Skip to main content

Posts

Showing posts with the label tular

Kes Driver Bas Rempuh Kereta 8 Biji,RAPID Bersedia Bayar Ganti Rugi

RapidKL sedia bayar ganti rugi Video Pertama RAPIDKL akan membayar ganti rugi kepada semua pemilik kenderaan yang rosak dilanggar pemandu bas RapidKL di sepanjang Jalan Ampang dalam kemalangan malam tadi. Ketua Pegawai Operasi RapidKL Shamsul Rizal Mohd Yusof berkata, semua pemilik kenderaan terbabit boleh menghubungi talian bantuan di 03 7885 2585. “Pemilik kenderaan terbabit perlu melalu beberapa prosedur untuk menuntut ganti rugi termasuk membuat laporan polis berhubung kejadian itu,” katanya pada sidang media di Depoh Rapid KL Maluri, hari ini. Shamsul berkata, pusat operasi RapidKL menerima maklumat mengenai kemalangan terbabit pada 8.30 malam. “Bas terbabit untuk perkhidmatan dari Datuk Keramat ke Ampang Point. Berdasarkan maklumat diterima, tiada mangsa terbunuh dalam kejadian berkenaan. “Kami meminta maaf berhubung kemalangan berkenaan dan belum mendapat maklumat lengkap mengenai manakala punca kemalangan masih belum dapat dipastikan,” kata...

Detik Qari Meninggal Dunia Ketika Alunan Surah Al-Mulk

Innalillahiwainnailahirojiun. SESUNGGUHNYA rezeki, jodoh, ajal dan maut adalah rahsia Allah. Namun sebagai manusia dan hambaNya, kita pastinya mendoakan dan mahukan pengakhiran yang baik. Siapalah kita untuk menentukan. Namun apabila melihat cara seorang ustaz dan qari dari Indonesia ini dipanggil kembali oleh Tuhan, sedikit sebanyak ia memberi gambaran bahawa dia pergi dalam keadaan yang husnul khatimah. Menerusi satu perkongsian video yang tular di laman sosial, Ja’far Abdul Rahman sedang membacakan ayat kedua surah Al-Mulk dalam satu acara di Surabaya, pada Isnin. Namun alunan bacaan Ja'far semakin lama semakin perlahan, dan dia kemudiannya pengsan. Menurut laporan beberapa portal Indonesia, Ja'far meninggal dunia beberapa minit selepas itu. Ja'far bukan nama asing dalam acara keagamaan di Indonesia dan kerap diundang untuk membaca al-Quran. Ayat kedua surah Al-Mulk menceritakan perihal kematian, dengan terjemahan penuhnya seperti berikut: (Allah)...