Skip to main content

Posts

Showing posts with the label terkini

Ammar Hotfm Menangis Mohon Maaf Pada Watson

Primeworks Studios Sdn Bhd menggantung khidmat pengacara Azizul Ammar Abu Hassan dan enam kru penerbitan, tanpa tempoh dinyatakan, berkuat kuasa serta-merta susulan isu mempersendakan nama ayah bekas pelari pecut negara, Watson Nyambek. Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Ahmad Izham Omar yang memohon maaf secara terbuka pada sidang media bersama bekas pelari pecut negara Watson Nyambek berkata, program yang sama juga ditamatkan siarannya. Ammar hotfm menangis mohon maaf Posted by Nasi lemak 5 kupang on Monday, April 24, 2017 Beliau berkata, tempoh penggantungan tugas enam krew penerbitan akan diputuskan kemudian. "Saya mohon maaf atas kesilapan yang tidak disengajakan kerana menyinggung perasaan keluarga Watson dan rakyat Sarawak," katanya di sini, sebentar tadi. Turut hadir dan menyatakan kekesalan ialah Azizul Ammar sendiri. Sementara itu, Watson menolak permohonan maaf daripada Primeworks Studios Sdn Bhd berhubung insiden nama bapanya dipersendak...

Agong,Intitusi Raja Simbol Jatidiri Negara

YANG di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V (tengah) berkenan bergambar bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (kiri) dan Timbalannya Dato Zahid Hamidi selepas Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-15 di Istana Negara hari. KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata institusi Raja atau dalam konteks Kerajaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, adalah pancaran kepada 'Pemeribadian atau Jatidiri Negara', yakni ''Personification of the Nation''. Katanya, Yang di-Pertuan Agong sebagai cerminan dan jelmaan, yakni manifestasi kepada 'Adicita' atau ideologi Rukun Negara, yang menjadi asas kepada sebuah negara bangsa, makmur dan merdeka. "Sesungguhnya, institusi Yang di-Pertuan Agong ini adalah unik kepada Malaysia, kerana ia bukanlah amalan di negara-negara beraja lain di dunia. Ia tidak melalui sistem undian oleh rakyat dan bukan juga diwarisi secara keturunan. "Institusi ini tidak lain dan tidak b...

Pahang Ke Separuh Akhir

IMPIAN penyandang juara, Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk terus mara dalam saingan Piala FA tidak kesampaian apabila tewas dengan jumlah agregat 3-4 dengan Pahang dalam saingan suku akhir kedua di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos Larkin, malam ini. Meskipun pada mulanya perlawanan seakan-akan​ memihak kepada JDT, namun jaringan tunggal import Pahang pada minit akhir perlawanan meranapkan hajat tuan rumah untuk mengekalkan kejuaraan. Tuan rumah terlebih dahulu membuka tirai jaringan seawal minit kelima apabila Gonzalo Cabrera berjaya menampan masuk bola hasil hantaran hantaran terus Safiq Rahim.Kehadiran gol awal tersebut menyaksikan skuad  Tok Gajah sedikit kelam kabut pada minit awal permainan selain jentera tengah pasukan yang kelihatan sedikit goyah Harimau Selatan tidak menunggu lama untuk menambah jaringan apabila Gabriel Cabrera meledak masuk gol kedua buat pasukan hasil hantaran Azrif Nasrulhaq pada minit ke-22.Pahang kemudiannya cuba merapatkan jurang jaringan apa...

Nelydia muat naik foto resit bayaran LHDN

KUALA LUMPUR: Pelakon Nelydia Senrose memuat naik foto resit pembayaran cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bertarikh 4 April 2017 untuk tahun taksiran 2013 menerusi akaun Instagram miliknya, malam tadi. Dalam entri itu, Nelydia turut menulis keterangan ringkas: "Ini resit pembayaran cukai pendapatan bertarikh 4 April 2017". Pelakon yang popular menerusi drama Setia Hujung Nyawa dan Bukan Aku Tak Cinta itu bagaimanapun tidak menunjukkan bukti pembayaran bagi tahun taksiran 2009, 2010, 2011 dan 2012. Nelydia atau nama sebenarnya, Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 23, semalam dikenakan waran tangkap akibat tidak menghadirkan diri ke mahkamah selepas menghadapi lima tuduhan gagal mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (Borang B) bagi tempoh lima tahun bermula pada 2009 hingga 2013. Terdahulu, pada 11 April lalu, LHDN menyerahkan saman berkenaan kepada artis terbabit dan mengarahkannya menghadiri sesi sebutan kes bertarikh 12 April di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor....

Wanita Maut Kenderaan Dihempap Pokok

IPOH :  Seorang wanita maut apabila kereta dinaiki dihempap pokok tumbang di jalan Gopeng berdekatan Hotel Hillcity, di sini pada Sabtu. Dalam kejadian kira-kira jam 3.15 petang itu, mangsa yang berada di dalam kereta jenis proton Wira berkenaan maut di Hospital Raja Permaisuri ketika mendapatkan rawatan. Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh Ali Hairi Sulaiman berkata pokok berkenaan tumbang secara tiba-tiba ke atas kereta mangsa yang ketika itu sedang bergerak. “Pihak bomba menerima laporan kejadian itu pada jam 3.32 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian dan setibanya jentera di lokasi kejadian didapati pokok tumbang telah menghempap sebuah kereta proton wira. “Terdapat tiga mangsa dewasa di dalam kenderaan itu, dua perempuan dan seorang lelaki, kesemuanya dikeluarkan oleh orang awam dan anggota bomba telah menjalankan kerja pemotongan pokok tersebut. “Kami telah dapat berita seorang mangsa telah maut ketika mendapatkan rawatan di Hospital...

Tutup suis Mesin Basuh Selepas Guna

keadaan mesin basuh mangsa Amaran Sebuah rumah hampir terbakar disebabkan mesin basuh yg tidak di off kan selepas digunakan . Pcb mesin basuh biasanya dilapis dgn sejenis seal yg clear tu utk lindungi elektronik komponennya... lama2 seal tu akan cair sbb elektronik komponen tu generate haba... Oleh itu sila tutup suis selepas digunakan. Sumber: Facebook

Suami Ina Naim ni dah kenapa?

Suami Ina Naim tanya spender Jika difikirkan, setiap lelaki akan menyayangi isterinya dan akan memberikan yang terbaik untuk membahagiakan isterinya. Tapi, perlu ke semua kebahagiaan yang diberikan kepada isteri ditunjukkan kepada umum semata-mata untuk membukti kasih-sayang tersebut? Baru-baru ini, Suhaimi Saad, 35, suami kepada Ina Naim (bekas tunang Mawi) telah memuat naik satu status di akaun Facebook miliknya menunjukkan dia menemani isterinya membeli seluar dalam. Lebih mengejutkan, apabila Suhami atau lebih dikenali sebagai SS telah melampirkan sekali gambar seluar dalam yang dijual bersama gambar mereka suami isteri. Ya, tidak dapat dinafikan ada kemungkinan SS hanya mahu memberikan nasihat kepada para suami yang ‘malu’ untuk membelikan pakaian dalam buat isteri mereka, tetapi bukankah perkara ini secara tidak langsung memalukan isterinya? Umm, tak boleh nak cakap apa, sebab mungkin bagi SS dan Ina ini merupakan perkara normal dan bukan memalukan mereka. Sebena...