Taman Tema Animasi MAPS Dibuka 26 Jun Ini IPOH : Taman tema animasi pertama di Malaysia yang dikenali sebagai Movie Animation Park Studios (Maps), di sini akan mula dibuka kepada orang ramai pada 26 Jun ini. Ahli Lembaga Pengarah MAPS, Ramelle Ramli berkata taman tema itu akan menawarkan 40 tarikan unik dengan enam tema animasi terkemuka dunia seperti Boboiboy, The Smurfs dan beberapa watak animasi dari Dreamworks. “Ketika ini MAPS telah pun 96 peratus siap, 4 peratus lagi hanya melibatkan kerja-kerja hiasan. “Walaupun terdapat sedikit masalah sebelum ini namun saya nak jelaskan ianya ekoran keputusan yang diambil oleh pihak kami untuk menambah lagi tarikan bagi memastikan ianya berbaloi untuk pengunjung,” katanya pada sidang media selepas membawa wakil-wakil media melawati taman tema itu pada Jumaat. Tambah beliau pihaknya yakin taman tema yang terletak di Meru Raya, Ipoh itu akan dapat menarik 700,000 hingga 800,000 pengunjung sehingga akhir tahun 2017. “Kami s...
selamat datang blog nasi lemak 5 kupang..segala cerita,berita,gossip dan viral bermula disini.