Skip to main content

Posts

Showing posts with the label rasuah

MISC Berhad Tiada Kaitan Dengan MISC-MIFA FC

MISC Berhad hari ini menyatakan bahawa syarikat itu dan anak syarikatnya bukan merupakan sekutu atau mempunyai sebarang hubungan dengan kelab bola sepak MISC-MIFA. MISC Berhad menegaskan bahawa pada Mei 2016, ia menyiarkan notis dalam beberapa akhbar yang menafikan pihaknya mempunyai sebarang hubungan atau kaitan dengan pihak ketiga yang menggunakan singkatan 'MISC' dalam aktiviti yang tidak mempunyai kaitan dengan perniagaan dan kepentingan syarikat itu. "Oleh demikian, syarikat ini ingin menegaskan bahawa kami tidak memberi kebenaran atau dengan apa jua cara memberi hak untuk menggunakan nama kami atau cap dagangan kami 'MISC' kepada mana-mana pihak ketiga dan kami juga tidak terlibat secara aktif dalam menaja sesiapa atau mana-mana persatuan untuk menjalankan aktiviti mereka," kata MISC Berhad dalam kenyataan hari ini. Kenyataan itu dikeluarkan berikutan laporan berita mengenai dakwaan berlaku perbuatan menetapkan keputusan perlawanan melibatkan pem...

Annuar Musa Nafikan Terlibat Dalam Isu Penaja TRW Dengan Mara

Tan Sri Annuar Musa menegaskan tidak terlibat dalam perundingan pembelian pakej komersial Pelaburan MARA Berhad (PMB) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) untuk pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warrios (TRW). Katanya, perundingan itu hanya berlaku di peringkat pengurusan tanpa pengetahuannya."Saya tidak pernah beri arahan atau memaksa untuk membeli pakej berkenaan. "Ini fitnah totok apabila mendakwa saya menggunakan dana pendidikan untuk menaja pasukan TRW," katanya dalam sidang media selepas memberi keterangan kepada Audit Dalaman Majlis Amanah Rakyat (MARA) di pejabat MARA di sini, hari ini. Annuar dipanggil memberi keterangan berhubung dakwaan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasadalam memberi tajaan MARA kepada pasukan TRW melalui PMB dan UniKL. Januari lalu,Annuar digantung tugas sebagai Pengerusi MARA dan PMB secara mengejut berhubung isu berkenaan. Keputusan itu diumumkan Ahli Majlis MARADatuk Dr Yusof Yacob sebelum ini bertujuan mempertahankan i...