Tiada maaf untuk Primework Studio dan Azizul Ammar . Ini dapat dilihat dari reaksi wajah watson. Justeru, tidak hairanlah sebentar tadi beliau tanpa banyak bicara menolak permohonan maaf daripada pihak Primeworks Studios Sdn Bhd berhubung insiden nama bapanya dipermain seperti kambing. Mimik tersebut dilakukan oleh pengacara, Azizul Ammar Abu Hassan, dalam rancangan "Sukan Tak Sentral" yang disiarkan di TV3 dua hari lalu. Dalam sidang media yang dihadiri kedua-dua pihak, dengan Primeworks Studios diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ahmad Izham Omar, Watson menjelaskan dia masih tidak dapat menerima penghinaan itu. "Sekarang saya hendak jelaskan di sini, walaupun mereka meminta maaf di hadapan anda semua (media), di tv serta di depan rakyat Malaysia, khasnya di Sarawak, kepada saya, saya sekarang ini sukar hendak menerima maaf tersebut. "Ini kerana bapa saya ini dipandang seperti seekor haiwan. Apa perasaan saya dan bagaimana perasaan anda semua...
selamat datang blog nasi lemak 5 kupang..segala cerita,berita,gossip dan viral bermula disini.