YANG di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V (tengah) berkenan bergambar bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (kiri) dan Timbalannya Dato Zahid Hamidi selepas Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-15 di Istana Negara hari. KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata institusi Raja atau dalam konteks Kerajaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, adalah pancaran kepada 'Pemeribadian atau Jatidiri Negara', yakni ''Personification of the Nation''. Katanya, Yang di-Pertuan Agong sebagai cerminan dan jelmaan, yakni manifestasi kepada 'Adicita' atau ideologi Rukun Negara, yang menjadi asas kepada sebuah negara bangsa, makmur dan merdeka. "Sesungguhnya, institusi Yang di-Pertuan Agong ini adalah unik kepada Malaysia, kerana ia bukanlah amalan di negara-negara beraja lain di dunia. Ia tidak melalui sistem undian oleh rakyat dan bukan juga diwarisi secara keturunan. "Institusi ini tidak lain dan tidak b...
selamat datang blog nasi lemak 5 kupang..segala cerita,berita,gossip dan viral bermula disini.