Skip to main content

Posts

Showing posts with the label kajian

Wanita Usia 40 Tahun Lebih Kuat Seks?

Wanita Malaysia berusia 40 tahun ke atas didapati lebih banyak melakukan hubungan intim dan makin kuat seks terutama selepas menopaus. Menurut laporan  The Star ,  Perunding Pakar Urologi Hospital Gleneagles, Profesor Dr. George Lee  berkata, wanita usia lebih 40 tahun secara purata berasmara lapan kali sebulan berbanding dengan mereka di bawah umur 40 tahun yang hanya berhubungan intim purata enam kali sebulan. Tidak perlu bimbang tentang isu kehamilan Dr. George menjelaskan antara sebab utama adalah kerana wanita pada usia tersebut sudah mengalami putus haid sekali gus tidak perlu bimbang tentang isu kehamilan. Katanya lagi, secara lazimnya lelaki tidak selesa memakai kondom dan wanita tidak mahu mengambil pil pencegah kehamilan kerana takutkan penambahan berat badan. Apabila sudah menopaus wanita lebih yakin untuk hubungan seks Ramai yang menganggap bahawa wanita tiada nafsu syahwat selepas menopaus, sebenarnya kehidupan seksual mereka boleh dipertingka...

70% Rakyat Malaysia Ketagih Telefon Pintar

Menurut kajian, ke­tagihan rakyat Malaysia terhadap penggunaan telefon bimbit semakin membimbangkan apabila kira-kira 60 peratus golongan muda mengalami simptom dipanggil nomofobia. Nomofobia ialah sindrom seseorang itu merasakan dirinya tidak boleh hidup atau fobia tanpa telefon. Kaji selidik dijalankan oleh  Portal Gerakan Belia Teknologi Informasi (ITYM)  melalui 1,200 responden berusia 15 hingga 30 tahun di internet juga mendapati 70 peratus golongan muda akan memeriksa telefon pintar sekiranya terjaga daripada tidur pada waktu malam. Menurut Presiden ITYM, Khaireel Azlee Abdul Aziz, kegilaan terhadap telefon pintar yang kini menjadi sebahagian daripada gaya hidup sebenar­nya telah berlaku dalam segenap lapisan umur terutamanya golongan muda di negara ini. Sumber:  kosmo online