Skip to main content

Posts

Showing posts with the label ligamalaysia

MISC Berhad Tiada Kaitan Dengan MISC-MIFA FC

MISC Berhad hari ini menyatakan bahawa syarikat itu dan anak syarikatnya bukan merupakan sekutu atau mempunyai sebarang hubungan dengan kelab bola sepak MISC-MIFA. MISC Berhad menegaskan bahawa pada Mei 2016, ia menyiarkan notis dalam beberapa akhbar yang menafikan pihaknya mempunyai sebarang hubungan atau kaitan dengan pihak ketiga yang menggunakan singkatan 'MISC' dalam aktiviti yang tidak mempunyai kaitan dengan perniagaan dan kepentingan syarikat itu. "Oleh demikian, syarikat ini ingin menegaskan bahawa kami tidak memberi kebenaran atau dengan apa jua cara memberi hak untuk menggunakan nama kami atau cap dagangan kami 'MISC' kepada mana-mana pihak ketiga dan kami juga tidak terlibat secara aktif dalam menaja sesiapa atau mana-mana persatuan untuk menjalankan aktiviti mereka," kata MISC Berhad dalam kenyataan hari ini. Kenyataan itu dikeluarkan berikutan laporan berita mengenai dakwaan berlaku perbuatan menetapkan keputusan perlawanan melibatkan pem...

Abu Bakar mahu pemain teruskan momentum

PENGENDALI  PKNP FC, Abu Bakar Fadzim mengakui amat berpuas hati dengan perjalanan pasukannya sepanjang pusingan pertama Liga Malaysia (Liga-M) 2017. Setakat pusingan pertama, PKNP berada di tangga ketiga Liga Perdana dengan mencatat enam kemenangan, empat seri dan tewas sekali selain mara ke suku akhir Piala FA. Sebagai pendatang baru, Abu Bakar menyifatkan pencapaian PKNP benar-benar di luar jangkaannya sebagai jurulatih. Justeru, beliau berharap momentum ini dapat diteruskan pada pusingan kedua Liga Perdana dan dalam saingan Piala Malaysia nanti. "Ini semua memang beyond my expectation kerana semua pemain belum ada pengalaman dalam saingan yang lebih berat seperti ini. "Alhamdulillah, kami dapat kekalkan momentum dan terus memberi saingan kepada pasukan yang lebih lama dalam liga. "Sekarang ini, cabaran baru kami ialah bagaimana untuk mempertahankan kedudukan yang kami ada sekarang. "Apa pun saya yakin dengan tambahan pemain import keemp...

Pahang Ke Separuh Akhir

IMPIAN penyandang juara, Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk terus mara dalam saingan Piala FA tidak kesampaian apabila tewas dengan jumlah agregat 3-4 dengan Pahang dalam saingan suku akhir kedua di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos Larkin, malam ini. Meskipun pada mulanya perlawanan seakan-akan​ memihak kepada JDT, namun jaringan tunggal import Pahang pada minit akhir perlawanan meranapkan hajat tuan rumah untuk mengekalkan kejuaraan. Tuan rumah terlebih dahulu membuka tirai jaringan seawal minit kelima apabila Gonzalo Cabrera berjaya menampan masuk bola hasil hantaran hantaran terus Safiq Rahim.Kehadiran gol awal tersebut menyaksikan skuad  Tok Gajah sedikit kelam kabut pada minit awal permainan selain jentera tengah pasukan yang kelihatan sedikit goyah Harimau Selatan tidak menunggu lama untuk menambah jaringan apabila Gabriel Cabrera meledak masuk gol kedua buat pasukan hasil hantaran Azrif Nasrulhaq pada minit ke-22.Pahang kemudiannya cuba merapatkan jurang jaringan apa...