Skip to main content

Posts

Showing posts with the label watsonnyambek

Ammar Hotfm Menangis Mohon Maaf Pada Watson

Primeworks Studios Sdn Bhd menggantung khidmat pengacara Azizul Ammar Abu Hassan dan enam kru penerbitan, tanpa tempoh dinyatakan, berkuat kuasa serta-merta susulan isu mempersendakan nama ayah bekas pelari pecut negara, Watson Nyambek. Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Ahmad Izham Omar yang memohon maaf secara terbuka pada sidang media bersama bekas pelari pecut negara Watson Nyambek berkata, program yang sama juga ditamatkan siarannya. Ammar hotfm menangis mohon maaf Posted by Nasi lemak 5 kupang on Monday, April 24, 2017 Beliau berkata, tempoh penggantungan tugas enam krew penerbitan akan diputuskan kemudian. "Saya mohon maaf atas kesilapan yang tidak disengajakan kerana menyinggung perasaan keluarga Watson dan rakyat Sarawak," katanya di sini, sebentar tadi. Turut hadir dan menyatakan kekesalan ialah Azizul Ammar sendiri. Sementara itu, Watson menolak permohonan maaf daripada Primeworks Studios Sdn Bhd berhubung insiden nama bapanya dipersendak...

Tiada Maaf,Watson Nyembek pertimbang saman Ammar,Primework Studio

Tiada maaf untuk Primework Studio dan Azizul Ammar . Ini dapat dilihat dari reaksi wajah watson. Justeru, tidak hairanlah sebentar tadi beliau tanpa banyak bicara menolak permohonan maaf daripada pihak Primeworks Studios Sdn Bhd berhubung insiden nama bapanya dipermain seperti kambing. Mimik tersebut dilakukan oleh pengacara, Azizul Ammar Abu Hassan, dalam rancangan "Sukan Tak Sentral" yang disiarkan di TV3 dua hari lalu. Dalam sidang media yang dihadiri kedua-dua pihak, dengan Primeworks Studios diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ahmad Izham Omar, Watson menjelaskan dia masih tidak dapat menerima penghinaan itu. "Sekarang saya hendak jelaskan di sini, walaupun mereka meminta maaf di hadapan anda semua (media), di tv serta di depan rakyat Malaysia, khasnya di Sarawak, kepada saya, saya sekarang ini sukar hendak menerima maaf tersebut. "Ini kerana bapa saya ini dipandang seperti seekor haiwan. Apa perasaan saya dan bagaimana perasaan anda semua...

Ammar Hotfm Mohon Maaf Isu Watson Nyembek

SHAH ALAM - Pengacara sebuah rancangan komedi televisyen tempatan, Azizul Ammar Abu Hassan hari ini tampil memohon maaf ekoran tindakannya mempersenda nama mendiang bapa bekas pelari pecut negara, Watson Nyambek. Azizul dikatakan menyamakan mendiang bapa Watson dengan binatang menerusi sebuah rancangan televisyen, semalam. "Dengan rasa rendah diri, saya ingin memohon maaf atas keterlajuran saya terhadap Watson dan keluarganya. "Tanpa sedar kami telah mencalar nama baik mendiang bapanya," katanya menerusi kenyataan di Intagramnya, hari ini.  Menurut Azizul lagi, dia sangat menghormati atlet terkemuka tanah air itu yang telah mencipta dan mengharumkan nama Malaysia hingga ke peringkat antarabangsa. "Saya juga mengucapkan rasa terima kasih terhadap komen dan teguran yang diberikan oleh semua pihak. "Segala panduan dan teguran akan dijadikan panduan buat saya menjalankan tugas di depan hari dan saya akan lebih peka dalam menjaga sensitiviti mas...