Skip to main content

Posts

Showing posts with the label smartphone

Xiaomi Redmi Note 4X Dilancarkan Dengan Harga Bermula RM 647

Xiaomi Redmi Note 4X akhirnya dilancarkan dan ia sebenarnya hanyalah sebuah Redmi Note 4 yang dijenamakan semula untuk pasaran luar China. Peranti ini dilengkapi skrin 5.5″ IPS LCD HD penuh, pemproses Snapdragon 625, RAM 3/4 Gigabyte dan storan 32/64 Gigabyte. Bagi yang memerlukan storan tambahan kad MikroSD sehingga 128 Gigabyte disokong. Redmi Note 4 yang dilancarkan tahunKamera utama masih lagi 13-Megapixel f/2.0 dengan sistem pemfokusan PDAF manakala kamera hadapan puyla sebesar 5-Megapixel f/2.0. Resolusi rakaman video tertinggi ialah 1080P. Peranti ini dilengkapi sebesar 4100 mAh yang membolehkan ia berfungsi dengan lama. Ia masih mengekalkan port pengecasan MikroUSB. Harga jualan untuk versi 3GB/32 GB ialah RMB 999 (~RM 647) manakala versi terhad Hatsune Miku pula dijual pada harga RMB 1299 (~RM 842). Masih tiada pengumuman tentang harga,Redmi untuk versi 4GB/64 GB. Lima pilihan warna diberikan iaitu Hijau Hatsune, Cherry Powder, Champagne Gold. Platinum Silver Gray dan Ma...

70% Rakyat Malaysia Ketagih Telefon Pintar

Menurut kajian, ke­tagihan rakyat Malaysia terhadap penggunaan telefon bimbit semakin membimbangkan apabila kira-kira 60 peratus golongan muda mengalami simptom dipanggil nomofobia. Nomofobia ialah sindrom seseorang itu merasakan dirinya tidak boleh hidup atau fobia tanpa telefon. Kaji selidik dijalankan oleh  Portal Gerakan Belia Teknologi Informasi (ITYM)  melalui 1,200 responden berusia 15 hingga 30 tahun di internet juga mendapati 70 peratus golongan muda akan memeriksa telefon pintar sekiranya terjaga daripada tidur pada waktu malam. Menurut Presiden ITYM, Khaireel Azlee Abdul Aziz, kegilaan terhadap telefon pintar yang kini menjadi sebahagian daripada gaya hidup sebenar­nya telah berlaku dalam segenap lapisan umur terutamanya golongan muda di negara ini. Sumber:  kosmo online