Skip to main content

Posts

Showing posts with the label utama

Bintang Korea, Sulli Dinobat Gadis Paling Comel Di Dunia

Baru-baru ini Majalah Vogue memilih bintang Korea, Sulli sebagai  “Gadis Paling Comel Di Dunia”. Majalah Vogue juga turut memuji fesyen yang digayakan oleh bekas ahli kumpulan f(x) itu, yang dikatakan sangat berbeza dan lain dari yang lain.Vogue juga memuji gaya fesyen unik Sulli yang tidak menggayakan fesyen biasa seperti pakaian sukan. Gaya Sulli boleh dikatakan menarik perhatian kerana sering menggayakan feysen vintage, gaun floral, jaket dan pakaian seperti tahun 90-an. Majalah Vogue memilih beberapa fesyen menarik pilihan Sulli di karpet merah.

Pembantu Warden Berusia 29 Tahun Ditahan Reman Bantu Siasatan Kes Rotan Pelajar

KOTA TINGGI 23 April  - Seorang pembantu warden di asrama pusat tahfiz swasta di sini ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung kes yang membabitkan pelajar tahfiz berusia 11 tahun sejak Januari lalu. Perintah reman yang bermula pada hari ini sehinga Rabu dikeluarkan oleh Majistret Mazana Sinin terhadap lelaki berusia 29 tahun itu. Lelaki terbabit ditahan di rumahnya di Felda Lok Heng Barat di sini pada jam 4 petang semalam selepas ibu mangsa membuat laporan polis. Dalam kejadian berkenaan mangsa dipukul dengan paip getah hingga menyebabkan kecederaan pada kedua-dua kakinya. sumber:  Utusan Online Kredit :  Siakap Keli