Skip to main content

Posts

Showing posts with the label anime

Taman Tema Animasi MAPS Dibuka 26 Jun Ini

Taman Tema Animasi MAPS Dibuka 26 Jun Ini IPOH : Taman tema animasi pertama di Malaysia yang dikenali sebagai Movie Animation Park Studios (Maps), di sini akan mula dibuka kepada orang ramai pada 26 Jun ini. Ahli Lembaga Pengarah MAPS, Ramelle Ramli berkata taman tema itu akan menawarkan 40 tarikan unik dengan enam tema animasi terkemuka dunia seperti Boboiboy, The Smurfs dan beberapa watak animasi dari Dreamworks. “Ketika ini MAPS telah pun 96 peratus siap, 4 peratus lagi hanya melibatkan kerja-kerja hiasan. “Walaupun terdapat sedikit masalah sebelum ini namun saya nak jelaskan ianya ekoran keputusan yang diambil oleh pihak kami untuk menambah lagi tarikan bagi memastikan ianya berbaloi untuk pengunjung,” katanya pada sidang media selepas membawa wakil-wakil media melawati taman tema itu pada Jumaat. Tambah beliau pihaknya yakin taman tema yang terletak di Meru Raya, Ipoh itu akan dapat menarik 700,000 hingga 800,000 pengunjung sehingga akhir tahun 2017. “Kami s...

Akhirnya Siri Anime Naruto Shippuden tamat jua tetapi.....

Anime Naruto sememangnya sudah lama disiarkan menerusi TV di negara kita, ada juga di antara kita yang mengetahuinya, atau mengikuti perkembangan menerusi komik, juga dari atas talian. Buat mereka yang dibesarkan dengan zaman kegemilangan anime-anime dahulu seperti Dragon Ball, Bleach, atau Naruto, sudah pasti mereka tidak terlepas untuk menontonnya. Begitu jugalah anime Naruto yang mana telah sampai ke episode akhirnya. Menerusi perkongsian dari saudara  Zamir Mohyedin  yang mana peminat anime Naruto, dia telah kongsikan beberapa tema yang diketengahkan dalam komik Naruto. Yang mana boleh dijadikan sebagai nilai baik untuk diikuti. Mari kita ikuti perkongsian darinya dalam mengetahui lebih lanjut akan tema yang diketengahkan. TERIMA KASIH 'NARUTO'! Manga (komik) Naruto sudah habis. Aku tak ingat bila ia tamat, rasa macam baru sahaja. Tahun lepas? Anime Naruto pula baru habis semalam. Aku sempat menontonnya, memang rasa nostalgia betul. Aku tak ingat dah bila aku mula ...