Skip to main content

Posts

Showing posts with the label perak

Senarai Tempat Makan Menarik Sekitar Ipoh Perak

Khas Untuk Warga Ipoh, senarai nama-nama restoran yg sedap di area Ipoh.Ini je yang boleh dikongsikan.mungkin masing banyak lagi kedai-kedai baru yang makin polular atau yang Admin terlepas pandang. 1) Mat Periuk - Bercham / Tmn Desa Tambun 2) Spoof Burger RJ Boutique - Tg.Rambutan 3) Laksa Telur Goreng Bersarang - Bandar Seri Botani 4) Kelang Kopitiam-Jalan Gopeng Batu Gajah 5) Restoran Kampung Ipoh - Sunway city 6) Bro'S Corner Western Fusion - 7,medan stesen 19/6 station 18 7) Esah Santai Cafe - Station 18 8) Koboi Town Cafe- Tmn Chepor Impian 9) Rowcome Corner - Sg. Rokam 10) Gasoline Cafe - Rapat Setia 11) Sumo Kitchen - D'Polo Catering Padang Polo 12) The Red Western - Angsana Mall 13) Food Project Cafe - Sunway city 14) D'Patin Temerloh & Grill - Stadium Ipoh 15) Elnegra Deli Cafe - Jln Sultan Idris 16) Gomok Cafe - Pekan Ipoh 17) Restoran Bintara - Ampang 18) Ipoh Kitchen Grill -...

Abu Bakar mahu pemain teruskan momentum

PENGENDALI  PKNP FC, Abu Bakar Fadzim mengakui amat berpuas hati dengan perjalanan pasukannya sepanjang pusingan pertama Liga Malaysia (Liga-M) 2017. Setakat pusingan pertama, PKNP berada di tangga ketiga Liga Perdana dengan mencatat enam kemenangan, empat seri dan tewas sekali selain mara ke suku akhir Piala FA. Sebagai pendatang baru, Abu Bakar menyifatkan pencapaian PKNP benar-benar di luar jangkaannya sebagai jurulatih. Justeru, beliau berharap momentum ini dapat diteruskan pada pusingan kedua Liga Perdana dan dalam saingan Piala Malaysia nanti. "Ini semua memang beyond my expectation kerana semua pemain belum ada pengalaman dalam saingan yang lebih berat seperti ini. "Alhamdulillah, kami dapat kekalkan momentum dan terus memberi saingan kepada pasukan yang lebih lama dalam liga. "Sekarang ini, cabaran baru kami ialah bagaimana untuk mempertahankan kedudukan yang kami ada sekarang. "Apa pun saya yakin dengan tambahan pemain import keemp...

Wanita Maut Kenderaan Dihempap Pokok

IPOH :  Seorang wanita maut apabila kereta dinaiki dihempap pokok tumbang di jalan Gopeng berdekatan Hotel Hillcity, di sini pada Sabtu. Dalam kejadian kira-kira jam 3.15 petang itu, mangsa yang berada di dalam kereta jenis proton Wira berkenaan maut di Hospital Raja Permaisuri ketika mendapatkan rawatan. Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh Ali Hairi Sulaiman berkata pokok berkenaan tumbang secara tiba-tiba ke atas kereta mangsa yang ketika itu sedang bergerak. “Pihak bomba menerima laporan kejadian itu pada jam 3.32 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian dan setibanya jentera di lokasi kejadian didapati pokok tumbang telah menghempap sebuah kereta proton wira. “Terdapat tiga mangsa dewasa di dalam kenderaan itu, dua perempuan dan seorang lelaki, kesemuanya dikeluarkan oleh orang awam dan anggota bomba telah menjalankan kerja pemotongan pokok tersebut. “Kami telah dapat berita seorang mangsa telah maut ketika mendapatkan rawatan di Hospital...

Taman Tema Animasi MAPS Dibuka 26 Jun Ini

Taman Tema Animasi MAPS Dibuka 26 Jun Ini IPOH : Taman tema animasi pertama di Malaysia yang dikenali sebagai Movie Animation Park Studios (Maps), di sini akan mula dibuka kepada orang ramai pada 26 Jun ini. Ahli Lembaga Pengarah MAPS, Ramelle Ramli berkata taman tema itu akan menawarkan 40 tarikan unik dengan enam tema animasi terkemuka dunia seperti Boboiboy, The Smurfs dan beberapa watak animasi dari Dreamworks. “Ketika ini MAPS telah pun 96 peratus siap, 4 peratus lagi hanya melibatkan kerja-kerja hiasan. “Walaupun terdapat sedikit masalah sebelum ini namun saya nak jelaskan ianya ekoran keputusan yang diambil oleh pihak kami untuk menambah lagi tarikan bagi memastikan ianya berbaloi untuk pengunjung,” katanya pada sidang media selepas membawa wakil-wakil media melawati taman tema itu pada Jumaat. Tambah beliau pihaknya yakin taman tema yang terletak di Meru Raya, Ipoh itu akan dapat menarik 700,000 hingga 800,000 pengunjung sehingga akhir tahun 2017. “Kami s...