Skip to main content

Posts

Showing posts with the label berita

Pembantu Warden Berusia 29 Tahun Ditahan Reman Bantu Siasatan Kes Rotan Pelajar

KOTA TINGGI 23 April  - Seorang pembantu warden di asrama pusat tahfiz swasta di sini ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung kes yang membabitkan pelajar tahfiz berusia 11 tahun sejak Januari lalu. Perintah reman yang bermula pada hari ini sehinga Rabu dikeluarkan oleh Majistret Mazana Sinin terhadap lelaki berusia 29 tahun itu. Lelaki terbabit ditahan di rumahnya di Felda Lok Heng Barat di sini pada jam 4 petang semalam selepas ibu mangsa membuat laporan polis. Dalam kejadian berkenaan mangsa dipukul dengan paip getah hingga menyebabkan kecederaan pada kedua-dua kakinya. sumber:  Utusan Online Kredit :  Siakap Keli

Nelydia muat naik foto resit bayaran LHDN

KUALA LUMPUR: Pelakon Nelydia Senrose memuat naik foto resit pembayaran cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bertarikh 4 April 2017 untuk tahun taksiran 2013 menerusi akaun Instagram miliknya, malam tadi. Dalam entri itu, Nelydia turut menulis keterangan ringkas: "Ini resit pembayaran cukai pendapatan bertarikh 4 April 2017". Pelakon yang popular menerusi drama Setia Hujung Nyawa dan Bukan Aku Tak Cinta itu bagaimanapun tidak menunjukkan bukti pembayaran bagi tahun taksiran 2009, 2010, 2011 dan 2012. Nelydia atau nama sebenarnya, Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 23, semalam dikenakan waran tangkap akibat tidak menghadirkan diri ke mahkamah selepas menghadapi lima tuduhan gagal mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (Borang B) bagi tempoh lima tahun bermula pada 2009 hingga 2013. Terdahulu, pada 11 April lalu, LHDN menyerahkan saman berkenaan kepada artis terbabit dan mengarahkannya menghadiri sesi sebutan kes bertarikh 12 April di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor....

Wanita Maut Kenderaan Dihempap Pokok

IPOH :  Seorang wanita maut apabila kereta dinaiki dihempap pokok tumbang di jalan Gopeng berdekatan Hotel Hillcity, di sini pada Sabtu. Dalam kejadian kira-kira jam 3.15 petang itu, mangsa yang berada di dalam kereta jenis proton Wira berkenaan maut di Hospital Raja Permaisuri ketika mendapatkan rawatan. Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh Ali Hairi Sulaiman berkata pokok berkenaan tumbang secara tiba-tiba ke atas kereta mangsa yang ketika itu sedang bergerak. “Pihak bomba menerima laporan kejadian itu pada jam 3.32 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian dan setibanya jentera di lokasi kejadian didapati pokok tumbang telah menghempap sebuah kereta proton wira. “Terdapat tiga mangsa dewasa di dalam kenderaan itu, dua perempuan dan seorang lelaki, kesemuanya dikeluarkan oleh orang awam dan anggota bomba telah menjalankan kerja pemotongan pokok tersebut. “Kami telah dapat berita seorang mangsa telah maut ketika mendapatkan rawatan di Hospital...

Benjy kena tahan lagi di Indonesia

Pelakon Benjy Ditahan Lagi Miliki Dadah sidang media polis indonesia PELAKON Khaeryl Benjamin atau Benjy, ditahan pihak berkuasa Indonesia di Sumatera Utara, kerana memiliki dadah jenis syabu. Portal Detik.com melaporkan, Benjy ditahan pada malam Selasa lalu sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu, Medan. Benjy dilaporkan menyembunyikan syabu dalam lubang dubur ketika diperiksa pihak berkuasa. Pelakon berusia 38 tahun itu dilaporkan berada di Medan atas urusan peribadi. "Setelah dilakukan pemeriksaan, kami menemui dua bungkus syabu seberat 14 gram yang disembunyikan di bahagian dubur," kata pihak polis. Benjy memberitahu pihak berkuasa dadah itu dibeli dan dibawa dari Kuala Lumpur. Benjy yang merupakan anak Allahyarham seniwati Azean Irdawaty, pernah ditangkap beberapa kali kerana kes dadah. Paling terbaharu, dia dibebaskan dari tuduhan memiliki dadah jenis methamphetamine seberat 28.99 gram pada April tahun lalu. sumber:...

siapa sebenar siti kassim?

siti kassim memakai kacamata hitam Penafian Siti Kassim bahawa dirinya murtad telah memaksa orang ramai berfikir adakah benar dia sudah memeluk agama Kristian tanpa menukar identiti Melayu di dalam kad pengenalan sepertimana kes Lina Joy ? Hari ini, ketika Mahkamah Persekutuan sedang mendengar permohonan g ereja Katolik mendapatkan kebenaran untuk menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mingguan, ‘The Herald’ dalam versi bahasa Malaysia, Siti Kassim muncul dengan memakai t-shirt hitam tertulis ‘Allah sekelian alam.’ “Kenapa orang Melayu dan orang Islam jadi macam lembu? Nak tahu ajaran Islam yang sebenar mereka kena rujuk dan baca al-Quran, bukan dengar daripada orang yang kononnya alim. “Saya datang ke sini atas nama agama Islam…saya tidak setuju dengan kumpulan yang datang membantah penganut Kristian menggunakan kalimah Allah ini. “Ada orang tuduh saya sudah murtad.. siapa anda hendak menuduh seseorang itu murtad atau tidak. Hanya Allah yang akan menentukan, bukan k...

Suami Ina Naim ni dah kenapa?

Suami Ina Naim tanya spender Jika difikirkan, setiap lelaki akan menyayangi isterinya dan akan memberikan yang terbaik untuk membahagiakan isterinya. Tapi, perlu ke semua kebahagiaan yang diberikan kepada isteri ditunjukkan kepada umum semata-mata untuk membukti kasih-sayang tersebut? Baru-baru ini, Suhaimi Saad, 35, suami kepada Ina Naim (bekas tunang Mawi) telah memuat naik satu status di akaun Facebook miliknya menunjukkan dia menemani isterinya membeli seluar dalam. Lebih mengejutkan, apabila Suhami atau lebih dikenali sebagai SS telah melampirkan sekali gambar seluar dalam yang dijual bersama gambar mereka suami isteri. Ya, tidak dapat dinafikan ada kemungkinan SS hanya mahu memberikan nasihat kepada para suami yang ‘malu’ untuk membelikan pakaian dalam buat isteri mereka, tetapi bukankah perkara ini secara tidak langsung memalukan isterinya? Umm, tak boleh nak cakap apa, sebab mungkin bagi SS dan Ina ini merupakan perkara normal dan bukan memalukan mereka. Sebena...

Uqasha Senrose buka tudung?

 Uqasha Senrose buka tudung? Kuala Lumpur: Tindakan pelakon, Uqasha Senrose yang secara terbuka memaklumkan dia tidak lagi bertudung menerima pelbagai reaksi pengguna laman sosial. Menerusi sekeping gambar yang dimuat naik adiknya yang juga pelakon Raysha Rizrose di laman Instagram, Uqasha menerima pelbagai komen. Seorang peminat yang menggunakan akaun @qartina_ menyifatkan tindakan pelakon drama Tundukkan Playboy Itu seperti mempersendakan agama. "Takpalah pilihan dia dosa dia, kita doa yang terbaik saja. Mempersendakan agama ini berdosa," katanya. Sementara itu seorang lagi peminat yang menggunakan akaun @mazlinamazlan7 berkata Uqasha sepatutnya mengenakan tudung dengan cara yang betul bagi mengelakkan persepsi negatif di kalangan peminat. @sitifazlina90 pula meluahkan rasa sedih apabila mengatahui tindakan Uqasha. "Dunia sekarang tinggal tunggu tanda-tanda besar kiamat lagi. Yang sudah berhijab buka semula. Semoga mendapat hidayah kembali," kat...