Skip to main content

Posts

Showing posts with the label goverment

Pendaftaran i-Suri KWSP Dibuka Hari Ini

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan pendaftaran Caruman Sukarela Insentif Suri (i-Suri) boleh dibuat mulai hari ini. Mereka yang layak boleh mendaftar sebagai ahli KWSP untuk menyertai i-Suri dengan mengunjungi mana-mana 67 cawangan KSWP di seluruh negara. Dalam kenyataan hari ini, KWSP berkata suri rumah, balu dan ibu tunggal yang profil mereka didaftarkan di Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) boleh menyertai i-Suri dan membuat caruman minimum RM5 setiap bulan ke akaun simpanan persaraan mereka bagi melayakkan menerima insentif kerajaan RM40 setiap bulan yang dimasukkan ke akaun KWSP masing-masing. Pengumuman i-Suri oleh Dato Seri Wan Azizah Wan Ismail,Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga Dan Masyarakat. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif KWSP (Operasi), Datuk Mohd Naim Daruwish berkata pembukaan pendaftaran i-Suri itu susulan pelancaran Insentif Suri Rumah oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap ...

Lebih 49,000 Penjawat Awam Berdepan Bankrupsi

KUALA LUMPUR - Lebih 49,000 penjawat awam berdepan risiko menjadi muflis berikutan kegagalan mereka menguruskan hutang pinjaman, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Azih Muda. Azih berkata penjawat awam terbabit didapati melakukan pinjaman peribadi daripada institusi kewangan yang melebihi kemampuan gaji mereka. "Hal ini saya lihat semakin serius dan ia  terjadi kerana ada penjawat awam yang bertindak memalsukan slip gaji ketika membuat pinjaman," katanya kepada pemberita pada  Seminar Hari Pekerja di sini hari ini. Beliau berkata  ketiadaan sistem yang mengawal pinjaman yang dilakukan penjawat awam juga merupakan antara punca mereka membuat pinjaman melebihi kemampuan dan melakukan  pinjaman bertindih. "Sekarang ini kerajaan memberi peluang kepada lebih 20 agensi pinjaman membuat potongan gaji kepada penjawat awam yang melaksanakan pinjaman tanpa perlu merujuk antara satu sama lain (institusi pinjaman). ...