Skip to main content

Posts

Showing posts with the label sukan

MISC Berhad Tiada Kaitan Dengan MISC-MIFA FC

MISC Berhad hari ini menyatakan bahawa syarikat itu dan anak syarikatnya bukan merupakan sekutu atau mempunyai sebarang hubungan dengan kelab bola sepak MISC-MIFA. MISC Berhad menegaskan bahawa pada Mei 2016, ia menyiarkan notis dalam beberapa akhbar yang menafikan pihaknya mempunyai sebarang hubungan atau kaitan dengan pihak ketiga yang menggunakan singkatan 'MISC' dalam aktiviti yang tidak mempunyai kaitan dengan perniagaan dan kepentingan syarikat itu. "Oleh demikian, syarikat ini ingin menegaskan bahawa kami tidak memberi kebenaran atau dengan apa jua cara memberi hak untuk menggunakan nama kami atau cap dagangan kami 'MISC' kepada mana-mana pihak ketiga dan kami juga tidak terlibat secara aktif dalam menaja sesiapa atau mana-mana persatuan untuk menjalankan aktiviti mereka," kata MISC Berhad dalam kenyataan hari ini. Kenyataan itu dikeluarkan berikutan laporan berita mengenai dakwaan berlaku perbuatan menetapkan keputusan perlawanan melibatkan pem...

Abu Bakar mahu pemain teruskan momentum

PENGENDALI  PKNP FC, Abu Bakar Fadzim mengakui amat berpuas hati dengan perjalanan pasukannya sepanjang pusingan pertama Liga Malaysia (Liga-M) 2017. Setakat pusingan pertama, PKNP berada di tangga ketiga Liga Perdana dengan mencatat enam kemenangan, empat seri dan tewas sekali selain mara ke suku akhir Piala FA. Sebagai pendatang baru, Abu Bakar menyifatkan pencapaian PKNP benar-benar di luar jangkaannya sebagai jurulatih. Justeru, beliau berharap momentum ini dapat diteruskan pada pusingan kedua Liga Perdana dan dalam saingan Piala Malaysia nanti. "Ini semua memang beyond my expectation kerana semua pemain belum ada pengalaman dalam saingan yang lebih berat seperti ini. "Alhamdulillah, kami dapat kekalkan momentum dan terus memberi saingan kepada pasukan yang lebih lama dalam liga. "Sekarang ini, cabaran baru kami ialah bagaimana untuk mempertahankan kedudukan yang kami ada sekarang. "Apa pun saya yakin dengan tambahan pemain import keemp...

Liga Juara Eropah: Arsenal Masih Bersaing Slot Automatik

Arsenal menghidupkan peluang untuk menyertai kempen Liga Juara-Juara ke-20 berturut-turut apabila menewaskan juara bertahan Liga Perdana Inggeris, Leicester City 1-0 menerusi jaringan sendiri di Stadium Emirates, awal pagi tadi. Barisan kendalian Arsene Wenger yang kini memenangi empat daripada lima perlawanan liga dan Piala FA, menguasai hampir keseluruhan babak pertama namun Leicester terlebih dulu memperoleh peluang keemasan menerusi Jamie Vardy dan Riyad Mahrez. Penjaga gawang Leicester, Kasper Schmeichel menafikan percubaan Theo Walcott sebelum rembatan Alexis Sanchez terkena palang gawang Leicester dan Granit Xhaka juga hampir menjaringkan gol selepas waktu rehat. Akhirnya usaha Arsenal berjaya apabila percubaan Nacho Monreal pada minit ke-86 menyaksikan Robert Huth melakukan kesilapan tertampan bola masuk ke gawang sendiri sekali gus membenarkan Arsenal memperoleh tiga mata berharga. Keputusan itu meletakkan Arsenal kini empat mata di belakang kedudukan keempat yang menjanjik...

Arsenal Mara ke Final FA Cup Bertemu Chelsea

Arsenal melangkah ke peringkat akhir Piala FA bertemu Chelsea yang mengalah Tottehem semalam. Separuh masa pertama perlawanan berkesudahan seri tanpa jaringan. Separuh masa kedua bermula,Arsenal ketinggalan 1-0 hasil jaringan Kun Aguero pada minit ke 62. 10minit kemudian Arsenal bangkit membalas jaringan hasil Montreal.Keadaan berkesudahan seri 1-1 sehingga tamat perlawanan masa sebenar.Perlawanan terpaksa ditentukan pada masa tambahan 30minit.Minit yang ke 101,Alexis Sanchez menjadi Wira Arsenal dengan jaringan cantik menewaskan Claudio Bravo. That feeling when you play at Wembley in May again ... 😜 #YaGunnersYa #FACupFinal pic.twitter.com/u3AoxTC5gp — Mesut Özil (@MesutOzil1088) April 23, 2017

Keputusan Liga Perdana Inggeris

Benteke meraikan gol kedua beliau keputusan Penuh Liverpool melawan Crystal Palace 1 gol berbalas 2 gol.Gol-gol Crystal Palace adalah hasil jaringan Benteke (m42,m73) dan gol dari Liverpool dijaringkan oleh Coutinho hasil sepakan percuma dari jarak 27m. Coutinho tersenyum hasil gol dari sepakan percuma 27meter Gol pertama dari Benteke Gol kemenangan Crystal Palace dari Benteke Sepakan dari Coutinho

Pahang Ke Separuh Akhir

IMPIAN penyandang juara, Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk terus mara dalam saingan Piala FA tidak kesampaian apabila tewas dengan jumlah agregat 3-4 dengan Pahang dalam saingan suku akhir kedua di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos Larkin, malam ini. Meskipun pada mulanya perlawanan seakan-akan​ memihak kepada JDT, namun jaringan tunggal import Pahang pada minit akhir perlawanan meranapkan hajat tuan rumah untuk mengekalkan kejuaraan. Tuan rumah terlebih dahulu membuka tirai jaringan seawal minit kelima apabila Gonzalo Cabrera berjaya menampan masuk bola hasil hantaran hantaran terus Safiq Rahim.Kehadiran gol awal tersebut menyaksikan skuad  Tok Gajah sedikit kelam kabut pada minit awal permainan selain jentera tengah pasukan yang kelihatan sedikit goyah Harimau Selatan tidak menunggu lama untuk menambah jaringan apabila Gabriel Cabrera meledak masuk gol kedua buat pasukan hasil hantaran Azrif Nasrulhaq pada minit ke-22.Pahang kemudiannya cuba merapatkan jurang jaringan apa...

Keputusan Piala FA Inggeris

PEMAIN Chelsea, Eden hazard meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan dalam perlawanan menentang Tottenham Hotspur pada aksi separuh akhir Piala FA Inggeris di Stadium Wembley, malam tadi. - Foto AP LONDON: Berikut keputusan penuh aksi Piala FA Inggeris antara Chelsea dan Tottenham Hotspur. Chelsea 4 (Willian m5, pen 43, Hazard m-76, Matic m80) Spurs 2 (Kane m18, Alli m52).Chelsea mara ke peringkat akhir.

Everton sekadar seri, Bournemouth ''makan besar''

LONDON: Everton sekadar mengutip satu mata apabila diikat 0-0 oleh West Ham United ketika Bournemouth membelasah kelab di tangga kedua tercorot, Middlesbrough 4-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), malam tadi. Sementara itu, dua kelab bergelut, Hull City dan Swansea City turut meraih kemenangan penting selepas menang dengan keputusan 2-0 menentang lawan masing-masing, Watford dan Stoke City di laman sendiri. Pada aksi di Stadium Vitality, Bournemouth mengganas apabila meledak gol pertama seawal minit kedua menerusi Joshua King sebelum Benik Afobe menggandakan jaringan pada minit ke-16. Segala-galanya menjadi lebih mudah buat Bournemouth yang beraksi di laman sendiri apabila pemain Middlesbrough, Gaston Ramirez diarahkan keluar padang kerana dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-20 namun tambahan gol hanya tiba pada babak kedua. Ramirez dilayangkan kad kuning kedua atas kekasarannya kepada Charlie Daniels. Marc Pugh meletakkan tuan rumah selesa mendahului 3-0 selepas 20 min...

Gelaran dunia bukan masa untuk bersenang lenang - Azizulhasni

KUALA LUMPUR: Walaupun sudah bergelar juara dunia, jaguh berbasikal trek negara Mohd Azizulhasni Awang tetap tidak mahu 'bersenang-lenang' sambil menikmati kejayaannya meraih pingat emas acara keirin di Kejohanan Dunia UCI di Hong Kong, baru-baru ini. Tidak seperti juara dunia lain, atlet berusia 29 tahun itu memendekkan tempoh cutinya dan akan pulang ke Melbourne, Australia malam ini untuk menjalani sesi latihan seperti biasa, di samping memberi tumpuan kepada sesi pengajiannya di sana. "Dah jadi juara dunia bukan masa untuk relaks. Bagi saya bila dah berada di puncak, tiada lagi tempat hendak dituju kecuali ke bawah sahaja. "Jadi, saya hendak pastikan saya tidak ke bawah. Saya hendak segera balik ke Melbourne dan kembali bekerja lebih keras," katanya kepada pemberita selepas sesi bertemu peminat anjuran Kumpulan CIMB di sebuah pusat membeli-belah di sini, hari ini. Azizulhasni meluangkan masa kira-kira dua jam bersama peminat untuk berkongsi detik manis keme...

Jurulatih T-Team kecewa gol dibatalkan

Kuala Terengganu: Pengendali T-Team, Rachmad Darmawan kecewa dengan tindakan pengadil Khairulazuan Kidam membatalkan gol kedua pasukannya ketika seri 1-1 dengan Felda United di suku akhir pertama Piala Malaysia malam tadi. Baginya tiada sebab gol Dilshod Sharofetdinov di minit ke-70 dibatalkan menyaksikan pasukannya gagal mendapatkan kelebihan awal diharapkan sebelum menentang lawan sama pada suku akhir kedua pada 17 September. "Tiada alasan untuk pengadil membatalkan gol kedua T-Team kerana tiada sebarang kesalahan dilakukan. Tapi itulah dia sudah membuat keputusan dan kita perlu terima. "Namun untuk ke separuh akhir peluang masih terbuka. Cuma saya nak minta agar pengadil lebih adil dalam mengadili perlawanan seterusnya," katanya meminta semua pihak menghormati keputusan itu. Pada masa sama, Rachmad juga mahukan pemainnya lebih fokus dan bekerja lebih keras untuk mara ke peringkat seterusnya. Katanya, anak buahnya perlu mengekalkan momentum dan member...