wanita Maut Kenderaan Dihempap Pokok

IPOH :  Seorang wanita maut apabila kereta dinaiki dihempap pokok tumbang di jalan Gopeng berdekatan Hotel Hillcity, di sini pada Sabtu. Dalam kejadian kira-kira jam 3.15 petang itu, mangsa yang berada di dalam kereta jenis proton Wira berkenaan maut di Hospital Raja Permaisuri ketika mendapatkan rawatan. Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh Ali Hairi Sulaiman berkata pokok berkenaan tumbang secara tiba-tiba ke atas kereta mangsa yang ketika itu sedang bergerak. “Pihak bomba menerima laporan kejadian itu pada jam 3.32 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian dan setibanya jentera di lokasi kejadian didapati pokok tumbang telah menghempap sebuah kereta proton wira. “Terdapat tiga mangsa dewasa di dalam kenderaan itu, dua perempuan dan seorang lelaki, kesemuanya dikeluarkan oleh orang awam dan anggota bomba telah menjalankan kerja pemotongan pokok tersebut. “Kami telah dapat berita seorang mangsa telah maut ketika mendapatkan rawatan di Hospital...