Skip to main content

Posts

Showing posts with the label nelydiasenrose

Nelydia muat naik foto resit bayaran LHDN

KUALA LUMPUR: Pelakon Nelydia Senrose memuat naik foto resit pembayaran cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bertarikh 4 April 2017 untuk tahun taksiran 2013 menerusi akaun Instagram miliknya, malam tadi. Dalam entri itu, Nelydia turut menulis keterangan ringkas: "Ini resit pembayaran cukai pendapatan bertarikh 4 April 2017". Pelakon yang popular menerusi drama Setia Hujung Nyawa dan Bukan Aku Tak Cinta itu bagaimanapun tidak menunjukkan bukti pembayaran bagi tahun taksiran 2009, 2010, 2011 dan 2012. Nelydia atau nama sebenarnya, Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 23, semalam dikenakan waran tangkap akibat tidak menghadirkan diri ke mahkamah selepas menghadapi lima tuduhan gagal mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (Borang B) bagi tempoh lima tahun bermula pada 2009 hingga 2013. Terdahulu, pada 11 April lalu, LHDN menyerahkan saman berkenaan kepada artis terbabit dan mengarahkannya menghadiri sesi sebutan kes bertarikh 12 April di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor....

LHDN Keluarkan Waran Tangkap Terhadap Nelydia Senrose

KUA LA LUMPUR , 21 Apr :  Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mengeluarkan waran tangkap terhadap artis Nelydia Senrose selepas beliau tidak menghadirkan diri bagi prosiding kes gagal mengemukakan cukai pendapatan. Nelydia atau nama sebenarnya, Nik Zaris Nelydia Nik Sen, menghadapi lima pertuduhan kerana gagal mematuhi notis di bawah Seksyen 78(a) Akta Cukai Pendapatan 1967, yang mengkehendaki Nelydia mengemukan Borang Nyata Cukai Pendapatan (Borang B) bagi lima tahun taksiran. LHDN memaklumkan, Nelydia gagal mengemukakan borang berkenaan bagi tahun 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2013. " Artis ini juga turut menghadapi satu lagi tuduhan lain iaitu gagal mematuhi notis di bawah Seksyen 81 Akta Cukai Pendapatan 1967, bagi mengemukakan maklumat secara lisan kepada LHDN . " Kegagalan mematuhi notis yang dikeluarkan adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 120(1)(a) akta yang sama, di mana jika disabit kesalahan boleh didenda tidak kurang R...