Skip to main content

Posts

Showing posts with the label sukantaksentral

Tiada Maaf,Watson Nyembek pertimbang saman Ammar,Primework Studio

Tiada maaf untuk Primework Studio dan Azizul Ammar . Ini dapat dilihat dari reaksi wajah watson. Justeru, tidak hairanlah sebentar tadi beliau tanpa banyak bicara menolak permohonan maaf daripada pihak Primeworks Studios Sdn Bhd berhubung insiden nama bapanya dipermain seperti kambing. Mimik tersebut dilakukan oleh pengacara, Azizul Ammar Abu Hassan, dalam rancangan "Sukan Tak Sentral" yang disiarkan di TV3 dua hari lalu. Dalam sidang media yang dihadiri kedua-dua pihak, dengan Primeworks Studios diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ahmad Izham Omar, Watson menjelaskan dia masih tidak dapat menerima penghinaan itu. "Sekarang saya hendak jelaskan di sini, walaupun mereka meminta maaf di hadapan anda semua (media), di tv serta di depan rakyat Malaysia, khasnya di Sarawak, kepada saya, saya sekarang ini sukar hendak menerima maaf tersebut. "Ini kerana bapa saya ini dipandang seperti seekor haiwan. Apa perasaan saya dan bagaimana perasaan anda semua...

Ammar Hotfm Mohon Maaf Isu Watson Nyembek

SHAH ALAM - Pengacara sebuah rancangan komedi televisyen tempatan, Azizul Ammar Abu Hassan hari ini tampil memohon maaf ekoran tindakannya mempersenda nama mendiang bapa bekas pelari pecut negara, Watson Nyambek. Azizul dikatakan menyamakan mendiang bapa Watson dengan binatang menerusi sebuah rancangan televisyen, semalam. "Dengan rasa rendah diri, saya ingin memohon maaf atas keterlajuran saya terhadap Watson dan keluarganya. "Tanpa sedar kami telah mencalar nama baik mendiang bapanya," katanya menerusi kenyataan di Intagramnya, hari ini.  Menurut Azizul lagi, dia sangat menghormati atlet terkemuka tanah air itu yang telah mencipta dan mengharumkan nama Malaysia hingga ke peringkat antarabangsa. "Saya juga mengucapkan rasa terima kasih terhadap komen dan teguran yang diberikan oleh semua pihak. "Segala panduan dan teguran akan dijadikan panduan buat saya menjalankan tugas di depan hari dan saya akan lebih peka dalam menjaga sensitiviti mas...

Isu Rancangan Sukan Tak Sentral:Primeworks Studios Buat Permohonan Maaf Terbuka Kepada Watson Nyambek

Kuala Lumpur: Primeworks Studios Sdn Bhd memohon maf kepada Watson Nyambek kerana mempersendakan mendiang ayahnya. Menerusi satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Datuk Ahmad Izham Omar berkata pihaknya sudah memberi peringatakan kepada semua kakitangan Primeworks Studios supaya sentiasa peka dan sensitif dalam setiap rancangan yang diterbitkan. " Pihak kami juga akan membuat kajian semula terhadap kaedah serta kerja operasi bagi mengelak kejadian ini berulang. " Kejadian ini memberi pengajaran kepada pihak kami untuk lebih peka keadaan sekeliling ," katanya. Tambah beliau juga, pihaknya sangat menghormati bekas pelumba pecut negara itu. " Watson adalah seorang pelari pecut negara serta atlet yang banyak berjasa dan mengharumkan nama negara . " Pihak kami dengan rendah diri memohon maaf di atas kesilapan kami dan memastikan perkara seperti ini tidak akan berulang lagi ," katanya. Sebelum ini, Watson Ny...