Skip to main content

Posts

Showing posts with the label korea

Galaxy S8 bakal hangatkan pasaran telefon pintar di China

SEOUL : Pasaran telefon pintar di China bakal menyaksikan persaingan sengit gergasi teknologi Amerika Syarikat Apple Inc dan Huawei Technologies Co dari China dengan Samsung Electronics Co, susulan langkah syarikat itu yang akan memulakan jualan bagi produk meganya terbaru tidak lama lagi, menurut sumber lapor agensi berita Korea Selatan Yonhap. Huawei telah memulakan penjualan telefon pintar model P10 di China pada Sabtu. P10 adalah pengganti kepada P9 mega-hit yang mencapai jualan 10 juta unit tahun lepas. Telefon pintar teknologi tinggi itu dilengkapi kamera yang dibangunkan bersama dengan Leica Camera Jerman. Selain itu, Apple juga merancang memperkenalkan iPhone 7 edisi khas ekslusif berwarna merah. Setakat ini, pada hari pertama model itu telah menerima tempahan awal sebanyak 270,000 dan menurut pemerhati industri warna merah dan emas amat popular di China. Samsung yang memperkenalkan telefon pintar Galaxy S8 dan Galaxy S8 Plus bulan lepas merancang mengadakan majlis...

Bintang Korea, Sulli Dinobat Gadis Paling Comel Di Dunia

Baru-baru ini Majalah Vogue memilih bintang Korea, Sulli sebagai  “Gadis Paling Comel Di Dunia”. Majalah Vogue juga turut memuji fesyen yang digayakan oleh bekas ahli kumpulan f(x) itu, yang dikatakan sangat berbeza dan lain dari yang lain.Vogue juga memuji gaya fesyen unik Sulli yang tidak menggayakan fesyen biasa seperti pakaian sukan. Gaya Sulli boleh dikatakan menarik perhatian kerana sering menggayakan feysen vintage, gaun floral, jaket dan pakaian seperti tahun 90-an. Majalah Vogue memilih beberapa fesyen menarik pilihan Sulli di karpet merah.