Skip to main content

Posts

Showing posts with the label trending

Kes Driver Bas Rempuh Kereta 8 Biji,RAPID Bersedia Bayar Ganti Rugi

RapidKL sedia bayar ganti rugi Video Pertama RAPIDKL akan membayar ganti rugi kepada semua pemilik kenderaan yang rosak dilanggar pemandu bas RapidKL di sepanjang Jalan Ampang dalam kemalangan malam tadi. Ketua Pegawai Operasi RapidKL Shamsul Rizal Mohd Yusof berkata, semua pemilik kenderaan terbabit boleh menghubungi talian bantuan di 03 7885 2585. “Pemilik kenderaan terbabit perlu melalu beberapa prosedur untuk menuntut ganti rugi termasuk membuat laporan polis berhubung kejadian itu,” katanya pada sidang media di Depoh Rapid KL Maluri, hari ini. Shamsul berkata, pusat operasi RapidKL menerima maklumat mengenai kemalangan terbabit pada 8.30 malam. “Bas terbabit untuk perkhidmatan dari Datuk Keramat ke Ampang Point. Berdasarkan maklumat diterima, tiada mangsa terbunuh dalam kejadian berkenaan. “Kami meminta maaf berhubung kemalangan berkenaan dan belum mendapat maklumat lengkap mengenai manakala punca kemalangan masih belum dapat dipastikan,” kata...

Polis Nafi Mangsa Diculik

LAMAN sosial Facebook yang memaparkan dakwaan kejadian culik di Sandakan semalam. SANDAKAN: Polis menafikan kejadian seorang wanita diculik tiga lelaki yang tersebar di laman sosial Facebook sejak semalam. Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin, berkata siasatan sebaliknya mendapati wanita terbabit yang berusia lingkungan 20-an bertindak mengikut rakan lelakinya kerana berdepan masalah rumah tangga. "Maklumat itu tidak benar sama sekali. "Polis sudah menemuduga semua yang terbabit dan mangsa mengaku menghadapi masalah dengan suaminya," katanya dalam kenyataan di sini, sebentar tadi. Semalam, kejadian mengatakan seorang wanita diculik tiga lelaki menaiki teksi di Taman Megah, kira-kira jam 6.30 pagi menjadi viral di laman sosial.

Isu Rancangan Sukan Tak Sentral:Primeworks Studios Buat Permohonan Maaf Terbuka Kepada Watson Nyambek

Kuala Lumpur: Primeworks Studios Sdn Bhd memohon maf kepada Watson Nyambek kerana mempersendakan mendiang ayahnya. Menerusi satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Datuk Ahmad Izham Omar berkata pihaknya sudah memberi peringatakan kepada semua kakitangan Primeworks Studios supaya sentiasa peka dan sensitif dalam setiap rancangan yang diterbitkan. " Pihak kami juga akan membuat kajian semula terhadap kaedah serta kerja operasi bagi mengelak kejadian ini berulang. " Kejadian ini memberi pengajaran kepada pihak kami untuk lebih peka keadaan sekeliling ," katanya. Tambah beliau juga, pihaknya sangat menghormati bekas pelumba pecut negara itu. " Watson adalah seorang pelari pecut negara serta atlet yang banyak berjasa dan mengharumkan nama negara . " Pihak kami dengan rendah diri memohon maaf di atas kesilapan kami dan memastikan perkara seperti ini tidak akan berulang lagi ," katanya. Sebelum ini, Watson Ny...

Nelydia muat naik foto resit bayaran LHDN

KUALA LUMPUR: Pelakon Nelydia Senrose memuat naik foto resit pembayaran cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bertarikh 4 April 2017 untuk tahun taksiran 2013 menerusi akaun Instagram miliknya, malam tadi. Dalam entri itu, Nelydia turut menulis keterangan ringkas: "Ini resit pembayaran cukai pendapatan bertarikh 4 April 2017". Pelakon yang popular menerusi drama Setia Hujung Nyawa dan Bukan Aku Tak Cinta itu bagaimanapun tidak menunjukkan bukti pembayaran bagi tahun taksiran 2009, 2010, 2011 dan 2012. Nelydia atau nama sebenarnya, Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 23, semalam dikenakan waran tangkap akibat tidak menghadirkan diri ke mahkamah selepas menghadapi lima tuduhan gagal mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (Borang B) bagi tempoh lima tahun bermula pada 2009 hingga 2013. Terdahulu, pada 11 April lalu, LHDN menyerahkan saman berkenaan kepada artis terbabit dan mengarahkannya menghadiri sesi sebutan kes bertarikh 12 April di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor....

LHDN Keluarkan Waran Tangkap Terhadap Nelydia Senrose

KUA LA LUMPUR , 21 Apr :  Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mengeluarkan waran tangkap terhadap artis Nelydia Senrose selepas beliau tidak menghadirkan diri bagi prosiding kes gagal mengemukakan cukai pendapatan. Nelydia atau nama sebenarnya, Nik Zaris Nelydia Nik Sen, menghadapi lima pertuduhan kerana gagal mematuhi notis di bawah Seksyen 78(a) Akta Cukai Pendapatan 1967, yang mengkehendaki Nelydia mengemukan Borang Nyata Cukai Pendapatan (Borang B) bagi lima tahun taksiran. LHDN memaklumkan, Nelydia gagal mengemukakan borang berkenaan bagi tahun 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2013. " Artis ini juga turut menghadapi satu lagi tuduhan lain iaitu gagal mematuhi notis di bawah Seksyen 81 Akta Cukai Pendapatan 1967, bagi mengemukakan maklumat secara lisan kepada LHDN . " Kegagalan mematuhi notis yang dikeluarkan adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 120(1)(a) akta yang sama, di mana jika disabit kesalahan boleh didenda tidak kurang R...

siapa sebenar siti kassim?

siti kassim memakai kacamata hitam Penafian Siti Kassim bahawa dirinya murtad telah memaksa orang ramai berfikir adakah benar dia sudah memeluk agama Kristian tanpa menukar identiti Melayu di dalam kad pengenalan sepertimana kes Lina Joy ? Hari ini, ketika Mahkamah Persekutuan sedang mendengar permohonan g ereja Katolik mendapatkan kebenaran untuk menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mingguan, ‘The Herald’ dalam versi bahasa Malaysia, Siti Kassim muncul dengan memakai t-shirt hitam tertulis ‘Allah sekelian alam.’ “Kenapa orang Melayu dan orang Islam jadi macam lembu? Nak tahu ajaran Islam yang sebenar mereka kena rujuk dan baca al-Quran, bukan dengar daripada orang yang kononnya alim. “Saya datang ke sini atas nama agama Islam…saya tidak setuju dengan kumpulan yang datang membantah penganut Kristian menggunakan kalimah Allah ini. “Ada orang tuduh saya sudah murtad.. siapa anda hendak menuduh seseorang itu murtad atau tidak. Hanya Allah yang akan menentukan, bukan k...

Tutup suis Mesin Basuh Selepas Guna

keadaan mesin basuh mangsa Amaran Sebuah rumah hampir terbakar disebabkan mesin basuh yg tidak di off kan selepas digunakan . Pcb mesin basuh biasanya dilapis dgn sejenis seal yg clear tu utk lindungi elektronik komponennya... lama2 seal tu akan cair sbb elektronik komponen tu generate haba... Oleh itu sila tutup suis selepas digunakan. Sumber: Facebook